Sukan

Kelantan, Sarawak buntu jaring gol

KELANTAN gagal meneruskan kebangkitan di laman sendiri apabila sekadar seri 0-0 dengan Sarawak pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Sepanjang 20 minit pertama, aksi kedua-dua pasukan agak hambar kerana dilihat masih buntu mencari gol pendahuluan dengan bola banyak berlegar di bahagian tengah.

Kelantan terlebih dahulu mengancam gawang gol Sarawak menerusi Fauzi Rozlan dan David Rowley pada minit ke-23 dan minit ke-42 namun sedikit tersasar.

Hanya satu percubaan menerusi rembatan kencang penyerang The Red Warriors (TRW), Mohamad Hakimi Abdullah yang singgah di palang gol pada minit ke-45 mencemaskan kubu pelawat yang dikawal Pedro Henrique.

Bersambung babak kedua, skuad Bujang Senang memperolehi peluang menarik untuk mencipta gol pendahuluan menerusi rembatan Bobby Gonzales pada minit ke-59, namun sekadar singgah di tiang gol.

Rentak permainan pasukan tuan rumah sedikit berubah apabila Nik Azli Nik Alias dan Amirul Shafik Che Soh masuk menggantikan Khairul Rizam Che Soh dan David Rowley lebih banyak mencipta gerakan.

Hasilnya pada minit ke-63, Fauzi Rozlan hampir meletak pasukannya di depan namun rembatannya sedikit tersasar.

Sarawak memperolehi peluang menarik untuk menjaringkan gol menerusi rembatan penyerang import, Hudson Jesus pada minit ke-86, namun dihampakan penjaga gol, Arif Abdullah untuk kedudukan kekal 0-0.

Sumber: Berita Harian

Categories: Sukan

Leave a Reply