Kewangan & Perniagaan

Potongan Cukai Berjadual (PCB) – Adakah Saya Harus Tahu ?

image

 

Tanggungjawab Majikan

Daftar Fail E selepas mendaftar Fail C/OG/D atau lain-lain

Dapatkan dan lengkapkan Borang E

Hantar Borang E (e-E) sebelum/pada 31 Mac melalui e-Filing

Lapor pendapatan pekerja (tunai dan bukan tunai) dalam Penyata Saraan Daripada Penggajian (EA/EC)

Kemaskini butiran dan alamat pekerja

Simpan dokumen/rekod selama 7 tahun

Potongan Cukai Bulanan (PCB) mesti dipotong daripada saraan pekerja dan diremitkan sebelum / pada 15hb bulan berikutnya (guna e-PCB/e-Data PCB/ Kalkulator PCB)

Lapor pekerja baharu dalam tempoh 30 hari

Lapor pemberhentian pekerja pekerja dalam tempoh sebulan dan tahan bayaran (jika ada) bagi kes :

Pekerja akan bersara

Pekerja meninggal dunia

Pekerja akan meninggalkan Malaysia (jika melebihi 3 bulan)

Pekerja tertakluk kepada skim PCB tidak diremit/tidak dipotong

Tahan bayaran kepada pekerja (jika ada) sehingga Surat Penyelesaian Cukai dikeluarkan

Maklum kepada pekerja untuk kemukakan :

  1. Borang TP1 – Tuntutan potongan dan rebat individu
  2. Borang TP2 – Tuntutan manfaat berupa barangan dan nilai tempat kediaman
  3. Borang TP3 – Maklumat berkaitan penggajian dengan majikan terdahulu dalam tahun semasa

 


Garis Panduan Potongan Cukai Bulanan Di Bawah Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) Pindaan 2015


Jadual Potongan Cukai Berjadual 2018

 

woman using space gray iphone x

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

 


Senarai Pembekal Perisian Penggajian Majikan Yang Menepati Spesifikasi PCB 2012/2013/2014/2015/2016/2017


Pengiraan PCB mulai tahun 2009 dan seterusnya

Saraan

Saraan ertinya pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan selain manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta dengan syarat bahawa dalam kes sesuatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dibuat oleh pekerja di bawah kaedah 2A, perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan hendaklah termasuk manfaat berupa barangan di bawah perenggan 13(1)(b) dan 13(1)(c) Akta.

man sitting on wooden bench wearing black leather jacket

Photo by Huy Phan on Pexels.com

-Saraan biasa- ertinya saraan bulanan tetap yang dibayar kepada pekerja sama ada amaun tetap ataupun berubah-ubah sebagaimana yang dinyatakan di dalam kontrak perkhidmatan secara bertulis ataupun tidak.

-Saraan tambahan- ertinya apa-apa bayaran yang dibuat kepada pekerja sama ada secara sekaligus atau berkala atau tertunggak atau bayaran yang tidak tetap atau apa-apa bayaran yang merupakan tambahan kepada saraan biasa bulan semasa. Saraan tambahan itu termasuk:

  1. bayaran kerja lebih masa
  2. bonus/insentif
  3. tunggakan gaji atau apa-apa tunggakan lain yang dibayar kepada pekerja
  4. skim opsyen saham pekerja (jika pekerja memilih potongan PCB)
  5. cukai yang ditanggung oleh majikan
  6. ganjaran
  7. pampasan untuk kehilangan pekerjaan
  8. ex-gratia
  9. fi pengarah (tidak dibayar secara bulanan)
  10. komisen
  11. elaun (amaun berubah-ubah sama ada dibayar secara bulanan atau tidak)
  12. apa-apa bayaran lain sebagai tambahan kepada saraan biasa bulan semas

Jenis Saraan Tertakluk kepada PCB

  1. gaji
  1. fi pengarah
  1. upah
  1. perkuisit
  1. bayaran kerja lebih masa
  1. skim opsyen saham pekerja (SOSP)
  1. komisen
  1. cukai yang ditanggung oleh majikan
  1. tip
  1. ganjaran
  1. elaun
  1. pampasan kerana kehilangan pekerjaan
  1. bonus/insentif
  1. saraan lain berkaitan dengan penggajian

Nota: Mulai tahun taksiran 2009, fi pengarah atau bonus bagi sesuatu tahun yang diterima dalam mana-mana tahun semasa, saraan tersebut menjadi sebahagian daripada saraan dalam tahun semasa ia diterima.

