Advertisements

Category: Ibadat

Bagaimana Pemakanan Sihat Semasa Ramadan (Puasa) ?

Amalan Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadan Puasa Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. Puasa bukanlah sesuatu yang membebankan dan perlu dikhuatiri. Selain daripada melatih rohani supaya menjadi lebih bersih, ia […]

Advertisements

Kesihatan – Persiapan Jemaah Haji Sebelum ke Tanah Suci

Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke lima bagi umat Islam. Justeru itu adalah sangat penting bagi semua bakal jemaah haji untuk membuat persiapan diri dari semua aspek termasuk penjagaan kesihatan. Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan […]

CAHAYA CINTA RASUL

Mulakan majlis pagi kita dgn majlis ilmu mudah²an Allah hamparkan kasih sayangNya sepanjang hari. Allah dan para malaikat berselawat keatas Nabi. Wahai sekelian org beriman berselawatlah kepada Nabi. Sesungguhnya org yg tidak terima apa yg diturunkan oleh Allah dan Rasul akan menerima kehinaan di dunia dan lebih berat […]

DAHULUKAN SOLAT TAHIYATUL MASJID SEMASA AZAN,BUKAN TUNGGU

Syeikh Daud al-Fatoni Rodiyallahu Anhu ditanya: Apabila bertembung antara solat sunat Tahiyyatul Masjid dan menjawab seruan muazzin,adakah dituntut supaya menjawab seruan muazzin dahulu dan selepas itu barulah mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid atau terus mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid tanpa perlu menunggu untuk menjawab seruan muazzin? Syeikh Daud […]

Cerita Teladan 3 – KISAH WANITA MISKIN DAN IMAM HAMBALI

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya. “lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama ditinggal mati suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak, saya memintal benang di malam hari, sementara siangnya saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja […]

Cerita Teladan 1 – Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 […]

Bagaimana Mengenalpasti Antara Ubat Halal & Ubat Haram ? (Perspektif Islam)

Pengenalan Islam sangat mementingkan kesejahteraan dan kesihatan tubuh badan umatnya. Justeru, dalam aspek kesihatan umat Islam diperintahkan supaya menjaga tubuh badan yang diamanahkan oleh Allah s.w.t agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping menyuruh umat manusia berikhtiar mencari ubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Tubuh badan yang sihat […]

Bagaimana Menghadapi Situasi Mengata di Belakang Orang Lain/ Mengumpat ?

Samada anda sedar atau tidak, mengumpat itu adalah perkara yang pernah dilakukan oleh semua orang.. Pernahkah anda berasa bahawa anda diperkata dibelakang oleh kawan-kawan anda sendiri? Ya? Dan pernahkah pula anda sendiri mengatakan sesuatu yang buruk tentang kawan anda tanpa pengetahuan kawan anda itu? Ya? Jika kita ingat […]

Bagaimana Pengertian Wakaf ?

BAHASA : Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع) ISTILAH/SYARA&rsquo : Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T. […]

Bagaimana Tatacara Mengeluarkan Tauliah Mengajar Agama (MAIK) ?

TATACARA MENGELUARKAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA Seseorang yang ingin memohon tauliah mengajar agama perlu : Mengisi lengkap borang permohonan tauliah mengajar agama Mengemukakan permohonan tersebut di Unit Dakwah Bahagian Agama * Seseorang calon yang telah mengemukakan permohonan tauliah mengajar agama, akan dipanggil untuk ditemuduga. JENIS-JENIS TAULIAH MENGAJAR AGAMA TAULIAH […]

Bagaimana Pengiraan Zakat Takaful ?

Produk takaful merupakan salah satu bentuk simpanan / pelaburan yang mempunyai unsur harta zakawi dan tertakluk kepada kewajiban zakat jika ia telah memenuhi syarat-syaratnya. DALIL AL QURAN وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلاَ يُنفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍ Firman Allah s.w.t: “Dan (ingatlah)orang-orang yang menyimpan emas dan […]

Bagaimana Asas Pertimbangan Had Kifayah ?

Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan seperti: Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara. Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, […]

Siapakah Asnaf @ Penerima Yang Layak Terima Zakat ?

