Resepi Ikan Cencaru Goreng Berlada

Bahan-Bahan :

2-3  ekor  ikan cencaru saiz sederhana besar
1  senduk  cili kering kisar
3  biji  cili merah *
5  biji  bawang merah *
1  ulas  bawang putih *
1/2  inci  halia *
Sedikit belacan *
Air asam jawa secukupnya
Garam, gula & perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis

Cara Memasak :

1.  Ikan cencaru disiang, dibelah bahagian belakang dan dicuci bersih.  Lumurkan dengan garam, serbuk kunyit kemudian goreng. Angkat dan ketepikan.

2.  Kisar bahan-bahan bertanda (*) dengan air asam jawa secukupnya.

3.  Tumiskan cili kering kisar diikuti dengan bahan-bahan lain yang dikisar sehingga masak dan terbit minyak.

4.  Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.  Kacau sebati.

5.  Setelah sebati, gaulkan dengan ikan yang digoreng tadi dan biarkan seketika di atas api.

6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.


Berkaitan

Join 4,699 other subscribers