Agensi Menguruskan Jemaah Umrah Wajib Hadir Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah !!!

Photo by Haydan As-soendawy on Pexels.com

Kursus Pemantapan Pengendalian Umrah adalah merupakan inisiatif Kerajaan di bawah Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Tujuan penganjuran KPPU adalah bagi memantapkan urus tadbir pengurusan umrah susulan daripada kes penipuan pakej umrah yang telah meningkat dan berleluasa.

Menurut statistik yang dikumpulkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dari tahun 2012 sehingga tahun 2015 mencatatkan seramai 2761 orang mangsa yang telah ditipu dengan kerugian terkumpul melebih RM19juta.

Photo by Haydan As-soendawy on Pexels.com

Oleh yang demikian, KPPU diperkenalkan sebagai pra-syarat sebelum syarikat dapat diberikan lesen khas umrah. Antara objektif KPPU antara lain ialah :

  • Sebagai pra syarat untuk keperluan pelesenanan khas umrah.
  • Menyeragamkan pengendalian dan pengelolaan umrah yang menyeluruh.
  • Meningkatkan profesionalisma agensi pengelola umrah.
  • Melahirkan pengurus dan pembimbing umrah yang mahir lagi berintegriti.

Muat Turun


Sumber rujukan:

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

http://www.motac.gov.my/program/kursus/pemantapan-pengendalian-umrah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
No. 2, Menara 1, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA

 03 8000 8000
 03 8891 7100
 info@motac.gov.my