Telefilem TV3 – Peninggalan Arwah (2020)

Fatihah dan Faris tinggal bersama neneknya, Zainab di kampung sejak kematian ibu mereka, Farah yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ayah Fatihah dan Faris, iaitu Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya selepas berkahwin dengan Liyana.

Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya, Farah yang berpendidikan tinggi dan mempunyai perniagaan sendiri. Segalanya merupakan usaha Farah sebelum pergi menghadap Ilahi akibat kemalangan. Semasa hidupnya, Farah atas dasar percayakan suaminya, telah meletak nama Azrul pada harta bendanya.

Dia berpendapat anak-anaknya masih kecil dan sukar untuk menguruskan harta itu nanti. Walhal jika mengikut undang-undang Faraid harta isteri yang meninggal akan dibahagikan pada suami, anak-anak dan ibu bapa si mati jika masih hidup. Mengikut hukum yang telah ditetapkan, Azrul tidak amanah kerana dia menikmati kemewahan itu sendiri.

Tonton episod penuh di : http://www.tonton.com.my https://www.youtube.com/user/TV3MALAY… https://www.youtube.com/channel/UCv5b…