Kewangan & Perniagaan

Pengecualian Cukai Bagi Travel Agent Yang Membawa Pelancong Ke Malaysia – Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya

Galakan Cukai

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GALAKAN CUKAI (PELANCONG DOMESTIK)

PENGENALAN
Syarikat – syarikat pengusaha pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan domestik dalam Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran dengan membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk sokongan bagi pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 346 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2016 Akta Cukai Pendapatan 1967.

SYARAT – SYARAT

  1. Syarikat – syarikat pengendalian pelancongan yang menyediakan pakej pelancongan domestik bagi pelancongan dalam Malaysia yang digunakan oleh pelancong tempatantermasuk pengangkutan melalui udara, darat atau laut dan penginapan.
  2. Membawa masuk tidak kurang daripada 1,500 pelancong domestik dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
  3. Syarikat – syarikat pengusaha pelancongan yang berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mempunyai lesen yang sah semasa memohon sokongan pelepasan cukai.
  4. Tarikh kuatkuasa permohonan pelepasan cukai adalah mulai tahun taksiran 2018 hingga tahun taksiran 2020.
  5. Permohonan sokongan pelepasan cukai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia perlu dikemukakan dalam tempoh 6 bulan selepas akaun syarikat diaudit oleh juruaudit bertauliah.
  6. Sekiranya diminta, pihak Audit Awam hendaklah mengemukan dokumen-dokumen (bil/resit/itinerari) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut untuk disemak oleh pihak Kementerian.
  7. Syarikat yang memohon pengecualian cukai hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang layak diberi pengecualian tertakluk kepada syarat akaun tersebut dipersetujui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  8. Surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan hanya akan dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setelah pihak Kementerian berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan oleh Audit Awam yang bertauliah.

TATACARA PERMOHONAN

  1. Satu borang permohonan yang lengkap diisi dimajukan kepada :

    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    Bahagian Pembangunan Industri
    Tingkat 14, Menara 1
    No. 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya


  2. Kementerian Pelancongan Malaysia tidak ‘terikat’ untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan permohonan.
  3. Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  4. Permohonan yang disokong untuk tujuan pelepasan cukai adalah tidak secara automatik melayakkan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kelulusan untuk pelepasan cukai. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  5. Borang Permohonan Galakan Cukai adalah percuma dan tidak melibatkan apa-apa kos pendaftaran.
  6. Borang Permohonan Galakan Cukai hendaklah ditaip.

GARIS PANDUAN PERMOHONAN GALAKAN CUKAI(PELANCONG ASING)

PENGENALAN
Syarikat – syarikat pengusaha pelancongan yang mengendalikan pakej pelancongan dengan membawa pelancong asing ke Malaysia dengan bilangan yang ditetapkan dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran boleh membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia untuk sokongan bagi pengecualian cukai di bawah P.U. (A) 346 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 12) 2016 Akta Cukai Pendapatan 1967.

SYARAT – SYARAT

  1. Syarikat – syarikat pengendalian pelancongan yang menyediakan pakej rombongan pelancongan rangkum semua ke atau di Malaysia atau di mana-mana tempat dalam Malaysia yang digunakan oleh pelancong dari Luar Malaysiatermasuk pengangkutanudara, darat atau laut, dan penginapan.
  2. Membawa masuk tidak kurang daripada 750 pelancong asing dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.
  3. Syarikat – syarikat pengusaha pelancongan perlu berlesen dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan mempunyai lesen yang sah semasa memohon sokongan pelepasan cukai.
  4. Tarikh kuatkuasa permohonan pelepasan cukai adalah mulai tahun taksiran 2018 hingga tahun taksiran 2020.
  5. Permohonan sokongan pelepasan cukai dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia perlu dikemukakan dalam tempoh 6 bulan selepas akaun syarikat diaudit oleh juruaudit bertauliah.
  6. Sekiranya diminta, pihak Audit Awam hendaklah mengemukan dokumen-dokumen (bil/resit/itinerari) yang berkaitan dengan tuntutan tersebut untuk disemak oleh pihak Kementerian.
  7. Syarikat yang memohon pengecualian cukai hendaklah menyenggara suatu akaun berasingan bagi pendapatan yang diperolehi daripada setiap aktiviti yang layak diberi pengecualian tertakluk kepada syarat akaun tersebut dipersetujui oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  8. Surat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia hanya akan dikemukakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setelah pihak Kementerian berpuas hati dengan pengesahan yang diberikan oleh Audit Awam yang bertauliah.

TATACARA PERMOHONAN

  1. Satu borang permohonan yang lengkap diisi dimajukan kepada :

    Ketua Setiausaha
    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
    Bahagian Pembangunan Industri
    Tingkat 14, Menara 1
    No. 2, Jalan P5/6, Presint 5
    62200 Putrajaya


  2. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia tidak ‘terikat’ untuk memaklumkan sebab-sebab penolakan permohonan.
  3. Kegagalan mengemukakan dokumen lengkap berdasarkan senarai semak boleh menyebabkan permohonan ditolak.
  4. Permohonan yang disokong untuk tujuan pelepasan cukai adalah tidak secara automatik melayakkan syarikat-syarikat berkenaan mendapat kelulusan untuk pelepasan cukai. Kelulusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  5. Borang Permohonan Galakan Cukai adalah percuma dan tidak melibatkan apa-apa kos pendaftaran.
  6. Borang Permohonan Galakan Cukai hendaklah ditaip.
Advertisements

Leave a Reply