Advertisements

Category: Kesihatan

Kesihatan – Persiapan Jemaah Haji Sebelum ke Tanah Suci

Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke lima bagi umat Islam. Justeru itu adalah sangat penting bagi semua bakal jemaah haji untuk membuat persiapan diri dari semua aspek termasuk penjagaan kesihatan. Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan […]

Advertisements

Bagaimana Mencegah Bayi dari Tersedak Susu ?

Bayi tercungap-cungap! Bayi jadi biru! Seorang ibu pasti risau jika bayi menunjukkan tanda-tanda tersebut ketika menyusu. Keadaan ini berlaku apabila bayi tidak dapat menghisap puting dan menelan susu dengan baik. Ini menyebabkan bayi tersedak susu yang diminum. Ia boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru atau pneumonia kerana susu yang diminum […]

Permainan Mengikut Tahap Perkembangan Kanak-kanak

Adakah anak anda mempunyai masalah bermain? Berapa lamakah anak anda bermain? Tahukah anda jenis permainan yang sesuai untuk anak anda? Sebagai ibubapa pasti banyak persoalan yang anda ingin tahu tentang perkembangan anak anda. Mari kita bincangkan persoalan itu bersama-sama. “Bermain” boleh di definisi sebagai cara kanak-kanak belajar tanpa […]

Kanak-Kanak Tercekik – Apa Tindakan Anda ?

Pengenalan Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak-kanak. Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik. Ketika tercekik, salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup akan menghalang oksigen ke paru-paru dan seterusnya ke otak. Ini akan menyebabkan kematian. Sebarang objek bersaiz […]

Ubat & Anda – Pengendalian Ubat Semasa Perjalanan atau Melancong

Maklumat ini digunapakai bagi mereka yang mengambil ubat-ubatan dan perlu meneruskan pengambilan ubat tersebut sepanjang pengembaraan atau perjalanan mereka. Ia dapat membantu untuk merancang dengan lebih awal pengambilan ubat disepanjang pengembaraan anda. Ia juga membantu untuk mendapatkan maklumat berkenaan ubat-ubatan yang boleh dibawa keluar dan masuk ke dalam […]

Pemakanan – Tanda bayi mendapat susu ibu yang mencukupi

Tanda-tanda berikut dapat membantu anda menilai samada bayi mendapat susu ibu yang mencukupi; Bayi membuang air kencing sekurang-kurangnya 6 kali sehari. Bayi membuang air besar 2 hingga 5 kali sehari, najis lembut berwarna kuning. Air kencing berwarna kuning jernih dan bukan kuning pekat atau oren. Berat badan meningkat […]

“Brace” Tiruan Menyebabkan Gigi Rosak

Apa itu fake braces? Fake braces ialah braces palsu yang dipasang pada gigi yang menyerupai braces sebenar (aplian tetap ortodontik). Walau bagaimanapun ianya tidak berfungsi seperti aplian tetap ortodontik. Apa itu aplian tetap ortodontik? Aplian tetap ortodontik adalah alat-alat yang digunakan untuk rawatan ortodontik. Ianya terdiri daripada ‘bracket’ […]

Selamatkan Gigi Anak Anda

Gigi susu atau gigi desidus anak anda adalah penting dijaga  bagi memelihara ruang untuk gigi kekal mereka. Walaupun gigi susu akan  diganti secara beransur-ansur sehingga kanak-kanak berumur 12 tahun,  ia penting untuk mengekalkan integriti arkus dan  memberi panduan pertumbuhan gigi kekal pengganti. Gigi susu yang tersusun membantu memastikan  […]

Karies Awal Gigi Kanak-Kanak

  Apa yang dimaksudkan karies awal kanak-kanak ? Karies awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi akibat kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur. Apakah faktor penyebab […]

Bagaimanakah Cara Menjaga Kesihatan Pergigian Yang Baik?

Kenapa penjagaan kesihatan pergigian penting? Penjagaan kesihatan pergigian penting untuk mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi di kalangan kanak-kanak. Kesihatan pergigian yang baik membolehkan mereka mengunyah makanan dengan selesa dan bertutur dengan jelas. Bagaimanakah cara menjaga kesihatan pergigian yang baik? Amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik merangkumi 3 […]

Penyalahgunaan Ubat – Amphetamine Untuk Kurus

Amphetamine merupakan dadah dalam kumpulan perangsang. Dalam rawatan klinikal, Amphetamine digunakan untuk merawat penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan narcolepsy (penyakit otak kronik yang melibatkan gangguan pada kitaran tidur-jaga). Namun begitu, Amphetamine dan terbitannya sering disalah guna. Amphetamine dan terbitannya turut dikenali sebagai speed, ice, ecstasy dan […]

Radiasi – Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menjalani Sinar X ?

