Hadith:
Daripada ‘Iyadh bin Himar RA katanya, aku ada mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Antara ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu pemerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum kerabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ianya mempunyai keluarga yang ramai.
Huraian Hadith:
- Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah :
- Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya serta diberikan taufiq daripada Allah.
- Orang yang mempunyai sifat berkasih sayang serta berlemah-lembut khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya sesama Islam.
- Seseorang yang tabah dan cekal meghadapi kesusahan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.
2. Antara tanda-tanda ahli syurga ialah seseorang itu memiliki ciri-ciri yang disebut dalam hadith ini.
(Hadith Riwayat Muslim)
Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith/245-wali-yang-adil
Host: Mohd Fauzan Mat Noor
Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor
Follow Podcasts Kami:
Portal: https://mrbagaimana.com/
Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/
Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/
Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler
Terkini di Mr Bagaimana Podcasts



