Koleksi Hadis – Adab ‘Memberi Salam’

Hadith:  

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan, orang yang berjalan pula hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang tidak ramai hendaklah memberi salam kepada orang yang ramai jumlahnya.”Dalam riwayat Imam al-Bukhari disebutkan “Dan orang yang muda kepada orang yang tua.”

Huraian Hadith: 

  1. Rasulullah SAW mempunyai budi pekerti yang mulia
  2. Rasulullah SAW mengajar umatnya memberi ucapan salam mengikut keutamaan seperti berikut :
  •  Orang yang menepati kenderaan seperti kereta dan sebagainya memberi salam terlebih dahulu kepada orang yang berjalan kaki.
  • Orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk.
  • Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang lebih ramai.    

3. Adalah lebih afdhal orang yang muda memberi salam kepada yang lebih tua.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/330-adab-memberi-salam-2


Host: Mohd Fauzan Mat Noor

Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts


Follow & Subscribe Newsletter

Join 4,758 other subscribers

Berkaitan