Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Apakah Syarat – Syarat Pengecualian Bayaran Balik PTPTN ?

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  1. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama ( Rujuk nota di bawah) oleh IPT.
  2. Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.
  5. Kursus yang diikuti oleh peminjam di telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  6. Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan:

  1. Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.
  2. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan
  3. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.
  4. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).
  5. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Nota:

  1. Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.
  2. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.
  3. Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.
  4. Syarat ini hanya terpakai kepada peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019.

Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Rujukan : https://www.ptptn.gov.my/pengecualian-bayaran-blk-side


Pengelasan Ijazah Sarjana Muda

Ijazah Sarjana Muda terbahagi kepada 4 kelas (bergantung kepada universiti dan program pengajian, secara umumnya seperti dibawah):

  1. Kelas Pertama (CGPA 3.50 – 4.00)
  2. Kelas Kedua Atas (CGPA 3.00 – 3.49)
  3. Kelas Kedua Bawah (CGPA 2.20 – 2.99)
  4. Kelas Ketiga (CGPA 2.00 – 2.19)
Photo by Tam Hoang on Pexels.com

Kebaikan/Keburukan setiap kelas:

  1. Kelas Pertama:
    • Mudah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master dan PhD
    • Antara syarat khas untuk biasiswa PhD ke luar negara
    • Menjadi perhatian syarikat-syarikat (tetapi tidak semua) untuk diterima bekerja.
    • Tidak perlu bayar PTPTN (pinjaman bertukar kepada biasiswa)
  2. Kelas Kedua Atas
    • Antara syarat minima untuk biasiswa Tenaga Pengajar Muda (TPM) UiTM
    • Syarat wajib untuk memohon meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana (Master)
    • Ada sesetengah syarikat-syarikat besar menetapkan syarat ini untuk dibenarkan buat latihan praktik.
  3. Kelas Kedua Bawah dan Kelas Ketiga
    • Anda boleh berjaya dalam hidup, tapi usaha perlu ditingkatkan, kerana peluang untuk mendapat pekerjaan bagi kelas ini bukan mudah. Saya mencadangkan agar graduan bagi kelas ini untuk menceburi bidang perniagaan. Usaha yang kuat dan rajin, insyaAllah anda boleh setaraf atau lebih daripada graduan kelas pertama dan kedua atas
Advertisements

Leave a Reply