PERTAMA
Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.
Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
Tandas kotor
Adakah bilik air kita bersih seperti ini?
☑ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
☑ Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
☑ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
☑ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
☑ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.

Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah..
Sumber rujukan: Facebook