Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Seseorang Pekerja Dilindungi Melalui Caruman PERKESO ?

Skim Bencana Pekerjaan

Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang berpunca atau terbit daripada pekerjaannya. Perlindungan di bawah skim ini meliputi kemalangan berikut:

  • Kemalangan perusahaan semasa menjalankan pekerjaannya
  • Kemalangan semasa dalam perjalanan:
    – mengikut laluan di antara tempat kediamannya atau tempat tinggalnya dengan tempat kerjanya
    – yang dibuat bagi apa-apa sebab yang secara langsung berkaitan dengan penggajiannya
    – di antara tempat kerjanya dengan tempat pergi makan dalam masa rehat yang dibenarkan

    Nota : Kemalangan yang berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau lencongan tidaklah disifatkan terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya.

  • Kemalangan semasa kecemasan
    Kemalangan yang berlaku semasa pekerja berada dalam atau berdekatan dengan mana-mana premis tempat bekerjanya bagi tujuan menyelamatkan, membantu atau melindungi orang yang mendapat bencana atau bahaya semasa kecemasan.

  • Penyakit khidmat
    Penyakit yang berpunca atau terbit daripada pekerjaan sebagaimana yang disenaraikan di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Antara contoh penyakit khidmat adalah seperti:

  • Hilang pendengaran disebabkan oleh paras tekanan bunyi tinggi yang berterusan
  • Penyakit asma disebabkan oleh pekerjaan yang melibatkan pendedahan berterusan kepada sedutan habuk atau bahan kimia yang merbahaya dan sebagainya

Faedah Di Bawah Skim Bencana Pekerjaan

  • Faedah Perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pendidikan









Sumber rujukan:

Portal Laman Web Rasmi Perkeso

https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/faedah/akta-keselamatan-sosial-pekerja-1969-akta-4/skim-bencana-pekerjaan

Advertisements

Leave a Reply