Tabung Khas Untuk Industri Pelancongan – Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya

Photo by Ishan on Pexels.com

PENGENALAN
Bagi membangunkan industri pelancongan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Khas Pelancongan (SFT3) yang dikendalikan oleh Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank).

Tujuan TKP ini adalah untuk menyokong usaha Kerajaan dalam membangunkan industri pelancongan di kalangan usahawan industri kecil dan sederhana (PKS) untuk menyumbang ke arah pendapatan negara.

Permohonan TKP ini akan diproses oleh KPK dan tertakluk kepada sokongan dari Jawatankuasa Pinjaman Tabung Pelancongan (JKPTP) berdasarkan kepada daya maju projek bagi sektor pelancongan. Permohonan yang telah disokong oleh JKPTP tersebut akan dipanjangkan kepada SME Bank untuk penilaian akhir dan kelulusan.

TUJUAN PEMBIAYAAN
Membantu usahawan mengembangkan produk/perkhidmatan berasaskan pelancongan.
Pengambilalihan perniagaan/aset pelancongan termasuk penebusan pembiayaan.

KESEDIAAN PENGGUNAAN DANA
Tertakluk kepada kesediaan dana

KADAR PEMBIAYAAN
Dari BFR – 1% setahun sehingga BFR + 0.5% setahun seperti berikut:

RatingPricing
1BFR – 1.0% p.a.
2BFR – 0.5% p.a.
3BFR + 0.5% p.a.

TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh pembiayaan maksimum sehingga 20 tahun termasuk maksimum 3 tahun grace period.

TERMA PEMBAYARAN

  • Tempoh bayaran pembiayaan akan ditentukan berdasarkan keupayaan aliran tunai, tempoh hayat ekonomi aset yang dibiayai dan/atau berdasarkan terma yang ditetapkan oleh pemberi dana.
  • Tempoh grace period boleh diberikan berdasarkan tempoh pembangunan/aset dalam pembinaan dan berdasarkan aliran tunai projek.

JUMLAH PEMBIAYAAN MINIMUM

  • RM 50,000 bagi kraf tangan dan homestay
  • RM 1.0 juta bagi perkhidmatan berkait dengan pelancongan
  • RM 5.0 juta bagi modal kerja (hotel)
  • RM 10.0 juta bagi aset (hotel)

JUMLAH MAKSIMUM PEMBIAYAAN
Tiada threshold atau maksimum had bagi setiap projek

JENIS PEMBIAYAAN
Pembiayaan berasaskan Shariah.

JENIS KEMUDAHAN

  • Pembiayaan aset tetap.
  • Pembiayaan Modal Kerja/ Modal Kerja Berputar.
  • Jaminan Bank.

KELAYAKAN PEMOHON

  • Syarikat berstatus pemilikan Malaysia, didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Akta 2001 atau Akta Koperasi 1993 (minumum 51% pemilikan oleh warganegara Malaysia).
  • Memenuhi klasifikasi sebagai PKS-Perusahaan Kecil dan Sederhana atau mana-mana kategori pelanggan yang layak untuk dibiayai oleh SME Bank.
  • Perniagaan sedia ada mestilah beroperasi melebihi dua (2) tahun. Bagi perniagaan yang beroperasi kurang dari dua (2) tahun, penilaian akan dibuat berasaskan case-to-case basis.
  • Projek mestilah beroperasi di Malaysia.