Apakah Sinar X ? Sinar X adalah satu bentuk radiasi, sama seperti cahaya nampak atau gelombang radio. Sedikit perbezaan dengan cahaya nampak, sinar X boleh menembusi tubuh manusia. Apabila alat-alat ini digunakan dengan betul, dengan teknik yang betul, sinar X mampu menghasilkan imej struktur dalaman tubuh manusia. Imej-imej […]

Bagaimana Mengendalikan Mayat Yang Dijangkiti Penyakit Berjangkit Berisiko Tinggi?

Berdasarkan Garis Panduan Penyakit Berjangkit Berpotensi Edisi 1, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2004, penyakit  berjangkit berisiko tinggi adalah sebarang penyakit yang diklasifikasikan di dalam kategori penyakit berjangkit Risiko 3 dan Risiko 4. Penyakit berjangkit Risiko 3 antaranya terdiri daripada penyakit seperti Tuberkulosis, Human Immunodeficiency Virus (HIV), Hepatitis B (virus) dan Hepatitis […]

Forensik – Perbezaan Tulang Manusia & Artifak

Menurut kamus perubatan, tulang merupakan sejenis tisu penghubung yang keras dan kukuh, dan jenis tisu ini  terdapat dalam kebanyakan  haiwan vertebrata, termasuklah mamalia, ikan, amfibia, reptilia, burung, primat, rodent dan marsupium (Gambar 1). Sehingga kini, tulang merupakan  salah satu jenis bahan biologikal yang  kuat, terutamanya dalam menanggung keberatan […]

Forensik – Menuntut Mayat: Tahukah Anda?

Penyerahan mayat kepada pihak waris dilakukan di Jabatan / Unit Perubatan Forensik selepas mengesahkan kesemua butiran si mati dan waris yang menuntut. Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas akan mengenalpasti nama simati sama ada kes kematian biasa atau kes polis. Pengecaman Mayat Bagi kes kematian biasa, pengecaman mayat akan […]

Lalat : Indikasi Masa Kematian – Dari Pakar Forensik

Entomologi Forensik Entomologi Forensik adalah salah satu cabang Sains Forensik yang mengaplikasikan maklumat berkaitan serangga yang ditemui bersama-sama mayat manusia dengan tujuan untuk membantu penyiasatan kes-kes polis terutama dalam menentukan masa atau tempuh sejak kematian. Antara serangga utama yang ditemui bersama-sama mayat adalah lalat, semut dan kumbang. Namun […]

Mangsa Dera & Penderaan Kanak-Kanak – Analisis oleh Pakar Forensik

Masa Depan Tanpa Keganasan : Mangsa Dera Dan Penderaan Kanak-Kanak Keganasan Keganasan mengikut tafsiran WHO (World Health Organisation) sebagai dengan sengaja menggunakan kekerasan atau kekasaran, ancaman atau benar-benar terhadap diri sendiri, orang lain, atau terhadap satu kumpulan atau komuniti sama ada mengakibatkan atau mempunyai kemungkinan yang tinggi menyebabkan […]

Forensik – Anggaran Jangka Masa Kematian

Apakah Itu Jangka Masa Kematian(PMI) Jangka masa kematian (PMI) adalah tempoh masa sejak kematian berlaku sehingga mayat tersebut ditemui semula. Ia hanya merupakan anggaran dan bukannya penentuan masa kematian. Ia biasanya diambil kira sebagai tempoh minimum atau dalam lingkungan anggaran masa dan boleh diberikan dalam tempoh jam, minggu, […]

Forensik – Bagaimana Mengendalikan Siasatan Dalam Kes Mati Lemas ?

Diatom merupakan sekumpulan alga uniselular yang terdapat  di kawasan akuatik atau semi-akuatik, seperti  laut, sungai, tasik, kolam, mata air panas, salji dan juga air paip. Menurut Van Den Hoek dan rakan-rakan (1995), mereka telah mengenal pasti lebih kurang 12,000 spesies diatom dari laut, air tawar dan habitat tanah […]

Bagaimana Teknik Penggunaan Pesari ?

