Koleksi Hadis – Kelebihan Berpuasa Pada Hari Isnin

Hadith: 

Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW ditanya mengenai puasa pada hari isnin. Baginda pun bersabda, “Hari isnin merupakan hari kelahiranku, hari aku dilantik menjadi Rasul dan juga Allah menurunkan al-Qur’an kepadaku”.  

Huraian Hadith: 

  1. Islam menggalakkan kita agar berpuasa sunat pada hari isnin, kerana pada hari itu Baginda dilahirkan. Baginda dilantik menjadi Rasul dan hari itu juga al-Qur’an diturunkan kepada Baginda.
  2. Orang yang banyak berpuasa sunat termasuklah berpuasa pada hari isnin akan mendapat keredhaan Allah di dunia dan juga akhirat. Disamping  dapat melatih diri mereka bersifat dengan sifat-sifat yang mulia sepertimana yang digalakkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

(Hadith Riwayat Muslim)   Sumber: Kitab Riyadhus Salihin

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/284-kelebihan-berpuasa-pada-hari-isnin


Host: Mohd Fauzan Mat Noor

Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts


Berkaitan

Join 4,718 other subscribers