Kesihatan

Perubatan Tradisional & Komplementari – Urut Lepas Bersalin Percuma di hospital ?

Pada 11 Januari 2006, Jemaah Menteri Malaysia telah meluluskan cadangan untuk membangunkan program perubatan integrasi di Malaysia yang merangkumi amalan perubatan tradisional dan komplementari yang disepadukan ke dalam sistem penjagaan kesihatan kebangsaan. Program ini adalah selaras dengan Dasar Perubatan Tradisional dan Komplementari Kebangsaan yang telah dilancarkan pada tahun 2001. Untuk fasa pertama, tiga buah hospital kerajaan iaitu Hospital Kepala Batas di Pulau Pinang, Hospital Putrajaya di W. Persekutuan Putrajaya dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru, Johor telah dipilih untuk menjayakan projek perintis program perubatan integrasi ini.

Sehingga Jun 2014, terdapat 15 unit Perubatan Tradisonal dan Komplementari yang di tempatkan di hospital- hospital terpilih di seluruh Negara:

Perkhidmatan amalan perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang ditawarkan adalah:

  1. Urut Melayu
  2. Akupunktur
  3. Amalan Melayu dalam penjagaan ibu selepas bersalin (Malay Postnatal Care)
  4. Herba sebagai rawatan sampingan bagi pesakit barah/kanser
  5. Shirodara

Satu lagi unit PT&K baru sedag di bangunkan di Hospital Jasin Melaka dan di jangka siap pada akhir tahun 2014. Rawatan penjagaan ibu selepas bersalin akan di perkenalkan di Hospital Umum Sarawak bermula Julai 2014 manakala rawatan Shirodara iaitu sejenis perubatan tradisional India akan di perluasan perkhidmatannya ke Hospital Rehabilitasi Cheras dalam masa yang terdekat.

Perkhidmatan di Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) Hospital Integrasi

Perkhidmatan PT&K yang disediakan di unit ini bukanlah suatu rawatan alternatif. Ianya lebih merupakan suatu pelengkap atau komplemen (complement) bagi rawatan allopati (allopathy). Perkhidmatan yang diberi juga hanya untuk penyakit kronik dan tidak bagi kes akut. Kronologi rawatan adalah berpandukan kepada garis panduan PT&K bagi hospital integrasi. Sebelum rawatan diberi, pesakit akan disaring terlebih dahulu.

Garis Panduan bagi Perkhidmatan Perubatan Tradisional dan Komplementari.

Perkhidmatan Urut Melayu dan Akupunktur Untuk Kesakitan Kronik dan Angin Ahmar

Perkhidmatan ini khusus kepada pesakit yang telah didiagnosa dan dirujuk oleh pegawai perubatan. Selepas saringan awal, pesakit akan diperiksa oleh pengamal yang bertugas. Pengamal akan mendokumentasi permasalahan yang dialami dan juga sejarah kesihatan pesakit. Ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian kaedah rawatan yang akan diberikan. Pengamal juga akan membuat penilaian dalam menentukan tempat pada badan pesakit yang tidak dibolehkan untuk diurut /akupunktur.

Pendekatan konsep perkhidmatan urut di unit ini adalah:

  1. bagi pesakit kesakitan kronik – perkhidmatan dan kaedah urut yang diberikan mengikut konsep urut separuh badan atau ‘half body’; dan
  2. bagi pesakit angin ahmar – perkhidmatan dan kaedah urut yang diberikan mengikut konsep urut seluruh badan atau ‘whole body’.

Bilik Rawatan Urut

Urut

Regim perkhidmatan rawatan urut Melayu yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Akupunktur adalah satu cabang perubatan tradisional Cina yang merawat pesakit yang berkonsepkan teori meridian (jalur lalu lintas tenaga dalam tubuh badan) dan menggunakan tusukan jarum halus di titik meridian bagi tujuan menyembuhkan.

Bilik rawatan Akupunktur

Akupunktur

Regim perkhidmatan rawatan akupunktur yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

Amalan Melayu Dalam Penjagaan Ibu Selepas Bersalin (Malay Postnatal Care)

Amalan Melayu dalam penjagaan ibu selepas melahirkan anak perlu di kekalkan dan di tingkatkan kualitinya. Lni kerana keberkesanannya dalam membantu ibu-ibu selepas bersalin terbukti sejak turun temurun.

Amalan ini sesuai dan selamat bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal

Perkhidmatan yang ditawarkan terbahagi kepada dua iaitu urutan kesegaran dan rawatan perbidanan Melayu.

Herba Sebagai Rawatan Sampingan Bagi Pesakit Barah/Kanser

Kaedah rawatan ini ditawarkan untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit barah/kanser dengan mengurangkan kesan sampingan akibat daripada rawatan kemoterapi dan radioterapi. Perkhidmatan ini khusus untuk pengidap enam jenis barah/kanser di Malaysia iaitu barah/kanser payudara, paru-paru, rahim, nasopharynx, usus besar dan hati. Pesakit yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini harus memperoleh surat rujukan daripada pakar onkologi sebelum menerima rawatan.

Rawatan ini berkonsepkan perubatan tradisional Cina. Sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal seperti pemeriksaan nadi, raut wajah, lidah, mata dan badan akan dilakukan oleh pakar perubatan tradisional Cina untuk mendapatkan diagnosis keadaan badan pesakit sebelum preskripsi herba diberikan

Rejim perkhidmatan rawatan preskripsi herba yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

SHIRODHARA

Shirodhara berasal dari perubatan tradisional India dan dalam Bahasa Sanskrit siro bermakna kepala dan dhara bermakna jatuh/meleleh (dripping)

Ia membantu dalam menenangkan jiwa, meredakan tekanan dan membantu dalam menyeimbangkan emosi.

Indikasi untuk rawatan Shirodhara adalah


Rujukan: Portal MyHealth

Categories: Kesihatan

Leave a Reply