Hadith:
Daripada Abu Hurairah dan juga Ibn Umar RA bahawa kedua-keduanya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Ketika Baginda membaca khutbah jumaat di atas mimbar, mudah-mudahan orang ramai tidak terus menerus suka meninggalkan sembahyang jumaat tanpa uzur nescaya Allah akan menutup ke atas hati-hati mereka daripada menerima kebenaran dan kebaikan yang di kehendaki oleh agama. Maka jadilah mereka golongan orang yang lalai.
Huraian Hadith:
- Orang yang sengaja meninggalkan sembahyang fardhu jumaat tanpa uzur akan di tutup oleh Allah SWT pintu hati mereka dari mudah menerima kebenaran dan kebaikan terhadap agama.
- Di antara tanda orang yang bersifat munafik itu ialah mereka yang banyak berbuat maksiat dengan meninggalkan yang wajib dan berbuat yang haram.
(Hadith Riwayat Muslim)
Rujukan Hadis: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM
http://www.islam.gov.my/e-hadith/220-larangan-meninggalkan-solat-jumaat
Follow Podcasts Kami:
Portal: https://mrbagaimana.com/
Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/
Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/
Media Sosial Mr Bagaimana: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler