Koleksi Hadis – Antara Kebajikan dan Dosa

Hadith:  

Daripada an-Nawas bin Sam’an RA katanya, aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kebajikan dan dosa, lalu Baginda menjawab, “Kebajikan itu ialah akhlak yang mulia. Manakala dosa itu ialah perbuatan yang diragui dalam hati kamu dan engkau tidak suka diketahui oleh orang lain.”  

Huraian Hadith: 

  1. Kebaikan atau kebajikan terdapat pada akhlak yang mulia kerana orang yang memiliki akhlak yang mulia sentiasa terdorong melakukan perbuatan-perbuatan yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji.
  2. Perasaan serba salah dan teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang diingati dan takut dilihat oleh orang lain kerana takut dicela menunjukkan perbuatan itu adalah perbuatan dosa.
  3. Umat Islam dikehendaki supaya berpendidikan teguh dan benar supaya sesuatu yang akan dilakukannya mendapat keredhaan Allah.

(Hadith Riwayat Muslim)

Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/224-antara-kebajikan-dan-dosa


Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Terkini di Mr Bagaimana Podcasts