SOP terperinci operasi TASKA akan ditetapkan KKM, JKM

Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini dalam usaha menetapkan prosedur operasi standard (SOP) sesuai bagi operasi Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA sentiasa terjamin.

“Saya faham beberapa TASKA perlu dibuka kerana tiada tempat untuk menghantar anak sepanjang tempoh kedua-dua ibu bapa mereka bekerja. Jadi sebab itulah akhirnya TASKA terpaksa dibuka.

“Bagaimanapun, untuk jaga keselamatan kanak-kanak terbabit KKM dan JKM akan berbincang untuk mengeluarkan SOP terperinci.

“Justeru, KKM dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan berbincang untuk mengeluarkan SOP berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sumber: Berita Harian