Google Trending Search

Keputusan membenarkan jemaah haji Malaysia akan diumumkan selepas Aidilfitri.

Keputusan membenarkan jemaah haji Malaysia menunaikan rukun Islam kelima pada musim ini akan diumumkan selepas Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, berkata setakat hari ini, Kerajaan Arab Saudi belum membuat sebarang pengumuman sama ada umat Islam dibenarkan untuk menunaikan haji atau sebaliknya.

Menurutnya, sekiranya mendapat kebenaran dari kerajaan Arab Saudi, perkara itu akan dibincangkan dengan semua pihak bagi mencari pendekatan terbaik.

“Bagaimanapun keputusan kebenaran itu bergantung kepada pengumuman Kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Peruntukan Sumbangan ProgramYayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Peduli: Musa’adah COVID-19 daripada CIMB Islamic Bank, di sini hari ini.

Sumbangan berjumlah RM150,000itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank, Ahmad Shahriman Mohd Shariff kepada Yang Di Pertua YADIM, Ustaz Nik Omar Nik Aziz.

Pada majlis sama CIMB Islamic Bank turut menyampaikan sumbangan Musa’adah COVID-19 berjumlah RM300,000 kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) – Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan (MAIWP) yang diwakili Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Syukri Yusoff.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Pengarah Urusan Senior Banker Group, Kumpulan CIMB, Rosman Nordin dan Ketua Jabatan Perbankan Konsumer, CIMB Islamic Bank, Ken Mohamed Faiz Kamal.

Photo by Haydan As-soendawy on Pexels.com

Peruntukan sumbangan YADIM Peduli:Musa’adah COVID-19 itu bertujuan meringankan bebanan kumpulan asnaf, B40, barisan hadapan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nik Omar berkata, sehingga kini sebanyak 9,732 orang telah menerima bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan dapur di seluruh negara dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM489,280.00.

Katanya, 40 peratus hasil sumbangan yang diterima akan diagihkan kepada masyarakat Sabah dan Sarawak termasuk masyarakat Orang Asli di pedalaman seluruh negara.

Sumber: Berita Harian


Berkaitan

Advertisements

Leave a Reply