Ibadat

Pembahagian Harta Menurut Islam

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu  perancangan harta semasa hidup dan pembahagian harta selepas kematian  pemilik harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf, sedekah dan nazar. Manakala, pengurusan harta  selepas berlaku kematian pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk kepada hukum faraid.


Walaupun faraid berperanan dalam urusan pembahagian  harta pusaka, namun pengagihan harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan sempurna serta  tidak difahami dengan betul Pembahagian harta pusaka bertujuan untuk memberikan kepada yang berhak dan untuk membantu waris yang ditinggalkan.

Syarak telah menetapkan apabila seseorang itu meninggal, hartanya akan dibahagikan mengikut pembahagian faraid. Pembahagian harta secara faraid adalah salah satu cara pembahagian harta di dalam Islam. Ayat-ayat 7, 11, 12 dan 176 dalam surah al-Nisaa menggariskan panduan berkenaan waris-waris yang berhak dan juga bahagian-bahagian yang harus diperoleh setiap waris.

Merujuk kepada kitab Mughil Muhtaj tulisan As-Sheikh Muhammad Al-Khatib As-Syarbini yang telah menyatakan bahawa antara perkara yang perlu diselesaikan ke atas harta si mati adalah zakat yang belum ditunaikan, barang-barang gadaian yang belum ditebus, hutang si mati ke atas harta yang ditinggalkan, harta sepencarian, wakaf, nazar, hibah yang telah sempurna rukunnya tetapi belum dipindah milik, perbelanjaan pengebumian, hutang dan wasiat.

1. HIBAH (sila semak)

2.WASIAT (sila semak)

3. WAKAF (sila semak)

4.SEDEKAH (sila semak)

5.NAZAR (sila semak)

6  FARAID. (sila semak)

7. HARTA SEPENCARIAN (sila semak)

8. HARTA BAWAAN (sila semak)


HIBAH

Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undangundang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkanwasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.

Kedua-dua instrumen inidigalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendaksyarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah danwasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hokum faraid.Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi focus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.

KONSEP HIBAH DALAM ISLAM | PENGERTIAN HIBBAH


HIBAH DARI SEGI BAHASA|

bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.


HIBAH DARI SEGI ISTILAH |
ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihakkepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala diakhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:

  • Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
  • Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
  • Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
  • Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
  • Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu

HUKUM DAN PENSYARIATAN HIBAH

Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedaplagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

Rukun Hibah dan Syaratnya: Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

Pemberi hibah (al-Wahib)

Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd.Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya.hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

Penerima hibah (al-Mawhub lahu)

Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaanmemiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlumemenuhi syarat-syarat berikut:
1. Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
2. Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
3. Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
4. Ia boleh diserah milikkan. 
5. Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan masih belum berbuah dan sebagainya. 
6. Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah.
Mengikutmazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam,barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

Sighah iaitu ijab dan kabul

Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syaratberikut: 
1. Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul. 
2. Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu. 
3. Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan tempoh tertentu seperti yang berlaku dalamal-‘umra dan al-ruqba adalah sah hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.


WASIAT

WASIAT DARI SEGI BAHASA |

wasiat berasal daripada perkataan‘wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafie berpendapat bahasa ia berasal daripada kata sifat ‘wassa’ yang bererti menghubungkan atau menyampaikan. Ia bermaksud menghubungkan atau menyampaikan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang semas hidupnya dengan ganjaran pahala selepas dia meninggal dunia.

WASIAT DARI SEGI ISTILAH |

Pemberian atau sumbangan oleh seseorangkepada orang atau pihak lain setelah dia meninggaldunia sama ada perkataan wasiat itu diucapkan atau tidak. Menurut mazhab Syafie, wasiatialah pemberian suatu hak yang bolehdilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama ada dengan menggunakan lafaz atau tidak. Manakala menurut Abdul Karim Zaydan, wasiat ialah memberi milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat. Ada juga fuqaha’ yang mentakrifkan wasiat sebagai suatu pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada benda, hutang atau manfaat untuk dimilik olehpenerima wasiat akan pemberian tersebut selepas kematian pewasiat.

