JAKIM terbitkan kit panduan sambutan Aidilfitri untuk PKPB

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya, berkata kit itu mengandungi panduan umum sambutan hari raya seperti amalan sunat dan wajib sempena hari raya, panduan takbir, solat dan khutbah hari raya.

“Oleh kerana sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam tempoh PKPB, maka kerajaan menyarankan umat Islam supaya menyambutnya secara sederhana dengan mengutamakan amalan yang dituntut dalam syariat Islam sahaja.

“Amalan sambutan perayaan yang berbentuk tradisi bolehlah ditangguhkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan yang lebih utama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kit itu ini boleh dimuat turun dari portal rasmi JAKIM www.islam.gov.my atau klik di pautan https://bit.ly/PanduanHariRayaPKPB

Paimuzi berkata, beliau dan seluruh warga JAKIM turut mendoakan agar semua umat Islam dapat mengamalkan normal baharu dalam menyambut hari raya dan semoga negara kita kembali pulih daripada pandemik COVID-19.


Berkaitan

Advertisements