Koleksi Hadis – Menahan Diri Menghadapi Perkara Yang Menyakitkan Hati

Hadith: 

Daripada  Abu Hurairah RA bahawasanya seorang lelaki bertanya, “Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang aku hubungi mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepada aku, aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi bertindak jahat terhadapku”. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau suapkan mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada dalam keadaan yang demikian itu.”  

Huraian Hadith: 

  1. Islam mengajar umatnya supaya banyak bersabar di dalam semua keadaan sama ada ketika senang atau pun susah kerana ia merupakan senjata atau benteng kepada seseorang di dalam menghadapi hidup di dunia ini dan menjadi pengukur darjat keimanan seseorang.
  2. Islam mengajar umatnya supaya jangan membalas keburukan orang yang suka berbuat sesuatu yang menyakitkan hati, sebaliknya perbuatan mereka itu akan menambahkan lagi dosa mereka sendiri.
  3. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada orang yang sentiasa dalam kebenaran dan teraniaya.
  4. Setiap umat Islam wajib menghubungkan silaturrahim dan haram memutuskannya.
  5. Islam menghendaki umatnya sentiasa berbuat baik walaupun terhadap orang yang bertindak jahat dengan harapan dia akan insaf dan meninggalkan sikap buruknya.

(Hadith Riwayat Muslim)

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/239-menahan-diri-menghadapi-perkara-yang-menyakitkan-hati


Host: Mohd Fauzan Mat Noor

Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts


Berkaitan