Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada suatu kaum pun yang duduk beramai-ramai di sebuah masjid kemudian mereka beramai-ramai membaca al-Qur’an secara bertadarus dikalangan mereka (bergilir-gilir membaca al-Qur’an) nescaya mereka mendapat ketenangan dan mereka juga akan dilimpahi rahmat Allah dan juga dikelilingi oleh para Malaikat, Allah SWT sentiasa menyebut mereka kepada makhluk-makhluk yang ada disisinya iaitu para malaikat”.
Huraian Hadith:
- Disunatkan duduk beramai-ramai di dalam masjid, kemudian membaca al-Qur’an, mengajar dan belajar, dengan berbuat demikian Allah SWT akan memberi ketenangan kepada mereka menjalankan kehidupan di dunia ini.
- Orang yang sentiasa membaca dan berdamping dengan orang-orang yang suka mengajar dan belajar al-Qur’an nescaya didampingi oleh malaikat yang membawa rahmat.
(Hadith Riwayat Muslim)
Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith/316-digalakkan-membaca-al-qur-an-secara-beramai-ramai
Host: Mohd Fauzan Mat Noor
Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor
Follow Podcasts Kami:
Portal: https://mrbagaimana.com/
Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/
Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/
Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler
Terkini di Mr Bagaimana Podcasts



