Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Permohonan Bantuan Pendidikan Bagi Warga Fakir Miskin (BAKTIDESA) – Kementerian Pembangunan Luar Bandar

  • Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB dimulakan pada 21 Julai 2005 dengan tujuan untuk menyediakan satu (1) mekanisme bantuan kewangan kepada pelajar miskin/miskin tegar di LUAR BANDAR yang memohon untuk mendapatkan sumber bantuan kewangan sebagai persediaan melanjutkan pelajaran.
  • Bantuan yang disediakan adalah berbentuk pemberian secara “one off” sebagai persediaan untuk memasuki institusi pendidikan berkaitan yang telah diiktiraf seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), MRSM, Sekolah Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/Pendidikan) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
  • Kadar bantuan bagi setiap peringkat pengajian adalah sepertimana di Jadual:

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat yang melayakkan pelajar untuk memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KPLB adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
  • Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2016 di bawah;
  • Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
  • Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  • Permohonan perlu dikemukakan selewatnya dalam tempoh enam (6) bulan setelah memulakan pengajian.

Maklumat Lanjut Sila Ke Pautan Berikut:

Photo by Pixabay on Pexels.com

Sumber rujukan: Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Luar Bandar http://www.rurallink.gov.my/

Advertisements

Leave a Reply