PENSYARIATAN WASIAT

Wasiat disyariatkan melalui nas al-Quran, hadis, amalan sahabat dan ijmak. Pada peringkat permulaan Islam, seseorang itu diperintahkan berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 180 yang bermaksud:

“Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”.

Namun kebanyakan para sahabat antaranya Saidina AbuBakar, Ali, Ibn Umar dan Mazhab Sunni yang empat termasuk Imam Syafie berpendapat bahawa hukum wajib ini telah dimansuhkan dengan turunnya ayat-ayat al-Mawarith(ayat 11, 12, dan 176 surah al-Nisa’) iaitu ayat yang secara khusus menyentuh peruntukan bahagian-bahagian yang telah ditetapkan ke atas waris-waris dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu, perintah wajib tersebut telah dimansuhkan namun perbuatan wasiat itu menjadi suatu perbuatan yang digalakkan (disunatkan) masih kekal dan sebaik baiknya hendaklah wasiat itu ke atas keluarga yang miskin atau anak-anak yatim yang tidak berhak mendapat harta pusaka.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kamatian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua norang yang berlainan agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu nditimpa bahaya kematian”
surah al-Ma’idah ayat 106

Terdapat juga hadis-hadis yang menggalakkan seseorang itu membuat wasiat. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Tiada hak (patut) bagi seorang muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan dibiarkan hingga dua malam melainkan wasiatnya itu tertulis di sisinya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini jelas bahawa langkah berhati-hati perlu dilakukan iaitu dengan menulis wasiat kerana seseorang itu tidak tahu bila ajalnya kan tiba. Kemungkinan kelalaiannya boleh mengakibatkan segala hajatnya tidaka akan tercapai.Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Dalam hadis yang lain pula, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang mati dalam keadaan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan yang satu dan mengikut sunnah dan dia mati sebagai seorang yang bertaqwa dan bersyahadahserta mati dalam keadaan dosa-dosanya diampunkan” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Dari amalan para sahabat menunjukkan mereka berwasiat dengan sebahagian harta mereka dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Menurut satu riwayat daripada Abdul Razak sesungguhnya Anas r.a berkata yang bermaksud:

“Mereka (sahabat) menulis pada wasiat mereka: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ini adalah wasiat fulan bin fulan bahawa dia bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya. Diajuga bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Dia juga bersaksi bahawa hari kiamat pasti akan tiba dan Allah akan membangkitkan manusia dari kubur. Dia mewasiatkan ahli keluarganya yang masih tinggal agar takutkan Allah dan saling memelihara hubungan mereka. Hendaklah mereka mentaati Allah dan rasulNya sekiranya mereka orang-orang yang beriman. Dia mewasiatkan mereka sebagaimana wasiat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub kepada keturunan mereka…”.

Dari segi ijmak, telah berlaku ijmak di kalangan para fuqaha’ Islam semenjak dari zaman sahabat bahawa wasiat adalah harus dan tidak pula diriwayatkan bahawa ada di kalanganmereka yang menolaknya


WAKAF

WAKAF DARI SEGI BAHASA |

Wakaf adalah berasal dari perkataan Arab ” Al-Waqf ” (اَلْوَقْفُ) yang bermaksud harta yang diwakafkan. Ia juga bermakna harta yang ditahan “Al-Habs” ( اَلْحَبْسُ ) atau harta yang dihalang ” Al-Mana’ “( اَلْمَنْعُ ).

WAKAF DARI SEGI ISTILAH|

Membawa maksud menahan sesuatu harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf sepertimana yang dinyatakan didalam hujjah wakaf dari mula harta itu diwakafkan hinggalah ke akhirnya semata-mata kerana Allah Subhanahu Wa Taala buat selama-lamanya dan ianya tidak boleh diambil kembali atau dimiliki oleh mana-mana individu.

JENIS-JENIS WAKAF

Secara umumnya wakaf terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Wakaf Ahli | wakaf keluarga

wakaf ini dikhususkan manfaatnya kepada ahli keluarga yang telah ditentukan oleh pewakaf.

ii) Wakaf Khairi | Wakaf Kebajikan

wakaf ini terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas.

Bagi wakaf am ianya boleh diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat umum umat islam mengikut hukum syarak seperti untuk kemudahan atau pembangunan ekonomi umat islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan berasaskan hukum syarak.

Bagi Wakaf khas pula ianya diertikan sesuatu wakaf yang diwujudkan oleh pewakaf bagi tujuan manfaat tertentu umat islam mengikut hukum syarak seperti mewakafkan tanah untuk tujuan masjid, surau, sekolah agama, perkuburan islam dan lain-lain yang dikhususkan oleh pewakaf.

Dari definisi Wakaf di atas, dapat menjelaskan bahawa amalan soleh yang utama adalah yang mempunyai kesinambungan manfaat dan pahalanya pula akan berterusan selama mana harta wakaf itu masih dimanfaatkan. Ada harta yang menjangkau tempoh yang amat lama maka pahala itu berterusan selama mana penderma itu masih hidup (di dunia) sehingga selepas dia mati (Akhirat).

AKTIVITI BERASASKAN WAKAF

i ) ada barangan atau aset atau sesuatu yang di wakafkan
ii) barangan itu dimanfaatkan secara berterusan.

CONTOH WAKAF

1. Pembangunan Masjid dan juga tempat beribadat
2. Projek saliran air sungai
3. Penulisan mushaf, kitab-kitab yang bermanfaat dan aktiviti pembacaan
4. Pembekalan air perigi, air paip dan seumpamanya
5. Pembangunan pertanian
6. Program pendidikan ilmu yang berguna dan diamalkan
7. Progam pembangunan keluarga bahagia teladan

Di dalam kitab Tanbihul Ghafilin oleh Abullaits Assamarqandi telah dihuraikan aktiviti-aktiviti yang memberi kesan manfaat dan pahala yang berpanjangan seperti berikut:

“Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata:
‘Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya:

  1. Siapa yang membangun masjid maka ia tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya.
  2. Siapa mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.
  3. Siapa yang menulis mushaf ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.
  4. Orang yang menggali sumur (perigi) selama masih ada orang mempergunakan airnya.
  5. Siapa yang menanam tanaman selama dimakan oleh manusia atau burung.
  6. Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajari.
  7. Orang yang meninggalkan anak salih mendoakan dan membaca istighfar baginya; yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Qur’an, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri; sebaliknya jika dibiasakan berbuat lacur fasik maka ia mendapatdosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.”

Jelas bahawa program wakaf amat luas dan tidak terbatas kepada projek “keagamaan” semata-mata tetapi meluas kepada apa-apa aktiviti yag menepati amal yang soleh dan berkepentingan awam. Boleh disimpulkan bahawa aktiviti baik yang berterusan dan mendatangkan manfaat kepada pihak lain adalah dalam ruang lingkup wakaf atau sadaqah jariah.

RUKUN WAKAF

    1.     Pewakaf (Al-Wakif)
    2.    Harta yang diwakafkan (Al-Mawquf)
    3.    Penerima manfaat wakaf (Al-Mawquf’alaih)
    4.    Lafaz Akad ( Al-Sighah)


SEDEKAH

Sadaqah atau sedekah adalah daripada perkataan (Bahasa Arab: صدقة‎) yang bermaksud benar.
Makna syara’ “sedekah” pula adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.

Makna sedekah memang sering menunjukkan makna memberikan harta untuk hal tertentu di jalan Allah S.W.T , sebagaimana yang terdapat dalam banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an. Di antaranya adalah :-

DALIL AL-QUR’AN

“Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.” Surah Al-Baqarah : ayat 264[1]

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”
Surah An-Nisaa’ : ayat 114 [2]

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
Surah At-Taubah : ayat 60 [3]

DALIL HADIS

SEDEKAH TIDAK MENGURANGKAN HARTA

Umat Islam tidak kira kaya atau miskin digalakkan bersedekah mengikut kemampuannya. Bagaimanapun, orang miskin yang bermurah hati hendak bersedekah, bersedekahlah ala kadar, asalkan tidak menyusahkan diri sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya.Selepas itu, kalau ada yang berlebih daripada yang diperlukannya, barulah boleh disedekahkan sebahagian daripadanya kepada orang lain.Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

“Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini.”
Hadith sahih riwayat Imam Ahmad

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah.”

Hadis Riwayat Bukhari

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
Hadis Riwayat Muslim, ad-Darimi dan Ahmad

CARA SEDEKAH TIDAK JADI SIA-SIA

Sedekahlah dengan barang yang disenangi penerima. Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah. Sesuatu yang disedekahkan ialah yang halal, bukan haram atau subahat. Sunat bagi pemberi sedekah atau penderma bersedekah dan menderma daripada benda yang disukai dan disayangi, tidak kira sama sedikit atau banyak. Bersedekah dengan disertai keikhlasan, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan merosakkan amalan bersedekah. Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdhal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.


Nazar

FATWA NUZRIAH DARI SEGI BAHASA |

Nuzriah diambil daripada kata asal nazar. Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara’.



FATWA NUZRIAH DARI SEGI ISTILAH |

Nazar yang dibuat oleh seseorang untuk menyerahkan sebahagian atau keseluruhan hartanya sebelum kematiannya kepada pihak lain. Secara amnya, nazar mempunyai asal di dalam al-Qur’an yang bermaksud:|
Mereka dikurniakan kesenangan itukerana)mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkanTuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azabsiksanya merebak di sana sini.

Ibn Kathir di dalam tafsirnya menerangkan maksud bagi ayat diatas sebagai:
melalui ayat 7 Surah al-Insan

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 270 pula, firman Allah s.w.t.:Yang membawa erti:
“Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamubelanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orangyang zalim itu tidak ada sesiapapun yang dapat menolongnya.”

Di dalam menerangkan maksud nazar, maka terdapat hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i:

Berdasarkan ayat-ayat dan hadith-hadith di atas, para ulama’bersepakat di atas kewajipan melaksanakan apa yangdinazarkan oleh seorang Muslim, sekiranya ia menazarkan sesuatu yang merupakan amal ibadah dengan tujuan taat kepada Allah ta’ala.Maka para fuqaha’ bersetuju bahawa nazar adalah sesuatu yang mempunyai landasan sah di dalam Islam. Hanya muncul beberapa perbezaan berkenaan beberapa aspek perlaksanaannya.Secara umumnya terdapat tiga jenis nazar:

(i) Nazar untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu, dimana ia berkait dengan denda jika nazar itu tidakdilaksanakan.
(ii) Nazar atas tanda kesyukuran di dalam meminta memperoleh sesuatu perkara baik atau meminta dipeliharadaripada suatu perkara buruk.
(iii) Nazar mutlak yang tidak dikaitkan dengan sebarang masa atau syarat tertentu. Maka ia boleh dilaksanakan pada sebarang masa selepas nazar itu dilakukan.

DALIL AL-QUR’AN

Nuzriah diambil daripada kata asal nazar. Nazar adalah pengakuan bersumpah bahawa seseorang akan melakukan sesuatu apabila tiba satu-satu masa atau apabila berlaku satu-satu peristiwa,untuk sebarang tujuan yang dibolehkan oleh Syara’.


NUZRIAH DARI SUDUT ISTILAH |

Adalah nazar yang dibuat oleh seseorang untuk menyerahkan sebahagian atau keseluruhan hartanya sebelum kematiannya kepada pihak lain. Secara amnya, nazar mempunyai asal di dalam

al-Qur’anmelalui ayat 7 Surah al-Insan:
Yang bermaksud: “(Mereka dikurniakan kesenangan itukerana)mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkanTuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azabsiksanya merebak di sana sini.”Ibn Kathir di dalam tafsirnya menerangkan maksud bagi ayat diatas sebagai:

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 270 pula, firman Allah s.w.t.:Yang membawa erti:
“Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamubelanjakan (dermakan) atau apa sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orangyang zalim itu tidak ada sesiapapun yang dapat menolongnya.”Di dalam menerangkan maksud nazar, maka terdapat hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i:

Berdasarkan ayat-ayat dan hadith-hadith di atas, para ulama’bersepakat di atas kewajipan melaksanakan apa yangdinazarkan oleh seorang Muslim, sekiranya ia menazarkan sesuatu yang merupakan amal ibadah dengan tujuan taat kepada Allah ta’ala.Maka para fuqaha’ bersetuju bahawa nazar adalah sesuatu yang mempunyai landasan sah di dalam Islam. Hanya muncul beberapa perbezaan berkenaan beberapa aspek perlaksanaannya.Secara umumnya terdapat tiga jenis nazar:

(i) Nazar untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu, dimana ia berkait dengan denda jika nazar itu tidakdilaksanakan.
(ii) Nazar atas tanda kesyukuran di dalam meminta memperoleh sesuatu perkara baik atau meminta dipeliharadaripada suatu perkara buruk.
(iii) Nazar mutlak yang tidak dikaitkan dengan sebarang masa atau syarat tertentu. Maka ia boleh dilaksanakan pada sebarang masa selepas nazar itu dilakukan.

HUKUM MEMBUAT NUZRIAH

Membuat nazar dalam Islam pada dasarnya adalah harus.Akan tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib sekiranya ia bolehmenyelamatkan
nyawa seseorang. Ia juga boleh bertukar menjadiharam sekiranya ia boleh menzalimi atau mengancam nyawaseseorang.
Begitu juga nuzriah. Jika dengan membuat nuzriah tersebut ia akan menzalimi ahli waris yang sepatutnya menerima harta pusaka
dengan mengurangkan bahagian yang diterima mereka,makahukumnya adalah haram.

Akan tetapi jika nuzriah tersebut dibuat didalam keadaan-keadaan tertentu untuk mengelakkan mafsadah daripada mereka yang hidup
agar tidak dizalimi kelak, makahukumnya adalah harus.Ini selari dengan tujuan Syari’ah yang menekankanpemeliharaan lima perkara asas
dan memelihara maslahah bagi perkara-perkara tersebut. Di dalam keadaan untuk menjaga penghidupan seseorang contohnya,
selagi mana ia tidak bercanggah dengan hukum Islam, maka nuzriah wajar dilakukan. Imam al-Ghazali, di dalam kitab al-Mustasfa, menyebut:
“Maslahah asalnya bermakna memperoleh manfaat dankelebihan atau mengangkat kejahatan dan bahaya

maksud ini, kerana ia memberi keutamaan kepada tujuan dan manfaat manusia. Makna yang dimaksudkan oleh kami ialah
maslahah yang menjaga dan memelihara tujuan Shari’ah.Tujuan Syari’ah adalah: memelihara agama seseorang, nyawanya, akalnya, keturunannya
dan hartanya. Setiap sesuatu yang memelihara lima perkara asas ini boleh dikira sebagai maslahah, dan setiap sesuatu yang mengabaikan kelima perkara ini dikira sebagai mafsadah, lantasmenolak mafsadah ini juga dikira sebagai maslahah.”


FARAID

MAKSUD FARAID DARI SEGI BAHASA |

Faraid mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

1. Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah

Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat  bahagian golongan asabah.  Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a)  Asabah Binafsih
(b)  Asabah Bil Ghoir
(c)  Asabah Maal Ghoir.

ASABAH BINAFSIH

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung,  saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

ASABAH BIL GHOIR

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan  semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

ASABAH MAAL GHOIR

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung  dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. DHAWIL-ARHAM
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati.  Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit  (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) HIJAB NUQSHON

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian  Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris  lain yang bersama-samanya.  Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) HIJAB HIRMAN

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.


HARTA SEPENCARIAN

Apakah dia harta sepencarian? Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh dalam masa perkahwinan seorang suami dengan isterinya hasil daripada sumber-sumber atau usaha mereka bersama.Harta sepencarian juga dikenali sebagai carian laki bini, pencarian, Gono-gina, hareuta sihreukat, harta Suarang dan lain-lain.

Sebenarnya di Malaysia harta sepencarian ini berasal daripada amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu iaitu adat Temenggung dan adat Perpatih.Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan sebahagian kecil Melaka manakala adat Temenggung diamalkan di negeri-negeri selain dari negeri di atas.

Adat Temenggung mentakrif harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh oleh kedua-dua suami dan isteri semasa perkahwinan. Seandainya perkahwinan itu telah mencapai usia tiga tahun dan pasangan telah mempunyai anak, maka harta sepencarian adalah harta yang pasangan peroleh atau miliki sebelum mereka berkahwin.Mengikut prinsip asasnya, jika pasangan bercerai atau salah seorang daripada pasangan meninggal dunia maka kedua-dua pihak berhak mendapat bahagian di dalam harta sepencarian tersebut (dalam hal perceraian) atau pasangan yang masih hidup berhak mendapatkan harta sepencarian (dalam hal kematian).

Pada dasarnya tidak terdapat dalil khusus di dalam al-Quran dan al-Sunnah yang menerangkan kedudukan Harta Sepencarian dalam Islam. Pemakaiannya diambil dari segi kaedah ‘uruf. Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu ‘uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti.

DALIL DAN PENDAPAT ULAMA’

Harta sepencarian bukan lagi soal adat semata-mata bahkan telah dikanunkan dalam perundangan dan mengikut prinsip-prinsip Hukum Syara’. Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti yang dijelaskan oleh al-Sayuti didalam kitab “al-Asybah wa al-Nazair fi al-Qawaid wa al-Furu’ ” di halaman 354 bahawa;
“Adat resam sesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”.

Di dalam kaedah fiqh atau “al-qawaid al-Fiqhiyyah” ia dikenali dengan kaedah “al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikenali dengan ‘urf menurut jumhur fuqaha’ telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi suatu perkara yang lumrah, sama ada ‘urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdul Karim Zaidan dalam kitab al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, halaman 252 dan kitab al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Haji Muhamad Soleh bin Haji Ahmad, Pustaka Haji Abdul Majid di halaman 622.

Agama Islam mengiktiraf pemilikan setiap individu terhadap harta. Setiap individu termasuk suami dan isteri berhak memiliki sebarang harta kerana ikatan perkahwinan Islam sama sekali tidak menafikan atau membataskan hak tersebut. Islam menganggap harta sepencarian sebagai satu cara pengiktirafan harta yang boleh dimiliki oleh seseorang di atas daya usahanya untuk memiliki harta tersebut. Harta Sepencarian ialah harta yang dimiliki atau diperolehi dalam tempoh perkahwinan dengan usaha secara langsung atau tidak langsung. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Nisa’, ayat 32;

  Maksudnya: “Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Al-Imam al-Shafie telah berkata didalam kitabnya “al-‘um”, halaman 328;
اذا اختلف الرجل والمراة فى متاعالبيت الذي هما فيه ساكنان وقد افترقا او ماتا او مات احدهما فاختلف ورثتهما او ورثت احدهما بعد موته فذالك كله سواء

Maksudnya: “Apabila berlaku pertelingkahan antara seorang lelaki dan seorang perempuan terhadap mata benda atau perkakas rumah yang mana kedua mereka mendiami rumah berkenaan, kerana mereka berpisah (bercerai); atau sekali pun tidak berpisah; atau kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daraipada mereka berdua meninggal dunia; yang mana dalam keadaan kedua suami isteri itu meninggal dunia; atau salah seorang daripada mereka berdua meninggal dunia, berlaku pertelingkahan di antara waris kepada kedua-dua pihak atau pertelingkahan oleh waris kepada salah satu dari kedua pihak itu; maka kedudukan cara penyelesaian semuanya adalah serupa…..?”

Tambahan lagi, Mahkamah juga merujuk kepada pendapat Ibn Qayyim yang menyebut di dalam kitabnya “ Al-Turuq al-hukmiyyah fi al-siyasah al-Syari’iyyah, di halaman 30;
Bermaksud: Yang demikian sebilangan besar Ahli Perundangan (Jumhur fuqaha’) menyatakan kes dakwaan dua orang suami isteri berhubung dengan perabot rumah dan kes dua orang tukang rumah berhubung dengan sebuah kedai, bahawa pendapat yang menyatakan percakapan orang yang ada menunjukkan satu petunjuk di atas kebenarannya itulah yang diterima. Dan yang tepat dalam persoalan seperti ini tidak boleh dianggap semata-mata kerana memegang dengan tangan atau menguasai atas sesuatu harta dengan mendapat nama dalam geran tanah dan sebagainya akan menjadikan haknya seorang sahaja, malah adanya sama seperti ketiadaannya, dan jika ini boleh diterima, nescaya kita akan terima juga pengakuan seorang yang merampas serban daripada seorang yang sedang mengikutinya dibelakangnya dalam keadaan kepalanya terdedah tanpa kain serban. Oleh itu kami memutuskan bahawa ini adalah tangan yang zalim lagi perampas. Maka tidak boleh diterima pengakuannya”.

Al Bajuri pula menjelaskan di dalam “Hasyiah al-Bajuri” Juz. 2, halaman 347 dan 348 bahawa maksudnya;
“Jikalau keduanya mendakwa sesuatu sama ada pada pemilik salah seorang daripadanya, maka kata pemutusnya ialah pemilik itu sendiri dengan sumpah tetapi jikalau ketika itu dalam milik kedua-duanya, maka kedua-duanya hendaklah bersumpah, kemudian barang-barang itu termasuk hamparan yang diduduki dan unta yang ditunggang, dan juga rumah yang didiami”.

Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang 2005 (Enakmen 3)  yang mentakrifkan Harta Sepencarian sebagai “Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”.

Kuasa Mahkamah dalam memerintahkan harta sepencarian diperuntukkan di dalam Seksyen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2005 (Enakmen 3) iaitu :-

122. (1)  Mahkamah adalah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talaq atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi  antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan dibahagi antara pihak-pihak itu.

KEHENDAK UNDANG-UNDANG BERKAITAN HARTA SEPANCARIAN

Di dalam menentukan apa-apa aset/harta sebagai Harta sepencarian, kita hendaklah memahami kehendak undang-undang bahawa maksud harta sepencarian itu boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu:-

1)    Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha bersama mereka;

2)    Harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’, dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan itu; dan

3)    Harta yang dipunyai oleh satu pihak sebelum perkahwinan itu yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan itu berkuatkuasa menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syara’ oleh pihak yang satu itu atau dengan usaha bersama suami isteri.

Dalam kes dari Wilayah persekutuan, Yang Chik lwn. Abdul Jamal (1986) 6 JH 146, Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, Kadi Besar telah berkata:
“Konsep harta sepencarian ialah harta yang diperolehi semasa dalam perkahwinan dengan masing-masing suami isteri sama-sama menyumbang tenaga atau wang ringgit untuk mendapat harta tersebut”.

  1. Jika si suami yang menceraikan tanpa ada sebarang kesilapan di pihak isteri,
    suami mestilah memberi nafkah selama tiga bulan dan semua harta perlu dibahagikan. Harta yang merupakan senjata atau alat perang diserahkan kepada suami. Dia juga akan menanggung apa-apa hutang atau cukai. Sementara semua perkakasan rumah dan tembaga akan diserahkan kepada isteri. Isteri juga akan mendapat rumah perkahwinan yang mereka diami serta tanah.
  2. Jika si isteri yang memohon cerai,
    Isteri hanya akan memperoleh perceraian jika dia dapat membuktikan kesnya (fasakh) dan selepas perceraian, isteri perlu mengembalikan semua harta boleh alih kepada suaminya. Ini bermakna, mengikut adat Temenggung, isteri tidak boleh memohon cerai dan jika dia berbuat demikian, dia kehilangan hak harta boleh alih daripada suaminya.
  3. Undang-undang adat Temenggung ini berbeza-beza dari satu negeri ke negeri yang lain. Contohnya di Perak, apabila perceraian berlaku, seorang isteri yang telah menyumbangkan usahanya mengerjakan tanah milik pasangan tersebut, adalah berhak ke atas separuh daripada tanah yang diperoleh ketika perkahwinan.
  4. Sedangkan, jika dia tidak memberikan apa-apa sumbangan, dia tetap akan mendapat 1/3 daripada harta sepencarian.
  5. Prinsip yang sama juga terpakai seandainya mana-mana pasangan meninggal dunia. Harta yang selebihnya akan diberikan kepada anak-anak atau ahli keluarga yang lain mengikut hukum faraid.

HUKUM SYARAK

Islam menerima pemakaian apa-apa adat selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak. Jika dilihat kepada dua kes yang lama itu, jelas bahawa tuntutan harta sepencarian telah berlaku sebelum merdeka iaitu seawal 1919. Ia bukan perkara baharu di Malaysia dan akhirnya hukum adat ini dikanunkan sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam yang ada di Malaysia.

Adat Perpatih juga turut memperuntukkan mengenai harta sepencarian. Namun begitu ia menggunakan prinsip yang agak berbeza. Menurut adat ini harta sepencarian perlu dibahagikan mengikut prinsip berikut: Carian Bahagi, Dapatan Tinggal, Pembawa Kembali, Suku Belah, Suarang Berage. Maksudnya apa-apa harta yang diperoleh ketika berkahwin perlulah dibahagi di antara pasangan seandainya mereka bercerai. Jika mereka tiada anak dan suami mati maka harta itu akan menjadi milik isteri, prinsip yang sama juga terpakai jika isteri yang mati.

Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka pembahagian yang akan dilakukan ke atas harta tersebut perlulah dibincangkan terlebih dahulu dengan semua benefisiari. Di dalam adat ini juga harta sepencarian tidak termasuk apa-apa harta yang diperoleh oleh suami sebelum perkahwinan dan dibawa masuk ke dalam perkahwinan. Harta tersebut akan dipulangkan kepadanya semula jika bercerai dan jika mati kembali kepada sukunya. Prinsip yang sama juga diaplikasikan kepada isteri.

Pembahagiannya akan dilakukan setelah semua hutang dilangsaikan. Jumlahnya adalah sama rata di antara suami dan isteri walaupun mereka mempunyai anak ataupun isteri itu diceraikan kerana berzina. Pengecualian kepada prinsip pembahagian ini adalah jika perceraian itu adalah cerai taklik. Dalam hal ini maka si isteri akan mendapat keseluruhan harta sepencarian.

KESIMPULAN

Walaubagaimanapun, penerangan  di atas hanyalah penerangan  umum yang mana terdapat beberapa isu yang timbul dari harta sepencarian berdasarkan fakta kes. Antaranya, isu harta sepencarian yang melibatkan harta felda, rezab melayu dan sebagainya yang memerlukan penerangan yang lebih detail kerana melibatkan peruntukan undang-undang yang berbeza seperti  Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960, Enakmen Rizab Melayu dan sebagainya. Pihak-pihak yang ingin membuat permohonan dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat guaman yang lebih terperinci dari mana-mana peguam syarie/ peguam JBG bertauliah.


HARTA BAWAAN

Harta bawaan adalah harta yang dimiliki oleh Suami dan Isteri sebelum perkahwinan,  Ini bermakna harta-harta samaada harta alih atau harta tidak alih yang dimiliki atau diperolihi sebelum tempoh perkahwinan mereka. Harta-harta ini boleh diklasifikasikan sebagai harta yang dibeli atau diwarisi dari keluarga si suami atau si isteri melalui Hibah, Hadiah,Wasiat atau Faraid. walaubagaimanapun Harta Bawaan ini tidak dinyatakan dan ditafsirkan  secara khusus di dalam Undang-undang Keluarga Islam Kelantan.

Walaupun harta-harta ini biasanya tidak dituntut sebagai harta sepencarian jika berlakunya penceraian antara suami dan isteri tetapi ia masih boleh dituntut mengikut tahap atau had-had sumbangan yang dilakukan oleh suami atau isteri terhadap harta tersebut sebagai contoh:

Si Isteri telah menerima sebidang tanah hasil dari faraid diatas kematian ayah beliau sebelum perkahwinan beliau. kemudian setelah berkahwin beliau dan suami telah membina sebuah rumah diatas tanah tersebut. Jika berlaku perceraian diantara kedua pihak, si suami berhak menuntut had sumbangan si suami keatas pembinaan rumah tersebut. Dan mahkamah akan memutuskan had-had yang akan diperolihi bagi kedua-dua pihak diatas kebijaksanaan mahkamah. Masalah berkenaan tanah tersebut, Si Suami tidak boleh menuntut di mahkamah kerana tanah tersebut adalah harta bawaan si isteri.

Leave a Reply