Nestlé perkenal Starbucks Premium Instant

Nestlé Malaysia melancarkan kopi segera Starbucks Premium Instant dengan rangkaian baharu terdiri daripada kopi Medium Roast dan Dark Roast serta pelbagai jenis kopi.

Nestlé dalam satu kenyataan, berkata minuman baharu yang ditawarkan dalam format tin dan hidangan itu turut menggabungkan kepakaran warisan Nestlé dalam segmen kopi segera dengan keunikan sentuhan rasa premium Starbucks.

“Bermula April lalu, pelanggan boleh menikmati kopi berkualiti tinggi Starbucks dalam format segera atau larut di rumah,” katanya.

Produk baharu itu hadir selepas Nestlé Malaysia memperkenalkan kopi ‘Starbucks at Home’ last September tahun lalu.

Dengan kehadiran produk baharu itu ia menjadikan keseluruhan kepada 11 termasuk pakej biji kopi, kopi panggang dan tanah serta kapsul Starbucks yang dibangunkan menggunakan jenama dan sistem teknologi Nescafé Dolce Gusto.

Produk berkenaan menjadi inovasi pertama yang dikembangkan Nestlé dan Starbucks selepas kedua-dua syarikat itu secara rasmi menjalinkan pakatan global yang membolehkan Nestlé memperluas portfolio kopinya, selain Nescafé dan Nespresso, dengan menambah satu lagi jenama ikonik, Starbucks.

Medium Roast adalah kopi Amerika Latin yang halus dengan susu coklat dan kacang, sementara Dark Roast adalah kopi sejati yang dipanggang sempurna dan manis berserta coklat gelap lazat.

Minuman kopi baru diilhamkan secara langsung oleh minuman utama Starbucks, yang ditawarkan dengan pilihan Cappuccino, Caffè Latte, Caffè Mocha dan Caramel Latte.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Minuman Nestlé Malaysia, Othman Chraibi, berkata kerjasama kukuh dengan Starbucks membolehkan ia bergerak pantas dan mengembangkan jenama Starbucks menerusi segmen kopi segera atau larut yang terkenal di Malaysia.

“Kami gembira terus memanfaatkan kepakaran kopi kami untuk mencipta pengalaman premium kopi baru agar pengguna dapat menikmati kemudahan di kediaman mereka dengan selesa,” katanya.

Semua produk direka dengan kualiti tinggi yang sama, bersumber etika sama Amalan Kopi Arabica C.A.F.E yang ditawarkan di semua premis Starbucks di seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian


Berkaitan