Jenis Saraan Tidak Tertakluk kepada PCB

MBB dan NTK merupakan sebahagian daripada saraan yang tidak tertakluk kepada PCB. Namun demikian, pekerja boleh membuat pemilihan yang tidak boleh dibatalkan bagi memasukkan MBB dan NTK sebagai sebahagian daripada saraan yang tertakluk kepada PCB dengan mengisi borang yang ditetapkan dan mengemukakannya kepada majikan. Jika majikan bersetuju, MBB dan NTK adalah tertakluk kepada PCB.

      1. Manfaat Berupa Barangan (MBB)

MBB adalah manfaat berupa barangan yang tidak boleh ditukarkan kepada wang. Manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(b) Akta.

      1. Nilai Tempat Kediaman (NTK)
NTK merupakan tempat kediaman yang disediakan oleh majikan kepada pekerjanya. Nilai manfaat ini dianggap sebagai pendapatan kasar daripada penggajian di bawah perenggan 13(1)(c) Akta.

Potongan Rebat Zakat

  1. Jadual PCB

    Sekiranya terdapat pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa agama Islam, majikan boleh membuat penyesuaian kepada PCB yang harus dipotong setelah melihat bukti tentang bayaran zakat tersebut.

Contoh 1 : PCB bagi Januari 2010

RM

PCB dikenakan mengikut jadual

105.00

Zakat yang dibayar

55.00

PCB perlu dipotong dan diremit

50.00

(105.00 – 55.00)

Contoh 2 : PCB bagi Februari 2010

RM

PCB dikenakan mengikut jadual

110.00

Zakat yang dibayar

140.00

PCB perlu dipotong dan diremit

Tiada

(110.00 – 140.00)

Lebihan zakat RM30.00 di atas boleh dibawa ke hadapan untuk ditolak daripada PCB bagi bulan berikutnya. Walaubagaimnapun, sila ambil perhatian bahawa pelarasan sedemikian hanya boleh dibuat dalam tahun yang sama sahaja. Ini bermaksud, zakat yang dibayar dalam tahun 2010 hanya boleh ditolak dengan PCB yang patut dipotong dalam tahun 2010 sahaja.

Jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja hanya boleh membuat pelarasan PCB dengan menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.

  1. Kaedah Pengiraan Berkomputer

Sekiranya seseorang pekerja yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji kepada pihak berkuasa agama Islam, majikan yang menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer hanya perlu input amaun tersebut dalam sistem untuk mendapatkan PCB yang perlu dibayar secara automatik.

Walau bagaimanapun, jika seorang pekerja membuat bayaran apa-apa zakat selain daripada potongan zakat bulanan daripada saraan, pekerja boleh membuat pelarasan PCB dengan menghantar Borang TP1 kepada majikan tertakluk kepada persetujuan majikan.

    1. Formula Pengiraan PCB untuk bayaran Saraan Tambahan mulai tahun 2009.Terdapat dua kaedah pengiraan formula saraan tambahan iaitu:
      1. Pengiraan saraan tambahan menggunakan Jadual

        Majikan yang memproses/ membayar gaji secara manual/tidak menggunakan perisian pembayaran gaji berkomputer boleh merujuk kepada formula seperti dalam Nota penerangan PCB atau di bawah untuk pengiraan PCB saraan tambahan. Walau bagaimanapun, majikan adalah digalakkan untuk menggunakan Kalkulator PCB atau
        e-PCB yang dibangunkan oleh LHDNM.

Langkah 1 – Tentukan PCB ke atas saraan biasa bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB saraan tambahan yang telah dibayar.

[A] Tentukan kategori pekerja.

[B] Tentukan saraan biasa bersih = Saraan biasa kasar tolak (-) KWSP atau Kumpulan Wang Lain Yang Diluluskan (terhad kepada RM500.00 sebulan atau RM6,000 setahun).

[C] Tentukan PCB bulan semasa bagi saraan biasa bersih dalam Langkah 1 [B].

PCB bulan semasa = RMXXX (rujuk Jadual Potongan Cukai Bulanan)

PCB bersih = PCB bulan semasa – zakat dan fi/levi bulan semasa.

[D] Jumlah PCB setahun = PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]
= X + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x (n + 1)]

Langkah 2 – Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan PCB untuk saraan tambahan yang telah dibayar.

[A] Tentukan kategori pekerja.

[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

P = [( Y – K ) x 12] + [Σ(Yt1 – Kt1)] + (Yt – Kt) – ( D + S + 1000C)

Langkah 3 – Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan kepada nilai P dalam Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1.

