Keluarga Bahagia

Ke Manakah Mangsa Keganasan Rumahtangga, Rogol,Liwat & Penderaan Hendak Diadukan ?

Apakah Pusat Krisis Bersepadu?

Pusat Krisis Bersepadu atau One Stop Crisis Centre (OSCCadalah pusat perkhidmatan bersepadu di antara berbagai agensi yang menyelaraskan tugas bagi menyelesaikan kes keganasan rumah tangga, rogol, liwat dan penderaan terhadap kanak-kanak.

Pusat ini adalah merupakan tempat yang memberi rawatan dan pertolongan yang diperlukan oleh pengadu. Pegawai dari agensi berkaitan akan tampil untuk memberi bantuan jika diperlukan. Dalam erti kata lain pusat ini memberikan pengurusan rawatan setempat.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini?

  • Jagaan yang lebih selamat
    • Pengurusan klinikal
    • Kaunseling
    • Sokongan emosi
    • Perlindungan sementara
  • Mewujudkan sokongan bersepadu untuk pesakit dari berbagai agensi menerusi bantuan :-
    • Kebajikan sosial
    • Perlindungan
    • Bantuan perundangan
    • Perbicaraan di mahkamah
    • Perkhidmatan polis

Dimanakah pusat ini terdapat?

Perkhidmatan ini terdapat di semua hospital kerajaan. Ianya adalah bertempat di Jabatan Kecemasan Hospital.

Photo by Jonas Kakaroto on Pexels.com

Rujukan: Portal MyHealth

Leave a Reply