Koleksi Hadis – Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Hadis:

Daripada Ibn Umar RA bahawasanya Rasulullah SAW melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan), lalu Baginda SAW bersabda, “Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya), kerana malu ini sebahagian daripada iman.”

Huraian Hadith:  

  1. Hadith menunjukkan kelebihan sifat malu, sifat malu adalah antara kesempurnaan iman, kerana sifat malu menghalang seseorang daripada melakukan maksiat, dan mendorongnya melakukan taat dan ibadat.
  2. Malu adalah semulajadi (fitrah) dalam diri manusia, ianya boleh diasuh dan boleh dididik supaya sesuai dengan tuntutan syarak.
  3. Islam menyuruh umatnya bersifat pemalu kerana malu itu sebahagian daripada iman.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Mr Bagaimana Podcasts

Follow Podcasts Kami:

Portal: https://mrbagaimana.com/

Podcasts: https://mrbagaimana.com/portfolio/

Podcasts Blog: https://mrbagaimana.com/category/podcasts/

Media Sosial: Facebook, Twitter, Instagram, Linked In, Pocket, Path, Pinterest, Tumbler


Rujukan Hadis: Portal JAKIM

http://www.islam.gov.my/e-hadith/156-malu-itu-sebahagian-daripada-iman