Jumlah cukai setahun = (P – M) x R + B

Jadual 1
P

(RM)

M

(RM)

R

(%)

B

Kategori 1 & 3 (RM)

B

Kategori 2 (RM)

2,500 – 5,000 2,500 1 – 400 – 800
5,001 – 20,000 5,000 3 – 375 – 775
20,001 – 35,000 20,000 7 75 – 325
35,001 – 50,000 35,000 12 1,525 1,525
50,001 – 70,000 50,000 19 3,325 3,325
70,001 – 100,000 70,000 24 7,125 7,125
Melebihi 100,000 100,000 26 14,325 14,325

Langkah 4 – Tentukan PCB bagi saraan tambahan semasa iaitu jumlah cukai (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]) dan zakat yang telah dibayar.

PCB saraan tambahan = Langkah 3 – [Langkah 1[D] + zakat yang telah dibayar]

Langkah 5 – PCB bulan semasa yang perlu dibayar.

= PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa

= Langkah 1[C] + Langkah 4

      1. Pengiraan saraan tambahan PCB menggunakan Kaedah Pengiraan Berkomputer

Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah terpakai dalam mana-mana keadaan berikut:

  1. Majikan yang menggunakan sistem pembayaran gaji berkomputer yang disediakan oleh pembekal perisian atau dibangun/diubahsuai oleh majikan mengikut spesifikasi yang ditentukan dan disemak oleh LHDNM.

  2. Majikan yang menggunakan sistem/aplikasi yang dibangunkan oleh LHDNM yang boleh diperolehi di laman web LHDNM – Kakulator PCB dan e-PCB.

Sekiranya majikan menggunakan sistem yang disediakan seperti di atas, majikan hanya perlu masukkan maklumat yang berkaitan ke dalam sistem untuk mendapatkan hasil pengiraan PCB.

Formula saraan tambahan yang digunakan untuk Kaedah Pengiraan Berkomputer adalah seperti berikut;

Langkah 1 – Tentukan PCB ke atas saraan bersih setahun (tidak termasuk saraan tambahan bulan semasa).

[A] Tentukan kategori pekerja.

[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

P = [Σ(Y- K*)+(Y1 – K1*)+[(Y2 – K2*) x n]+ (Yt – Kt*)] – [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]

iaitu (Yt – Kt) = 0

[C] Tentukan PCB bulanan bagi saraan biasa bersih. Setelah nilai P pada langkah [B] ditentukan, nilai M, R dan B ditentukan berdasarkan Jadual 1 di atas.

PCB bulan semasa = [ (P – M) x R + B ] – (Z+ X )
n + 1

PCB bersih = PCB bulan semasa – zakat dan fi/levi bulan semasa

[D] Tentukan jumlah PCB setahun

Jumlah PCB setahun = Jumlah PCB terkumpul yang telah dibayar + [PCB bulan semasa pada Langkah [C] x baki bulan dalam setahun termasuk bulan semasa]

= X + [(PCB bulan semasa pada Langkah [C]) x (n + 1)]

Langkah 2 – Tentukan pendapatan bercukai setahun [P] (termasuk saraan tambahan bulan semasa) dan saraan tambahan yang telah dibayar.

[A] Tentukan kategori pekerja.

[B] Tentukan pendapatan bercukai setahun [P];

P = [Σ(Y- K*)+(Y1 – K1*)+[(Y2 – K2*) x n]+ (Yt – Kt*)] – [D+S+1000C + (ΣLP + LP1)]

Langkah 3 – Tentukan jumlah cukai setahun berdasarkan nilai P pada Langkah 2 [B]. Nilai M, R dan B adalah berdasarkan kepada nilai seperti di Jadual 1 di atas.

Jumlah cukai setahun = (P – M) x R + B

Langkah 4 – Tentukan PCB untuk bulan semasa bagi saraan tambahan iaitu jumlah cukai setahun (Langkah 3) ditolak dengan jumlah PCB setahun (Langkah 1[D]), zakat dan fi/levi yang telah dibayar.

PCB saraan tambahan = Langkah 3 – [Langkah 1[D] + zakat dan fi/levi yang telah dibayar]

Langkah 5 – PCB bulan semasa yang perlu dibayar.

= PCB bersih + PCB saraan tambahan bulan semasa

= Langkah 1[C]+ Langkah 4

  1. Senario bayaran bonus dan yuran pengarah dan cara pengiraan PCB untuk Tahun 2009 dan seterusnya:

Mulai Tahun Taksiran 2009, pendapatan bonus dan fi/yuran pengarah menjadi sebahagian daripada pendapatan kasar dalam tahun asas ia diterima dan ditaksir dalam tahun asas ia diterima. Bayaran PCB untuk saraan tambahan bonus, yuran pengarah dan saraan bulan semasa hendaklah disatukan dan tidak perlu diasingkan. Gunakan Borang_CP39 untuk membuat bayaran.

