Ibadat

Koleksi Hadis – Bertimbang Rasa

Hadith: 

Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah Taala. Baginda akan menuntut bela kerana Allah Taala.”  

Huraian Hadith: 

  1. Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja khasnya terhadap golongan yang lemah seperti wanita dan khadam.
  2. Baginda SAW tidak pernah menuntut bela terhadap apa-apa kejadian ke atas dirinya, melainkan segala pembelaan itu adalah kerana Allah sahaja.
  3. Umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam bertindak terhadap sesuatu kecuali di dalam menegakkan agama Allah.
  4. Melalui hadith ini beberapa pengajaran hendaklah diambil dan diamalkan oleh seseorang diantaranya ialah belas kasihan, berhati-hati, bertimbang rasa, bersatu padu dan peka terhadap soal keagamaan.

(Hadith Riwayat Muslim)

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/243-bertimbang-rasa


Host: Mohd Fauzan Mat Noor

Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts

Advertisements

Leave a Reply