Utamakan Keselamatan

Letusan Gunung Sinabung, Indonesia keluar amaran penerbangan

Pesawat yang melintasi kawasan sekitar Gunung Sinabung di pulau Sumatera diberi amaran supaya berhati-hati, memandangkan letusan abu gunung berapi itu boleh membahayakan, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia gunung berapi setinggi 2,475 meter di daerah Karo, Sumatera Utara itu meletus pada Selasa dan memuntahkan abu setinggi dua meter.

“Pemberitahuan itu berada pada tahap oren, bermaksud aktiviti gunung berapi berpotensi membahayakan pesawat,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, jurucakap agensi pengurusan bencana nasional Sutopo Purwo Nugroho berkata letusan turut mencetuskan hujan lebat di sekitar kawasan gunung berapi.

Sumber- Bernama

Advertisements

Categories: Utamakan Keselamatan

Leave a Reply