Berikut adalah bantuan-bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor kepada asnaf-asnaf berikut: Asnaf Fakir dan Miskin   Bantuan Kewangan Bulanan   Bantuan Keperluan Pendidikan   Saguhati Hari Raya   Pembinaan Rumah Individu   Bantuan Makanan Bulanan   Pembinaan rumah individu   Kursus dan Latihan   Bantuan Yuran Sekolah […]

Bagaimana Pengiraan Zakat KWSP ?

WANG KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa. Wang ini hanya […]

Bagaimana Pengertian Zakat Pelaburan ?

Dalil Wajib Zakat Pelaburan Dalil dan hujah mengeluarkan zakat pelaburan adalah seperti berikut Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (zakat) sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu” – Al-Baqarah (267) Hadis Rasulullah daripada Samrah katanya: “Adalah […]

Bagaimana Pengertian Zakat Emas & Perak ?

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau […]

Bagaimana Pengertian Zakat Wang Simpanan ?

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) […]

Apakah Pengertian Zakat Perniagaan ?

Zakat Perniagaan Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan […]

Apakah Pengertian Zakat Pendapatan ?

Takrif Pendapatan (al-Mal al-Mustafad) Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.   DALIL WAJIB ZAKAT Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan […]

Apakah Pengertian Zakat Fitrah ?

Pengertian Zakat Fitrah Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Syarat Wajib Zakat Fitrah Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau […]

Berapakah Kadar Nisab Zakat?

Kadar Nisab Terdahulu Berikut merupakan kadar nisab yang digunakan oleh Lembaga Zakat Selangor bermula tahun 1990 hingga tahun 2011. Bil Tahun Kadar Nisab (RM) 1 2016 (Julai-Disember) 13,536 2 2016 (Jan-Jun) 12,680 3 2015 (Jul-Dis) 11,831 4 2015 (Jan-Jun) 11,145 5 2014 (Jul-Dis) 11,465 6 2014 (Jan-Jun) 11,650 […]

Apakah Syarat Umum Wajib Zakat ?

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:  Islam Zakat difardhukan ke atas pemilik harta yang beragama Islam sahaja. Orang kafir tidak difardhukan menunai zakat, bahkan zakat mereka tidak sah jika ditunaikan […]

Bagaimana Pengertian Zakat ?

Pengertian Bahasa Merupakan kata terbitan dari kalimah ( زَكَى ) bermaksud suci dan subur, termasuklah bersih, berkat, berkembang, dan baik kepada harta zakat, pembayar zakat, dan penerima zakat.  Dari Segi Syarak Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.  Hukum […]

Bagaimana Menguruskan Masa ? (Perspektif Islam)

PEPATAH Arab menyebut, ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya , maka ia akan memotong kita.’ Ini menggambarkan kepada kita bahawa masa itu sesuatu yang sangat penting dan amat berharga. Sehinggakan dalam kehidupan kita ada ungkapan masa itu ibarat emas. Masa sebenarnya adalah nyawa kerana apabila kita […]

Bagaimana Cara-Cara Solat Sunat Gerhana Bulan?

‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’ atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. Solat Sunat Khusuf waktunya bermula […]

Bagaimana Cara – Cara Mengerjakan Solat Sunat Tasbih ?

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup. Solat […]

Bagaimana Cara – Cara Solat Sunat Tahajjud ?

Cara Solat Sunat Tahajjud. Solat dan ibadah pada waktu malam takkala orang lain sedang lena dibuai mimpi itu amat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT serta mempunyai pelbagai kelebihan. Firman Allah SWT; “Pada malam hari, hendaklah engkau solat Tahajud sebagai tambahan bagi engkau. Mudah-mudahan Allah mengangkat engkau ke […]

Bagaimana Mempelajari Rukun Iman ?

Iman menurut bahasa ertinya kepercayaan, sedangkan menurut istilah syara’ Iman adalah mempercayai atau meyakini dengan hati, mengucap dengan lidah dan mengamalkannya dengan perbuatan. rukun artinya  landasan atau dasar. Bermaksud ada 6 landasan atau dasar dalam islam, yaitu disebut dengan rukun iman. Tanpa adanya keenam hal tersebut maka kita tidak dikatakan sebagai […]

%d bloggers like this:
Skip to toolbar