Koleksi Hadis – Kesempurnaan Iman

Hadith:

Daripada  Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Agama Islam itu dibina di atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa tiada tuhan lain melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW itu adalah rasul dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang fardhu, mengeluarkan zakat, menunaikan haji ke Makkah al-Mukarramah dan berpuasa pada bulan ramadhan”.  

Huraian Hadith: 

  1. Agama Islam ditegakkan di atas lima rukum yang paling penting iaitu:
    1. Mengucap dua kalimah syahadah
    2. Menunaikan sembahyang fardhu lima waktu
    3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
    4. Memberi zakat (zakat fitrah, harta, tanaman dan lain-lain)
    5. Menunaikan haji ke Baitul Allah sekali seumur hidup
  2. Kesempurnaan iman seseorang Islam dapat di ukur dengan kesempurnaan mereka menunaikan semua kewajipan yang fardhu dan ditambah pula dengan yang sunat.
  3. Orang yang mengingkari salah satu rukun ini jadi kafir dan orang yang memandang remeh atau bermudah-mudah jadi fasiq.

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/237-kesempurnaan-iman


Host: Mohd Fauzan Mat Noor

Facebook Profile: https://www.facebook.com/fauzan.matnoor

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts