LPPKN – Pemberian Subsidi Yuran Taska dibawah Program Utamakan Keluarga

Photo by VisionPic .net on Pexels.com

LATAR BELAKANG KONSEP UTAMAKAN KELUARGA

Program ‘Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang’ telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 31 Julai 2002.

 
10 PRINSIP UTAMAKAN KELUARGA

KASIH SAYANG
Menzahirkan kasih sayang dan memahami keperluan emosi yang tidak berbelah bahagi.

CERIA BERSAMA KELUARGA
Meluangkan masa indah bersama dan bijak menyemarakkan kemesraan.

KOMUNIKASI EFEKTIF
Berinteraksi dan berkomunikasi dengan aktif dan efektif.

NILAI KEKELUARGAAN
Memupuk dan membudayakan nilai-nilai murni keluarga

KEIBUBAPAAN CEMERLANG
Memikul tanggungjawab bersama dan menjadi contoh teladan yang baik.

IMBANGI KERJAYA DAN KELUARGA
Mengimbangi perhatian dan tumpuan terhadap kerjaya dan keluarga.

KESELAMATAN DAN KESIHATAN
Menyediakan kediaman dan persekitaran selesa, selamat serta mengamalkan cara gaya hidup sihat.

EKONOMI KELUARGA
Merancang dan mengurus sumber dengan bijak bagi memenuhi keperluan sepanjang hayat.

PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN
Mendapatkan pendidikan dan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat.

DASAR MESRA KELUARGA
Mengutamakan keluarga dalam perancangan program dan perkhidmatan untuk keluarga.


Photo by VisionPic .net on Pexels.com

PELAKSANAAN PROGRAM

  • Melalui program ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bukan sahaja menghebahkan mesej ini melalui kempen media malah mesej ini disusuli dengan sebanyak 83 Program “Utamakan Keluarga : Semakin Hari Semakin Sayang” di peringkat akar umbi melalui pemimpin-peminpin wanita dan NGO pada tahun 2003.

  • Melalui program tersebut, seramai 23,477 peserta yang terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin masyarakat, Jabatan Kerajaan dan NGO telah terlibat dalam pengisian program yang melibatkan ceramah kekeluargaan, aktiviti sukan keluarga, saringan kesihatan dan aktiviti gotong-royong.

PENGGEMBANGAN KONSEP UTAMAKAN KELUARGA

Konsep Utamakan Keluarga telah diperkembangkan melalui program dan aktiviti utama seperti berikut;     

  • Penggubalan Dasar Keluarga Negara dan Pelan Tindakannya

  • Pelaksanaan program keibubapaan di tempat kerja ‘Keluarga@Kerja’ (Parenting@Work) di sektor awam dan swasta bagi membantu ibubapa bekerjaya mengimbangi kehidupan keluarga dan kerja

  • Sebagai susulan kepada kempen ini juga, pihak Kementerian melalui LPPKN telah membangun dan melancarkan Pakej SMARTSTART yang merupakan panduan untuk Pengantin Baru sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2003.

  • Pakej SMARTSTART merupakan rujukan ringkas dan komprehensif yang dapat memberi panduan kepada pasangan yang baru dan akan berkahwin bagi menyediakan diri untuk melayari alam perkahwinan dan kekeluargaan

  • Pakej ini kemudiannya diperkembangkan kepada Program Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan dan baru berkahwin dengan usia perkahwinan di bawah 5 tahun

  • Galakan majikan menyediakan TASKA/pusat jagaan kanak-kanak bagi membantu ibubapa bekerja mendapatkan alternatif penjagaan anak mereka dengan perkhidmatan jagaan yang berkualiti melalui pemberian subsidi yuran sebanyak RM180.00 kepada ibubapa berpendapatan dibawah RM2,000.00 kepada majikan dalam pembentangan Bajet tahunan negara.

Hubungi

LEMBAGA PENDUDUK DAN PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
NO. 12B, BANGUNAN LPPKN,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
TEL:603-2613 7555
FAX:603-2693 7250
EMEL:penduduk@lppkn.gov.my


SENARAI PEJABAT LPPKN NEGERI

NEGERINAMA PEJABATALAMATTELEFONFAKSGPS
PERLISPusat Keluarga LPPKN Negeri PerlisTingkat 1, Bangunan Persekutuan Kangar, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis04-976127204-97628556.443161,
100.204102
KEDAHPejabat LPPKN KedahFasa 2C, Kompleks Kesejahteraan Keluarga, Pusat Pentd. K’jaan Persekutuan, Bandar Mu’adzam Shah, 06550 Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.04-732501104-73266086.183958,
100.376340
PULAU PINANGPejabat LPPKN Pulau Pinang / Pusat Keluarga8875, Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang04-575521504-57552165.516726,
100.440411
PERAKPejabat LPPKN PerakTingkat 3, Blok B, Bangunan Persekutuan Ipoh, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak05-2410842 /05-241014305-24108734.604710,
101.076702
WILAYAH PERSEKUTUAN KUAL LUMPURIbu Pejabat LPPKN Jalan Raja LautNo.12B, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.03-2693455503-269194553.159101,
101.694733
 SELANGORPejabat LPPKN Selangor / Pusat KeluargaJalan Sempadan 16/7, Seksyen 16/7, Peti Surat 7080, 40720 Shah Alam, Selangor03-5511091503-551005753.057785,
101.505598
NEGERI SEMBILANPejabat LPPKN Negeri Sembilan / Pusat KeluargaPersiaran S2/B3, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan06-601444006-60144422.693811,
101.910526
MELAKAPejabat LPPKN MelakaLot.10, 10-1, 12 & 12-1, Jalan KF4, Kota Fesyen, MITC, Peti Surat 38, 75450 Ayer Keroh, Melaka06-232515106-23251812.268267,
102.292730
JOHORPusat Keluarga LPPKN Johor29-37, Jalan Nusa Bestari 1/4, Taman Nusa Bestari, 81300 Skudai, Johor07-559921207-55992151.490022,
103.662408
PAHANGPejabat LPPKN PahangMalay Town, Tingkat Bawah 1 & 2, No. 64 & 64A, Jalan Putra Square 1, 25200 Kuantan, Pahang09-517339109-51734013.815171,
103.325429
KELANTANPejabat LPPKN KelantanLot 29 & 31, Seksyen 20, Wakaf Siku, Jalan Sultan Yahya Petra, 15700 Kota Bharu, Kelantan.09-747184809-74456346.116769,
102.243827
 TERENGGANUPejabat LPPKN TerengganuNo. 21, Tingkat 1 & 2, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu09-630521209-63052165.334173,
103.136159
 SABAHPejabat LPPKN SabahLot A-3-1 & A-3-2, Blok A, Tingkat 3, Tanjung Aru Plaza, Jalan Mat Salleh, 88100 Likas, Kota Kinabalu, Sabah088-261497088-2522145.951745,
116.053080
 SARAWAKPejabat LPPKN SarawakSublot 16 (Lot 387), Parent Lot 320, Section 5, KLTD, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak082-411036082-4110361.553832,
110.327943
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUANPejabat LPPKN WP LabuanLot 8, 9 & 10, Tingkat 4, Wisma Wong Lo, Jalan Tun Mustapha, Peti Surat 80329, 87013 Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan.087-418717 /087-418717087-4187165.304561,
115.238758