Walau bagaimanapun, jika saraan tambahan untuk tunggakan selain bonus dan fi/yuran pengarah yang dibayar dalam tahun semasa adalah untuk tahun sebelum, pengiraan PCB bagi tunggakan tersebut dikehendaki berdasarkan pengiraan bagi tahun berkenaan dengan menggunakan formula bagi tahun itu.

Senario 1:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2008 dibayar dalam tahun 2009.

  1. Gunakan Jadual PCB (PINDAAN 2004).
  2. Saraan bulan Disember 2008 diambil sebagai asas untuk pengiraan PCB bagi Langkah [A] Formula Bonus.
  3. Bayaran PCB bagi bulan semasa dan saraan tambahan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang yang berasingan.
  4. Borang CP39A untuk PCB saraan tambahan.
  5. Borang CP39 untuk PCB bulan semasa.

Senario 2:
Bayaran saraan tambahan tunggakan komisen 2009 dibayar dalam tahun 2010.

      1. Gunakan formula kaedah pengiraan berkomputer PCB 2009/Kalkulator PCB.
      2. Pilih Pengiraan PCB tahun 2009.
      3. Pilih pernah bekerja sebelum ini dalam tahun semasa.
      4. Klik bulan Disember untuk pengiraan (Kalkulator PCB).
      5. Jumlah Saraan, KWSP, Potongan, Zakat/FI dan PCB yang telah dibayar dari bulan Januari sehingga Disember 2009 dimasukkan sebagai saraan/PCB/rebat/potongan terkumpul bulan sebelum dalam tahun semasa (termasuk di majikan lama).
      6. Saraan biasa bulan semasa dibiarkan kosong dan masukkan jumlah tunggakan komisen sebagai saraan tambahan termasuk KWSP untuk tunggakan komisen tersebut (jika ada), Klik Kira.
      7. Bayaran PCB untuk saraan tambahan tunggakan komisen hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang CP39A

  1. Contoh Pengiraan

En. Abu mendapat tunggakan gaji untuk tahun 2008 sebanyak RM1,200 (potongan KWSP : RM132.00). Gaji En. Abu pada Disember 2008 adalah RM3,600 (potongan KWSP : RM396.00). Saraan bulanan Januari 2010 adalah RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Pada bulan Januari juga, syarikat beliau telah memberi bonus sebanyak RM3,700.00 (potongan KWSP : RM407.00). Kira PCB Januari yang perlu dibayar oleh En. Abu.

  1. PCB untuk tunggakan gaji tahun 2008 (RM1,200)

    Pengiraan :

Kategori PCB mengikut jadual adalah : KATEGORI 3/KA2

[A] Tentukan PCB ke atas saraan bersih bulanan (tidak termasuk saran tambahan)

Saraan bulanan RM3,600.00
Tolak : KWSP RM 396.00
Saraan bersih RM3,204.00

PCB atas saraan RM3,204 = RM48.00 [Rujuk Jadual PCB (PINDAAN 2004)].

[B] Campur 1/12 daripada saraan tambahan bersih kepada jumlah saraan bersih bulan

Nilai manfaat RM1,200.00
Tolak : KWSP* RM 104.00
Saraan tambahan bersih RM1,096.00
*Potongan KWSP dihadkan kepada RM500 sebulan.
[RM500 – RM396.00 = RM104.00].

(1/12 X RM1,096.00) + RM3,204.00 = RM3,295.00

[C] Tentukan PCB ke atas jumlah [B]

PCB atas RM3,295.00 = RM50.00

[D] Tentukan PCB bagi saraan tambahan

(RM50.00 – RM48.00) X 12 = RM24.00

[E] Amaun cukai yang perlu dipotong bagi saraan tambahan tunggakan gaji pada bulan saraan tambahan dibayar adalah,
RM24.00 (Guna Borang CP 39A)

  1. PCB untuk bayaran bonus pada tahun 2010. [Sek 25(A), ACP 1967, Akta 693]

Sila klik di sini untuk melihat contoh pengiraan dalam Kalkulator PCB.

