Percutian & Tradisi

Nikmati Keindahan Alam Semulajadi di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

Keindahan Alam di Chalet Kampung Bersah Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak mengamit jiwa bagi pengunjung yang datang ke sini.

Perkampungan ini di huni oleh orang – orang Asli sejak dari dulu lagi. Terdapat banyak kampung orang asli di sini antaranya adalah Pos Kuala Mu, Pos Yum, Pos Redip dan lain – lain.

Suasana perkampungan pasti memberi aura yang agak kelainan, terutamanya yang suka aktiviti mencabar dan lari dari kesibukan kota.

Pos Kuala Mu terletak dalam daerah Sungai Siput, Perak. Jalan agak baik dan boleh datang dengan kereta tanpa perlunya pacuan 4 roda.

Perjalanan mengambil masa 2 jam dari Pekan Sungai Siput dan lebih kurang 3 jam dari bandar Ipoh.

Terdapat 20 buah chalet berbentuk rumah orang asli disediakan untuk para pengunjung yang ingin menginap di sini. Binaan yang sangat ringkas tapi unik dan menarik untuk merasai kehidupan seperti Orang Asli.

Harga chalet kecil RM60 utnuk satu malam dan chalet besar RM80.

Untuk makluman anda, penduduk orang asli di sini sangat menjaga kebersihan.

Bilik air tidak disediakan dalam chalet ni. Sama ada anda kena mandi dekat sungai atau dalam tandas yang disediakan.

Oleh disebabkan chalet ini berada agak di pedalaman, jadi menyukarkan anda mendapatkan restoren, anda perlu bawa segala peralatan memasak contohnya dapur gas, bahan makanan seperti beras, minyak , telur , ikan sardin dan sebagainya.

Tempat ini baru sahaja setahun dibina tapi mendapat permintaan yang sangat tinggi. Kalau anda berminat untuk bercuti di sini bersama keluarga, pastikan anda membuat tempahan sebulan lebih awal sebab takut penuh. Permintaan sangat tinggi untuk chalet yang cuma ada 20 buah sahaja.

Bagi yang berminat untuk menempah Chalet Kampung Bersah boleh hubungi En Saidin Ismail 0194117281 atau Facebook Kuala Mu

Leave a Reply