Lain - Lain

Newcastle United 2 – 3 Liverpool | EPL Highlights

Guardiola jangka Liverpool mampu atasi Newcastle

LONDON 4 Mei – Pep Guardiola merasakan kehebatan Liverpool tidak akan terjejas selepas kekalahan kepada Barcelona dalam aksi separuh akhir Liga Juara Juara Eropah tempoh hari.

Sebaliknya pengendali dari Sepanyol itu menjangkakan Liverpool mampu menewaskan Newcastle untuk membawa persaingan sengit dengan Manchester City sehingga ke aksi terakhir musim ini.

“Saya tidak fikir begitu (Liverpool akan terjejas selepas kalah kepada Barcelona). Perlawanan itu cukup menarik dipamerkan kedua-dua pasukan. Walaupun Liverpool bakal berdepan kesukaran apabila bertemu Newcastle, saya rasa mereka akan menang,” kata Guardiola.

Jika Liverpool menang, City juga perlu menewaskan Leicester dua hari selepas itu sebelum boleh membuat perhitungan terakhir pada aksi penutup tirai musim ini. – Agensi

Sumber: Utusan

Advertisements

Categories: Lain - Lain

Leave a Reply