Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Senarai Klinik Panel PERKESO – Persediaan Sekiranya Berlaku Kemalangan Di Tempat Kerja !!!

Klinik swasta yang telah dilantik untuk memberikan rawatan perubatan kepada mana-mana Orang Berinsurans PERKESO yang ditimpa suatu ‘Bencana Kerja’ adalah dikenali sebagai Klinik Panel PERKESO.

Bencana Kerja ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan.

  • Orang berinsurans / majikan : Pihak majikan atau orang berinsurans boleh merujuk kepada senarai klinik yang dimuatnaik untuk mendapatkan rawatan kecemasan.Perlu membawa Borang 21 (Laporan Kemalangan), Borang PKS 68 atau PKS 69 (Laporan penyakit Khidmat) ATAU surat pengenalan daripada majikan.
  • Klinik
    1. Senarai yang dimuatnaik merupakan senarai klinik yang telah memenuhi syarat kelayakan klinik panel PERKESO sebagaimana kehendak Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010.
    2. Perlu melengkapkan Borang DIP4 – Borang Maklumat Latihan Kesihatan Pekerjaan Doktor Insurans PERKESO yang akan dilampirkan sekiranya tidak disenaraikan.

Sebarang pertanyaan atau pertukaran maklumat klinik boleh menghubungi seperti dibawah:

Telefon                           :      03-4264 5061

Faks                               :       03-4356 8325

Alamat surat-menyurat    :   Unit Klinik, Cawangan Perubatan & Pemulihan
                                              Bahagian Operasi, Tingkat 10, Menara PERKESO

                                              Jalan Ampang,50538 Kuala Lumpur

Soalan Lazim

  1. Apakah dokumen yang diperlukan oleh orang berinsurans / majikan untuk dibawa bersama semasa mendapatkan rawatan kecemasan di Klinik Panel ?
    • Orang berinsurans / Majikan perlu membawa bersama :
      1. Borang 21 : Laporan Kemalangan;
      2. Borang PKS(P)68 : Laporan Penyakit Khidmat; atau Borang PKS(P)69 : Notis Penyakit Khidmat dari Orang Berinsurans / wakil
      3. Surat pengenalan daripada majikan.

Borang borang tersebut boleh dimuat-turun daripada Pautan Dokumen Nombor 4 (Borang yang perlu dibawa oleh majikan / orang berinsurans).

  1. Apakah jenis klinik Panel PERKESO ?
    • Klinik Panel PERKESO terdiri dari 3 kategori iaitu :
      1. Klinik Panel Orang Berinsurans PERKESO;
      2. Klinik untuk Program Saringan Kesihatan PERKESO (HSP) – http://sehat.perkeso.gov.my/
      3. Klinik Panel Kakitangan PERKESO
  1. Bagaimanakah proses dan keperluan untuk mendaftar sebagai Klinik Panel (Orang Berinsurans PERKESO) ?
    • Dokumen yang diperlukan adalah :
      1. Surat permohonan dari Klinik beserta kertas cadangan dan profil klinik
      2. Salinan Kad Pengenalan (Bagi setiap Doktor yang memohon)
      3. Salinan sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diiktiraf ( Rujuk Pekeliling Doktor Insurans PERKESO Bil 1 Tahun 2010 )
      4. Salinan Borang 12 – Perakuan Amalan Tahunan terkini. (Bagi setiap Doktor yang memohon)
      5. Salinan Borang 10 – Perakuan Pendaftaran ( Bagi setiap Doktor yang memohon)
      6. Salinan Borang B atau F – Perakuan untuk Menubuhkan / Menyelenggarakan / Mengendalikan / Menyediakan Klinik Perubatan Swasta
      7. Senarai Panel – Syarikat atau majikan yang melantik tuan / puan sebagai klinik panel.
      8. Sebutharga rawatan
  1. Apakah langkah yang perlu diambil jika terdapat perubahan maklumat berkaitan dengan klinik ? 

Pihak pengurusan klinik perlu memaklumkan status terkini klinik sekiranya terdapat penambahan, pertukaran / pembatalan nama doktor yang bertugas, alamat, no telefon, no faksimili dan email klinik menerusi faksimili atau alamat surat menyurat seperti yang dinyatakan di atas.

  1. Senaraikan contoh – contoh sijil latihan kesihatan pekerjaan yang diperlukan ?
    1. Certificate In Occupational Medicine – MEDICAL PROGRESS INSTITUTE
    2. Bengkel Pengenalan Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    3. Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan – UKM
    4. Occupational Health Doctor ( Module 1) – NIOSH
    5. Peperiksaan Doktor Kesihatan Pekerjaan – NIOSH
    6. Occupational Health Course For Medical Practitioners – AOEM
  1. Bagaimana hendak mendapatkan Borang 13 ?

Pihak klinik boleh mendapatkan borang tersebut di pejabat PERKESO yang berdekatan.

Pautan Dokumen

1) Surat Pekeliling Perubatan Dan Pemulihan

2) Pekeliling Doktor Insurans PERKESO

3) Makluman Kepada Klinik Panel

4) Borang Maklumat Latihan Kesihatan Pekerjaan Doktor Insurans PERKESO

5) Borang Yang Perlu Dibawa Oleh Orang Berinsurans / Majikan


Senarai Klinik Panel PERKESO :

KLINIK PANEL JOHOR

KLINIK PANEL KEDAH

KLINIK PANEL KELANTAN

KLINIK PANEL KUALA LUMPUR

KLINIK PANEL LABUAN

KLINIK PANEL MELAKA

KLINIK PANEL NEGERI SEMBILAN

KLINIK PANEL PAHANG

KLINIK PANEL PERAK

KLINIK PANEL PENANG

KLINIK PANEL PERLIS

KLINIK PANEL SABAH

KLINIK PANEL SARAWAK

KLINIK PANEL SELANGOR

KLINIK PANEL TERENGGANU

Advertisements

Leave a Reply