KELAYAKAN PROJEK

  1. Projek termasuk Homestay atau Kraf Tangan mestilah berdaftar dengan MOTAC sebagai projek pelancongan (yang mana berkaitan) atau disahkan sebagai projek pelancongan oleh Jawatankuasa JKPTP, MOTAC;
  2. Keutamaan adalah untuk projek-projek seperti berikut:-
    1. Projek pelancongan yang dipromosikan oleh Kerajaan termasuk (tidak terhad kepada) pelancongan berasaskan rekreasi, sukan, kesihatan, pendidikan dan yang berkaitan;
    2. Membina baru atau menambah, meluaskan dan mengubahsuai pelancongan dan hartanah bersejarah (seperti hotel, motel, chalet, rumah persinggahan, rumah rehat, homestay, bengkel kraf, kedai / galeri / pusat pameran dan muzium kraf);
    3. Menyediakan perkhidmatan pengangkutan berkaitan pelancongan seperti coaches, bas persiaran, kereta sewa, feri dan sebagainya;
    4. Resort dan infrastruktur pelancongan (termasuk pengubahsuaian dan kerja-kerja lanskap) seperti taman tema/taman rekreasi seperti taman bunga, taman safari dan kompleks integrasi pelancongan;
    5. Penyediaan atau pembuatan atau pembekalan produk kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan seperti produk kraf, restoran yang menyediakan persembahan kebudayaan, pusat cenderahati dan kraf tangan, kedai bebas cukai, peralatan rekreasi dan kemudahan di kawasan pelancongan seperti basikal, peralatan marin, peralatan golf;
    6. Modal kerja untuk aktiviti berasaskan pelancongan; dan
    7. Lain-lain projek berasaskan pelancongan yang ditentukan oleh Kerajaan.
Photo by Pixabay on Pexels.com

CAGARAN YANG DIAMBIL OLEH BANK (TIDAK TERHAD KEPADA YANG BERIKUT)
Mengikut garis panduan sedia ada oleh pihak Bank

MAKLUMAT ASAS YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON SFT3

  • Surat permohonan rasmi syarikat; dan
  • Borang permohonan SFT3 (sila taip).
  • Profil Syarikat mestilah disertakan bersama dokumen-dokumen berikut:
    1. Borang 9 atau Borang Pendaftaran Perniagaan*;
    2. SSM e-info terkini
    3. Sijil pendaftaran/lesen/surat kelulusan yang berkaitan seperti Sijil Pendaftaran Projek Pelancongan / Sijil Pendaftaran Premis Penginapan Pelancong / Sijil Penarafan / Sijil Pendaftaran Homestay/Kraf Tangan / Lesen Pengendali Pelancongan Agensi Pengembaraan / Lesen Perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

  • Kertas Cadangan Projek mesti mengandungi:
    1. Maklumat mengenai lokasi dan aktiviti projek;
    2. Profil Lembaga Pengarah dan Pengurusan Utama
    3. Kemudahan fasiliti dan perkhidmatan projek;
    4. Jadual Pelaksanaan projek;
    5. Kos perbelanjaan projek;
    6. Sumber kewangan;
    7. Strategi promosi dan pemasaran;
    8. Struktur organisasi;
    9. Aliran tunai (cash flow) dan pulangan atas pelaburan (return on investment); dan
    10. Kajian kebolehlaksanaan (feasibility study) projek yang dibuat oleh juru perunding (independent consultant) (sekiranya ada)

Dokumen Tambahan
Pemohon akan dipohon untuk mengemukakan dokumen tambahan oleh pihak SME Bank sebaik sahaja surat sokongan diperolehi daripada MOTAC berdasarkan cadangan projek pemohon.

Borang permohonan yang lengkap diisi boleh dimajukan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Bahagian Pembangunan Industri
Aras 14, Menara 1
No. 2, Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya

Untuk pertanyaan lanjut atau memerlukan sesi konsultasi berhubung SFT3, sila hubungi talian Dana Pelancongan 03-8891 7480/7492/7469 atau e-mail kepada danapelancongan@motac.gov.my.

Pemohon adalah digalakkan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak SME Bank berkenaan perincian terma dan syarat pembiayaan di alamat berikut:-

Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
Menara SME Bank
Jalan Sultan Ismail
P.O. Box 12352
50774 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 2615 2020
(Ketua, Bahagian Pembangunan Program)

Muat Turun


Sumber rujukan:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

http://www.motac.gov.my/program/tabung-insentif/tabung-khas-pelancongan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

 03 8000 8000
 03 8891 7100
 info@motac.gov.my