Kembara Sufi Jejak Bumi Anbiya Raya – Syawal Menyatu Hati Di TV Al-Hijrah

Rancangan Kembara Sufi Jejak Bumi Anbiya Raya di bawa khas TV Al-Hijrah dalam Sambut Aidilfitri Dengan Kempen Syawal Menyatu Hati.

Di tayangkan pada 25 Mei 2020, 2 Syawal 1441H, Jam 7:30 Malam

“Selain itu, kami juga siarkan 4 filem istimewa terbitan produksi dalam dan luar negara khas buat semua. Peminat seni bela diri silat wajib untuk menonton filem tayangan perdana berjudul Geran terbitan Layar Pictures Sdn. Bhd. Selain berkisar tentang dunia persilatan, filem Geran turut mengajar penonton erti persahabatan, kasih sayang dan kemaafan.”

Kami bawakan juga Bioskop Hijrah iaitu barisan filem Indonesia seperti Filem Malaikat Kecil, Filem Iqro My Universe dan Filem Kalam Kalam Langit. Kesemua filem ini memiliki DNA penyiaran TV AlHjrah iaitu mempromosi gaya hidup Islam dan nilai-nilai murni universal.” jelas Namanzee lagi.

Antara program-program istimewa lain yang wajib ditonton adalah rancangan Munajat, Malaysia QuranTime Istimewa Aidilfitri, Berita AlHijrah Istimewa Aidilfitri, Belaian Kasih Istimewa Aidilfitri, Kembara Suci Jejak Bumi Anbiya Istimewa, Tausiyah Ustazah Asma Istimewa Aidilfitri dan E-Kaunter Netizen Syamsul Debat.

Di samping program-program Ramadan ini, TV AlHijrah juga sedang menyusun dan merangka strategi bagi kempen musim haji yang akan datang. Kerjasama dari pihak-pihak korporat yang berminat untuk menaja pada kempen musim haji hadapan amatlah dialu-alukan.

Jadi jangan lupa untuk terus setia bersama TV AlHijrah dan jadikan stesen gaya hidup Islam ini sebagai saluran utama raya anda.

Info Lanjut:

Layari : https://www.tvalhijrah.com/

Al-Hijrah Live Streaming : https://alhijrahmedia.com/tv-alhijrah-live-streaming/

Facebook: https://www.facebook.com/tvalhijrah114/




Berkaitan