Kebanyakan kita, harga hartanah yang melonjak tinggi memusnahkan impian untuk memiliki rumah. Sebab itu, keputusan untuk membeli hartanah merupakan keputusan yang besar bagi ahli dan untuk merealisasikan persaraan yang selesa, kami membenarkan ahli membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
Siapa Yang Boleh Memohon

Warganegara Malaysia & Bukan Warganegara

Umur bawah 55

Mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2

Membeli rumah kediaman*

Pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan** ATAU skim sewa-beli yang dibenarkan*** ATAU pembiayaan sendiri

Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan/Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya/melupuskan pemilikan
*Rumah kediaman – jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia
**Institusi kewangan yang dilesenkan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Kewangan Islam 2013; Kerajaan Pusat/Negeri atau mana-mana agensi kewangan kerajaan; Majikan ahli; Koperasi/Syarikat Kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia); Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara; Pemberi Pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP.
***Pembelian sewa-beli hanya dibenarkan dengan pemberi pinjaman Kerajaan negeri sahaja
Kategori
- Pengeluaran individu
- Pengeluaran bersama pasangan/ahli keluarga
Apa Yang Anda Boleh Keluarkan
PENGELUARAN INDIVIDU | PENGELUARAN BERSAMA | |
---|---|---|
Pinjaman Perumahan | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) | Perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah) |
Pembiayaan Sendiri/Tunai | Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 (Mana lebih rendah) | Harga rumah + tambahan 10% ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2 pemohon (Mana lebih rendah) |
Apa Yang Anda Perlukan
Dokumen
- Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
- Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
- Salinan dokumen pengenalan bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
- Surat Perjanjian Jual Beli – tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan
Dokumen tambahan untuk rumah pertama atau kedua
Pinjaman dan pembiayaan perumahan mempunyai ciri-ciri yang mungkin berbeza bagi pembelian rumah pertama dan kedua. Jadi, ia amatlah penting untuk menyusun semua dokumen yang diperlukan bagi melancarkan proses permohonan.
(a)Rumah Pertama
(i)Pinjaman
Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli
(Tarikh Perjanjian tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan Bukti Transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2 – Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
3 – Bukti Pindahmilik
Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
3 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradikSuratan

Hakmilik Belum Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2 – Bukti Suratan Hakmilik
Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli
ATAU
Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
3 – Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
4 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
(ii)Pembiayaan sendiri
Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan
1- Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2- Bukti Pindahmilik
Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
3 – Bukti Transaksi
Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4 – Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Suratan Hakmilik Yang Belum Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2 – Bukti Pemilikan
Surat Ikatan Serahak
Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan.
3 – Bukti Transaksi
Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4 – Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
(a)Rumah Kedua
(i)Pinjaman
Keperluan utama – Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan/Belum Dikeluarkan
Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
Disahkan melalui salah satu daripada dokumen berikut.
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ; ATAU
Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit; ATAU
Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; ATAU
Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.
2 – Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
3 – Bukti Pindahmilik
Suratan Hakmilik/Catatan Carian Rasmi atas nama Penjual/Surat Kebenaran Pindahmilik dari Pejabat Tanah (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
4 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradikSuratan
Hakmilik Belum Dikeluarkan
1 – Bukti pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2 – Bukti Pembiayaan
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan
ATAU
Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan*
DAN
Surat Perjanjian Pinjaman Perumahan/Borang Gadaian 16A/’Deed Of Assignment’/Suratan Hakmilik atas nama ahli dan telah dicagarkan kepada pemberi pinjaman
*sekiranya Kelulusan Pinjaman melebihi setahun
3 – Bukti Hakmilik
Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah Yang Dibeli
ATAU
Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan (jika ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa)
ATAU
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
4 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
(ii) Pembiayaan sendiri
Keperluan utama –Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan/Belum Dikeluarkan
Bukti penjualan atau pelupusan pemilikan rumah pertama
Disahkan melalui salah satu daripada dokumen berikut.
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama pemilik baru yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah atau sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah;
ATAU
Nota: Bagi rumah yang dipindah milik atas dasar kasih sayang (tertakluk kepada ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik), perlu sertakan mana-mana dokumen bukti pertalian.
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’); DAN Surat pengesahan daripada peguam pembeli / penjual yang mengesahkan bahawa Notis Ikatan Serahak (‘Notice of Assignment’) telah dikemukakan kepada pemaju mengikut Seksyen 22D (2) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) Pindaan 2007 (bagi proses pembelian atau penjualan selepas 12 April 2007); ATAU
Surat Ikatan Serahak (‘Deed Of Assignment’) antara ahli dan pemilik baru yang sempurna dan mesti mempunyai Cop Duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% daripada harga penjualan; ATAU
Suratan Hakmilik atas nama pemilik baru DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah 5/5A (‘Real Property Gain Tax’) DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Perakuan jual oleh pentadbir tanah (KTN16I)/Perakuan jual oleh mahkamah (KTN16F); ATAU
Pengesahan Bank Pelelong mengenai lelongan harta ; ATAU
Penyerahan harta melalui Perintah Mahkamah kepada mana-mana pihak DAN surat cerai (bagi kes perceraian); ATAU
Carian rasmi yang menunjukkan pemilik baru harta tersebut daripada Pejabat Tanah DAN Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Surat Pengesahan daripada Pihak Berkuasa (Majlis Perbandaran/Majlis Daerah/Penghulu) bagi rumah musnah akibat bencana alam; ATAU
Surat Pengesahan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/Kerajaan Negeri bagi projek terbengkalai/bermasalah/sakit; ATAU
Surat Perjanjian Pembatalan pembelian rumah pertama (‘Deed Of Revocation’ atau ‘Deed of Rescission’); ATAU Surat Pengesahan Pembatalan daripada pemaju / peguam; ATAU
Cukai Taksiran yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran /pihak berkuasa tempatan atas nama pemilik baru dan Surat Perjanjian Jual Beli antara ahli dan pemilik baru; ATAU
Surat pengesahan mengenai kemusnahan rumah akibat kebakaran dan mengakibatkan hilang tempat kediaman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang dibenarkan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat/Polis Di Raja Malaysia/Pihak Berkuasa Tempatan/Majlis Tempatan/Ketua Kampung dan lain-lain yang diberi kuasa; DAN Dokumen tambahan seperti gambar kejadian atau lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan pemohon (jika perlu).
Suratan Hakmilik Telah Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan.
2 – Bukti Pindahmilik
Suratan Hakmilik atas nama ahli
ATAU
Borang Pindahmilik KTN 14A atas nama ahli yang telah disempurnakan oleh Pejabat Tanah
ATAU
Sekurang-kurangnya Borang Pindahmilik KTN14A telah lengkap ditandatangani berserta resit penyata perserahan oleh Pejabat Tanah
3 – Bukti Transaksi
Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4 – Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
Suratan Hakmilik Belum Dikeluarkan
1 – Bukti Pembelian
Surat Perjanjian Jual Beli (tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Nota: Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat (suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu Borang Pindahmilik (Borang KTN 14A /‘Memorandom Of Transfer’) yang telah disempurnakan
2 – Bukti Pemilikan
Surat Ikatan Serahak
Di antara penjual dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan
3 – Bukti Transaksi
Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang menguruskan proses jual beli yang mengandungi maklumat butiran harta
4 – Bukti Pembayaran
Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah
5 – Bukti Pertalian
Sijil Perkahwinan
ATAU
Sijil Kelahiran
Wajib untuk pengeluaran bersama suami, isteri, ibu bapa, ibu bapa mentua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik
CARA PEMBAYARAN
Bayaran Dalam Negara | Bayaran Luar Negara |
---|---|
Bayaran penuh dalam Ringgit Malaysia (RM) akan di kredit ke dalam akaun anda Jika anda ada akaun aktif dengan bank panel kami dan nombor pengenalan sama dengan rekod bank | Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang pilihan anda Jika mata wang pilihan anda terdapat di dalam senarai mata wang yang disahkan |
Anda akan diberi Cek Jurubank Jika bayaran ke akaun anda gagal | Bayaran penuh akan di buat melalui Draf Bank Asing di dalam mata wang US Dolar Jika mata wang pilihan anda tidak terdapat di dalam senarai yang disahkan |
PERINGATAN PENTING
1. Mengesahkan dokumen anda
Pastikan SEMUA salinan dokumen disahkan dan diakui oleh orang yang diberi kuasa.
(lengkap dengan nama, jawatan dan cop rasmi melainkan dokumen yang memerlukan pengesahan oleh pegawai KWSP)
2. Pastikan bank panel anda
Rujuk kepada senarai bank panel KWSP untuk kredit terus ke dalam akaun simpanan/semasa ahli
3. Hantar ke KWSP
Hantar permohonan lengkap ke kaunter KWSP terdekat atau secara mel.
4. Perlu maklumat lanjut?
Rujuk kepada risalah produk untuk maklumat tambahan.