Pengenalan
- Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini.
- Perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku
- Kanak- kanak berisiko mengalami kemurungan berpunca dari:
- Pengalaman tekanan perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga.
- Pengalaman kehilangan seseorang yang disayangi seperti ahli keluarga yang terdekat
- Keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan
- Mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak seperti gangguan kemerosotan hyperaktif, Gangguan dalam pembelajaran, gangguan kekusutan (anxiety), penderaan, gangguan awal dalam kelakuan tingkah laku.

Apakah tanda-tanda kemurungan
Perubahan boleh ditunjukkan dalam
- Kelakuan
- Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
- Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
- Terpinggir / terasing
- Marah dan suka bermusuh
- Hubungan yang tegang
- Kerapkali tidak hadir ke sekolah
- Hendak lari dari rumah
- Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
- Perasaan /Emosi/Pemikiran
- Perasaan tidak puas hati
- Kurang tumpuan
- Kurang keyakinan diri
- Rasa diri tidak berguna
- Bosan
- Tertekan kerana disingkir
- Cepat marah
- Perubahan Fizikal
- Kurang tahap tenaga kecerdasan
- Perubahanan masa tidur atau makan
- Masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
- Perubahan berat badan
Bilakah seseorang itu perlukan bantuan
Anda dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan apabila:
- Kanak-kanak itu kelihatan tidak gembira dan rasa rendah diri
- Kanak-kanak mengalami ketidak seronokan yang berterusan
- Gangguan perasaan emosi dalam aktiviti harian
Bolehkah kemurungan membawa kepada masalah lain
Kemurungan pada diri kanak-kanak boleh membawa:
- Gangguan dalam proses tumbesaran
- Gangguan dalam fungsi seperti:
- Proses pembelajaran
- Menjalin perhubungan dengan ahli keluarga yang lain, rakan-rakan atau guru-guru
- Masalah gangguan tingkah laku yang serius
- Penyalahgunaan untuk keselesaan seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah
- Mencederakan diri sendiri
- Risiko membunuh diri
Bolehkah kita berbuat sesuatu untuk membantu kanak-kanak sedemikian?
- Pengesanan awal dan mengenal pasti kanak-kanak yang berpotensi menghadapi kemurungan adalah sangat mustahak
- Bantuan Psikologi mesti diberikan untuk membantu kanak-kanak ini.
- Berlajar berfikiran positif dengan mengawal dan menunjuk ke arah cara yang betul. Terapkan kepercayaan diri sendiri
- Mengendalikan kehidupan secara positif dan yakin dengan perubahan diri, dapat mengatasi ketakutan, marah,kecewa dan sebagainya
- Memperkembangkan kemahiran sosial yang positif
- Kaunseling juga mustahak untuk
- Perseorangan
- Keluarga
- Sekolah
- Ubat mengawal tekanan perasaan akan diberikan oleh Pakar Psikiatri.
Dapatkah kemurungan dielak?
Banyak cara dapat dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang positif keatas kanak-kanak seperti:
- Membantu kanak-kanak menghadapi kehidupan yang positif
- Memberi bantuan psikologi bila kanak-kanak itu menghadapi masalah
- Menyediakan hubungan saling menerima, kemesraan, bertindakbalas dan saling percaya mempercayai.
- Tunjukkan contoh tauladan dan pengawasan yang baik
- Memberikan perlindungan yang selamat, harmoni dan persekitaran yang sihat.
Rujukan: Portal MyHealth