*PCB untuk bulan Januari RM 286.55 perlu dibayar menggunakan format Borang CP39

 


PCB 2018 – Kaedah-kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) pindaan 2017


Pautan Berkaitan

 

Isu Berkaitan Pekerja

 

Kaedah Cukai Pendapatan-Potongan Daripada Saraan(Pindaan)

 

Majikan Tiada ‘Payroll System’

 

Majikan Menggunakan ‘Payroll System’

pexels-photo-164527.jpeg

Photo by Pixabay on Pexels.com

Pembayaran PCB

 

Senarai pembekal perisian/majikan yang menepati spesifikasi pengiraan pcb

 

Garis Panduan PCB

 

Pengiraan PCB

 

Sistem Aplikasi Online Berkaitan PCB

Sistem e-PCB


 Sistem e-Data PCB


 Sistem Kalkulator PCB

 


Pekerja Bersara Atau Pekerja Berhenti Kerja

Majikan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja sekiranya :

  1. Pekerja akan bersara.
  2. Pekerja yang tertakluk kepada skim PCB tetapi majikan tidak membuat potongan tersebut.
  3. Pekerja yang akan meninggalkan Malaysia (tidak kembali lagi).

image

 

Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Cawangan Penaksiran diterima jika pemberhentian berlaku seperti kes di atas.
Walau bagaimanpun, majikan tidak perlu mengemukakan notis pemberhentian pekerja dan menahan bayaran kepada pekerja sekiranya :

  1. Pekerja tersebut tertakluk kepada PCB dan potongan telah dibuat oleh majikan.
  2. Saraan pekerja berkenaan adalah kurang daripada amaun pendapatan yang tertakluk kepada PCB.
  3. Majikan mengetahui yang pekerja tersebut akan bekerja dengan majikan lain di Malaysia.

Borang yang boleh digunapakai untuk memaklumkan mengenai pemberhentian pekerja adalah :

  1. CP22A Borang ini digunakan bagi pekerja swasta
  2. CP22B Borang ini digunakan bagi pekerja kerajaan.

Majikan perlu melengkapkan Borang CP21 dan menghantar ke Cawangan Penaksiran di mana fail pekerja tersebut berada. Borang ini boleh dimuat turun di laman web utama dan klik pada ikon Borang.

Majikan juga perlu menahan apa-apa bayaran yang akan dibuat kepada pekerja sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dari Cawangan Penaksiran diterima.
Akan tetapi, sekiranya pemergian pekerja tersebut adalah bagi tempoh yang kerap dalam perjalanan penggajiannya, maka majikan tidak perlu menghantar CP21 ke LHDNM dan menahan apa-apa bayaran kepada pekerja.

Kegagalan majikan memaklumkan kepada LHDNM adalah menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, majikan boleh didenda tidak kurang dari RM200 dan tidak melebihi RM2000 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali [Seksyen 120(1), Akta Cukai Pendapatan, 1967].

Selain itu, majikan juga akan bertanggungjawab membayar semua cukai tertunggak pekerja-pekerja berkenaan. [Seksyen 107(4), Akta Cukai Pendapatan 1967].Taraf Kemastautinan Pekerja

Taraf kemastautinan seseorang adalah ditentukan di bawah peruntukan seksyen 7 Akta.

Penjawat awam atau pegawai badan berkanun yang bukan pemastautin oleh sebab:

  1. menjalankan tugas di luar Malaysia; atau
  2. melanjutkan pelajaran di institusi atau badan profesional di luar Malaysia yang dibiayai sepenuhnya oleh majikannya,

dianggap sebagai seorang pemastautin dalam tahun asas untuk tahun taksiran itu dan tahun-tahun asas yang berikutnya semasa ketiadaannya di Malaysia.

Pendapatan daripada punca luar Malaysia yang diterima oleh seseorang dalam (a) atau (b) di atas adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan di Malaysia menurut Akta.

  1. Pekerja Bukan Pemastautin

PCB seorang pekerja yang bukan pemastautin atau tidak dipastikan taraf kemastautinannya di Malaysia hendaklah dikira pada kadar 26% daripada saraannya.

Contoh :Pekerja yang bukan pemastautin dalam tahun kalendar 2010.

Jumlah saraan bulanan : RM3,000.00
Pengiraan PCB : RM3,000.00 x 26%
Jumlah PCB : RM780.00

  1. Pekerja Pemastautin

PCB seseorang pekerja yang bermastautin atau dianggap bermastautin di Malaysia, diperolehi setelah ditolak semua potongan yang dibenarkan di bawah Akta.

 

Sumber: Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri : http://www.hasil.gov.my/index.php

Advertisements

Categories: Kewangan & Perniagaan

Leave a Reply