Bagaimana Saya Akan Tahu Bayi Kandungan Saya Membesar Dengan Sihat ?

Apakah itu penjagaan pranatal? Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung. Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan kakitangan kesihatan. Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik kesihatan kerajaan.   […]

Apa Yang Menyebabkan Mabuk Semasa Kehamilan ?

Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.   Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan? Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai […]

(Halal Trip) – 6 Tempat Menarik di Chiang Mai, Thailand.

Chiang Mai (Bahasa Thai  เชียงใหม่ ) adalah wilayah (changwat) kedua paling besar di Thailand yang terletak di bahagian utara negara tersebut. Wilayah-wilayah yang terdekat adalah (dari timur laut mengikut hala jam) adalah Chiang Rai, Lampang, Lamphun, Tak dan Mae Hong Son. Chiang Mai bersempadan dengan Myanmar di sebelah utara.   Bentuk Muka Bumi Kawasan Chiang Mai dipenuhi dengan gunung-ganang yang terletak […]

Apakah Tanda-Tanda Demam Campak ?

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. […]

PENTING !!! Keracunan Makhluk Perosak Ketika Bekerja

Racun makhluk perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat, organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya kepada manusia.   Bagaimana keracunan […]

Bagaimana Memohon Pendaftaran Perkahwinan Secara “Online” ( JAHAEIK) ?

Prosedur Perkahwinan Negeri Kelantan Darulnaim (BUKAN ONLINE)   PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN DARI MUKIM/DAERAH/NEGERI YANG SAMA (KELANTAN) Dapatkan Borang permohonan kahwin dari Penolong Pendaftar (Imam Mukim berkenaan) Isi borang dengan lengkap. Lampirkan dokumen yang berkaitan Mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim tujuh hari […]

Selamatkah Minuman Dalam Bungkusan Tetra Pak?

Apa Itu Minuman Berbungkus? Pembungkusan banyak digunakan dalam produk-produk makanan atau minuman seperti susu, jus buah, minuman buah-buahan dan aiskrim. Bahan pembungkus ini adalah seperti kulit yang akan menghalang oksigen daripada memasukinya dan menghalang aroma minuman keluar. Pembungkusan tetra pak digunakan bagi mengekalkan : rasa nilai nutrisi kesegaran makanan. Minuman […]

Teks khutbah Jumaat Siri 13/2018

Teks khutbah Jumaat Siri 13/2018 – Ikrar Dan Janji; Pemangkin Keamanan Dan Kesejahteraan (30/03/2018)   Sila ke pautan dibawah untuk papar atau muat turun fail PDF: 201813-IkrardanjanjiPDF atau   Muatturun Multimedia Khutbah siri 13/2018 (Slide Show link dibawah) SIRI13               Sumber: MAIK

Bagaimana Mengenalpasti Perbezaan Air Mineral Semula jadi (AMS) & Air Minuman Berbungkus (AMB) ?

Peraturan-Peraturan Makanan  1985 mensyaratkan bagi sesiapa yang mengambil air mineral semula jadi (AMS) atau air minuman berbungkus (AMB) untuk tujuan kegunaan  manusia dan diperdagangkan perlu  mempunyai lesen punca air tersebut. Secara amnya semua air adalah sama, hanya kandungan bahan larut seperti mineral, bahan cemar dan bahan organik sahaja […]

Bagaimana Membuat Roti Tempayan ?

Roti Tempayan atau roti naan merupakan sejenis roti tanpa penaik (yis) yang dimasak dengan cara menampalkannya dalam tempayan. Roti yang berbentuk bulat dan nipis ini mempunya beberapa ramuan, ia termasuk tepung gandum, lelemak, dan rempah. Ia dimakan bersama kuah dal, atau kari dan kadang-kala dihidangkan bersama ayam tanduri. Roti jenis leper ini dimasak dengan menggunakan tempayan untuk membakar roti, […]

Bagaimana Cara -Cara Membuat Roti Canai ?

Roti canai atau roti jenis leper yang berbentuk bulat ini, merupakan satu makanan kegemaran di Malaysia. Ia dimakan sebagai makanan pagi, tengahari, petang, dan malam. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais.Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Penggunaan perkataan canai dalam bahasa Melayu dibelakang roti adalah hasil dari tingkahlaku […]

Bagaimana Komunikasi “Tanpa Bercakap” Dipraktikkan ?

Manusia memerlukan sistem komunikasi untuk menyampaikan mesej antara satu sama lain. Komunikasi terbahagi kepada komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan memerlukan kita untuk menggunakan suara dan pergerakan mulut iaitu bercakap, manakala komunikasi bukan lisan tidak memerlukannya.   Apa Itu AAC? Komunikasi Augmentatif dan Alternatif, atau singkatannya AAC merupakan satu […]

Bagaimana Berkomunikasi dengan Orang Pekak ?

Orang pekak atau individu bermasalah pendengaran memerlukan bantuan lain untuk menerima mesej yang disampaikan kepada mereka secara efektif. Berikut adalah tips-tips yang boleh membantu anda berkomunikasi dengan orang pekak. Selamat mencuba!   Tips Pertama: Dapatkan Tumpuan/Perhatian Orang Pekak. Dapatkan perhatian daripada orang pekak terlebih dahulu. Lambaian tangan atau […]

5 Panduan & Langkah Pemakanan Yang Selamat !!

Penyediaan makanan yang selamat merupakan satu perkara yang amat penting untuk mengelakkan penyakit bawaan makanan terutamanya keracunan makanan. Keracunan makanan berlaku disebabkan oleh beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian oleh anda : Keracunan makanan berpunca daripada kuman yang mencemari makanan melalui : najis tanah air makhluk perosak seperti tikus, lalat dan lipas […]

Kenduri-kendara, Jangan Sampai Perut Merana !!

Pernahkah anda mendengar keluhan sebegini? “Ish! Seriklah aku makan kenduri kat rumah dia tu. Merana perut aku kena cirit-birit dan muntah-muntah!” Cirit-birit dan muntah-muntah adalah antara tanda-tanda keracunan makanan. Sama ada anda sebagai penganjur majlis atau sebagai tetamu, anda tentu tidak ingin kejadian keracunan makanan berlaku dalam mana-mana majlis kenduri. Justeru, artikel ini menyediakan […]

Simptom Lemah Jantung

Lemah jantung adalah satu keadaan yang kompleks. Ia disebabkan oleh mempengaruhi keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk memenuhi keperluan badan. Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur. Sebab-sebab lemah jantung: Penyakit jantung koronari Tekanan darah tinggi Masalah injap jantung Kadar denyutan jantung yang luar biasa Penyakit […]