Pekerjaan

Program Akademik Dan Kemahiran Bagi Amalan Perubatan Tradisional Dan Komplementari Di Malaysia

Penggunaan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) kini semakin popular di Malaysia. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan pada 2004, sebanyak 55.6% populasi Malaysia pernah menggunakan perubatan tradisional dalam tempoh 12 bulan semasa kajian dijalankan1.

Namun, ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap orang pengamal berbeza sesama lain. Ini adalah kerana ilmu dan kemahiran yang berkaitan diperturunkan dari generasi ke generasi. Ini telah mengakibatkan perkhidmatan PT&K yang tidak standard dan menjejaskan keyakinan orang awam ke atas PT&K.

Oleh yang demikian, pendidikan formal dalam bidang PT&K perlu diwujudkan untuk menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan PT&K yang disampaikan kepada rakyat.

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), sebagai agensi kawalselia dalam Kementerian Kesihatan Malaysia, memainkan peranan yang penting dengan memberi sokongan teknikal dalam pembangunan program akademik dan kemahiran PT&K.

Photo by Agung Pandit Wiguna on Pexels.com

Merujuk kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) [Rajah 1], dua laluan telah dikenalpasti dalam pembangunan program PT&K, iaitu latihan kemahiran dan pendidikan tinggi (akademik).

Pembangunan Pendidikan Tinggi PT&K di Malaysia

Merujuk kepada Rajah 2 bagi pembangunan program PT&K melalui laluan akademik, 12 standard untuk diploma (5 program) dan ijazah sarjana muda (7 program) telah dibangunkan dengan kerjasama Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sebahagian program yang telah dibangunkan juga telah ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) tempatan (Rajah 3).

Pembangunan Latihan Kemahiran PT&K di Malaysia

Bagi pembangunan program PT&K mengikuti laluan kemahiran, BPTK telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk membangunkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK). SKPK merupakan dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

Sehingga 2014, 16 SKPK untuk 10 jenis modaliti PT&K telah dibangunkan. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) daripada JPK akan dianugerahkan kepada sesiapa yang layak. SKM boleh didapati melalui 3 kaedah iaitu:

  1. Melalui latihan di pusat bertauliah
    Pusat bertauliah merujuk kepada penyedia latihan kemahiran yang telah diluluskan oleh  JPK untuk mengendali latihan kemahiran dan menawarkan Persijilan Kemahiran Malaysia bagi bidang dan tahap kemahiran tertentu berdasarkan SKPK.
  2. Melalui latihan berorientasikan industri
    Melalui latihan perantisan dalam Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang dijalankan di industri dan institut latihan kemahiran.
  3. Melalui pentauliahan pencapaian terdahulu (PPT)
    Seseorang calon layak mendapat SKM berdasarkan pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Namun, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh pegawai yang dilantik JPK.

Pengiktirafan institusi pengajian tinggi luar negara

Sehingga Mei 2015, ijazah sarjana muda Perubatan Tradisional Cina yang ditawarkan oleh lima (5) buah universiti dari negara China telah diiktirafkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia. Institusi-institusi yang berkaitan adalah seperti berikut:

  • Beijing University of Chinese Medicine (BUCM)
  • Nanjing University of Chinese Medicine (NUCM)
  • Shanghai University of Traditional Chinese Medicine (SHUTCM)
  • Tianjin University of Traditional Chinese Medicine (TUTCM)
  • Guangzhou University of Chinese Medicine (GUCM)

Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF): Kelayakan dan Tahap

Tahap MQFSektorPembelajaran Sepanjang Hayat
KemahiranVokasional and TeknikalPengajian Tinggi
8Ijazah KedoktoranAccreditation of Prior Experiential Learning  (APEL)
7Ijazah Sarjana
Sijil dan Diploma Pascasiswazah
6Ijazah Sarjana Muda
Sijil dan Diploma Siswazah
5Diploma LanjutanDiploma LanjutanDiploma Lanjutan
4DiplomaDiplomaDiploma
3Sijil Kemahiran 3Sijil Vokasional and TeknikalSijil
2Sijil Kemahiran 2
1Sijil Kemahiran 1

Rajah 1: 8 tahap kelayakan dan 3 sektor (laluan), dengan sokongan laluan pembelajaran sepanjang hayat, telah dikenalpasti berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia untuk membangunkan program pendidikan di Malaysia.

Program Sarjana MudaProgram Diploma
Sarjana Muda Perubatan Tradisional Cina (Akupunktur)Sarjana Muda Perubatan Tradisional CinaSarjana Muda Perubatan Komplementari (Perubatan Natural)Sarjana Muda HomeopatiSarjana Muda Perubatan MelayuSarjana Muda Perubatan AyurvedaSarjana Muda KiropraktikDiploma Perubatan MelayuDiploma  Perubatan Tradisional Cina (Akupunktur)Diploma Perubatan NaturalDiploma AromaterapiDiploma Pengubatan Islam

Rajah 2: Program Standard untuk PT&K yang telah diterbitkan oleh MQA dan terdiri daripada program stard bagi 7 program ijazah sarjana muda dan 5 program diploma

Bil.InstitusiNama Program
1.Southern University CollegeBachelor Degree of Traditional Chinese Medicine 3+2
University Foundation for Degree Programme (Traditional Chinese Medicine)
2.Tunku Abdul Rahman UniversityBachelor of Traditional Chinese Medicine (Hons)
3.INTI International UniversityBachelor of Traditional Chinese Medicine (Hons)
4.Cyberjaya University College of Medical SciencesBachelor of Homeopathic Medical Science (Hons)
Diploma Amalan Pengubatan Islam
5.Management and Science UniversityBachelor in Traditional Chinese Medicine (Hons)
Diploma in Traditional Chinese Medicine
6.International Medical UniversityBachelor of Science (Hons) Chinese Medicine
Bachelor of Science (Hons) Chiropractic
7.Malacca College of Science and ManagementDiploma in Natural Medicine
8.Lincoln University CollegeDiploma in Traditional Chinese Medicine

Rajah 3: Program PT&K yang sedang ditawarkan oleh 8 IPTS tempatan. Program yang ditawarkan merangkumi perubatan tradisional Cina, perubatan Homeopati, Kiropraktik, perubatan Natural dan amalan pengubatan Islam.

Rujukan: Portal MyHealth

Categories: Pekerjaan, Remaja

Leave a Reply