‘Liga M’ pengubat Safawi

Photo by Dominika Roseclay on Pexels.com

HANYA dengan saingan Liga Malaysia (Liga M) bersambung secepat mungkin mampu mengembalikan momentum pemain yang kini boleh dikatakan agak lesu dan kurang menyengat berikutan terlalu lama ‘berehat’ tanpa aksi kompetatif.

Tonggak Harimau Malaya Safawi Rasid mengakui ‘merindui’ aksi Liga Super yang jelas menjadi platform kepada pemain kebangsaan untuk mempertajamkan lagi teknik masing-masing sebelum menggalas cabaran mewakili negara.

Safawi berkata, aksi liga yang belum diketahui statusnya selain latihan skuad Harimau Malaya tidak bermula lagi dibimbangi menyebabkan pemain negara kurang menyengat apabila beraksi pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Oktober depan.

Photo by Dominika Roseclay on Pexels.com

“Sekarang ini hanya tinggal empat bulan saja lagi sebelum perlawanan terbabit akan bermula dan ini sudah pasti memberi tekanan kepada pemain untuk mempamerkan aksi terbaik mereka bagi memastikan Malaysia layak ke pusingan seterusnya.

“Jika kita lihat, negara lain seperti Vietnam sudah bermula saingan liga mereka dan selepas ini akan diikuti Thailand serta Emeriah Arab Bersatu (UAE).

“Sudah pasti mereka akan melakukan persiapan rapi apabila mengetahui Malaysia adalah saingan kuat seterusnya masing-masing mahu cerahkan peluang ke pusingan seterusnya,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, Vietnam sudah memulakan saingan liga bersama dengan kehadiran penyokong ke stadium bermula minggu lalu.

Selain itu, Thailand sudah ada pengesahan untuk aksi liga kembali bersambung September ini dan mereka khabarnya sudah memulakan sesi latihan sebagai persediaan awal sebelum saingan liga bermula.

UAE pula bakal memulakan Liga Profesional UAE Ogos ini dan sudah pasti persediaan mereka juga bermula awal.

Sumber: Harian Metro

Follow & Subscribe Newsletter


Berkaitan