Pesari adalah sejenis ubat yang dimasukkan ke dalam faraj untuk merawat jangkitan. Contoh pesari Ubat ini biasanya terdiri daripada bahan aktif ubat dan bahan bukan aktif seperti lemak koko (cocoa butter) atau minyak sayur-sayuran. Apabila dimasukkan ke dalam faraj, pesari akan cair pada suhu badan dan secara beransur-ansur […]

TANDA-TANDA AWAL SLIP DISC(CAKERA TERGELINCIR). SILA AMBIL PERHATIAN!

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, lapisan bulat(tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu menyerap-hentakan di antara tulang vertebra […]

Bagaimana Langkah – Langkah Mengelakkan Keracunan Ubat ?

Elakkan daripada mengambil ubat di hadapan kanak-kanak kerana mereka selalunya akan cuba meniru perbuatan orang dewasa. Jangan panggil ubat-ubatan sebagai ‘gula-gula’. Gunakan penutup botol jenis yang tidak dapat dibuka oleh kanak-kanak untuk menyimpan ubat dan produk kesihatan lain. (Orang dewasa yang menghadapi masalah untuk membuka penutup botol jenis […]

Bagaimana Kilang Kosmetik atau Ubat Perlu Mematuhi Arahan KKM?

Amalan Perkilangan Baik (APB) adalah suatu piawai yang perlu dipatuhi oleh pengilang produk farmaseutikal/tradisional berdaftar dan kosmetik bernotifikasi bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Istilah APB juga sering dikenali dalam istilah Bahasa Inggeris sebagai Good Manufacturing Practice (GMP). Produk berdaftar adalah ubat yang telah […]

Bagaimana Penyalahgunaan Pil Pencegah Kehamilan ?

Pengenalan Kontraseptif atau lebih dikenali sebagai perancangan keluarga adalah satu kaedah mencegah kehamilan. Kaedah mencegah kehamilan termasuk penggunaan hormon, penggunaan kondom atau diafragma, alat pencegahan kehamilan di dalam rahim (intra-uterine device, IUD) dan prosedur pembedahan seperti vasektomi atau mengikat tuib fallopio. Penggunaan hormon sebagai kontraseptif adalah salah satu […]

Apakah Dia Ubat Peransang Seks?

Ubat peransang seks merupakan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan seksual, seperti mati pucuk atau nama lainnya impotens/Erectile disfunction (ED). Di Malaysia, beberapa jenis ubat peransang seks telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia dan digunakan untuk merawat masalah ini. […]

Apakah Bahan Lazim Dalam Produk Tradisional Yang Digunakan Untuk Pelangsingan Badan ?

Pengenalan Berat badan berlebihan merujuk kepada berat yang melebihi berat badan ideal akibat daripada pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Pengukuran berat badan boleh dinilai berdasarkan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI). BMI merupakan pengukuran berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan mempunyai […]

Bagaimana Untuk Mengelakkan Kesilapan Penggunaan Ubat-Ubatan ?

Pengenalan Proses penggunaan ubat-ubatan melibatkan pelbagai peringkat dan anggota kesihatan. Setiap peringkat menuntut agar ubat yang betul diberikan pada dos, masa dan cara yang betul, kepada pesakit yang betul dengan disertai dengan maklumat yang betul. Namun begitu, kesilapan boleh berlaku disebabkan faktor kemanusiaan. Kebiasaannya, kesilapan yang berlaku hanya […]

Apakah Keperluan Pemakanan bagi Warga Emas ?

Pengenalan Kebaikan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kesihatan adalah penting untuk warga emas sebagaimana ia penting bagi golongan muda. Kebanyakan warga emas mempunyai keperluan nutrien yang khusus kerana penuaan mempengaruhi proses penyerapan, penggunaan dan perkumuhan. Kombinasi makronutrien, vitamin, mineral, serat dan air adalah sangat penting untuk membekalkan nutrien […]

Apakah Pemakanan Semasa Berpantang ? ( Tips Untuk Wanita Bersalin )

Pengenalan Wanita yang baru lepas bersalin kebiasaannya akan berusaha menjaga kesihatan diri dengan mematuhi amalan semasa dalam pantang sebagaimana yang disarankan oleh budaya mereka. Kebanyakan budaya mengakui kemungkinan berlakunya kerosakan kepada tubuh wanita ekoran daripada proses mengandung dan bersalin yang perlu diperbetul, dijaga dan dicegah supaya tubuh dapat kembali kepada […]

Bagaimana Mengamalkan Pemakanan Sihat Semasa Ramadan (Puasa) ?

Amalan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Puasa bukanlah sesuatu yang membebankan dan perlu dikhuatiri. Selain daripada melatih rohani supaya menjadi lebih bersih, ia […]

%d bloggers like this:
Skip to toolbar