
Sahabat Backpackers merupakan sebuah rancangan gaya hidup remaja Islam yang aktif melalui pengembaraan bagi menambah ilmu,pengalaman dan menikmati cabaran di perjalanan sambil mencurah amal bakti kepada masyarakat.Dai Raisyah & Dai Syafiqah akan ke Acheh, Dai Haziq ke Sepanyol dan Dai Imran ke Turkey.
Saksikan semangat persahabatan dan ukhuwah ilmiah antara mereka dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang mencabar , mempelajari budaya masyarakat pelbagai kaum dan agama.