
PENGENALAN |
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976) telah diperkenalkan pada 07 November 1975 untuk menggantikan Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974. Kedua-dua akta tersebut telah diperkenalkan untuk mengawal aktiviti spekulasi harta tanah yang telah mengakibatkan kenaikan harga harta tanah secara mendadak. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah di Malaysia dan juga saham Syarikat Harta Tanah (SHT). Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah satu-satunya cukai atas keuntungan modal di Malaysia. |
ASAS PERCUKAIAN |
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain). Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini telah diperluaskan kepada keuntungan daripada pelupusan saham dalam Syarikat Harta Tanah. Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007] Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan Akta CKHT 1976 (ACKHT ) bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 01 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 (No.2) [P.U. (A) 486/2009]. Ini bermakna pelupusan aset-aset yang boleh dikenakan cukai mulai 01 April 2007 sehingga 31 Disember 2009 adalah dikecualikan daripada CKHT. |
Garis Panduan CKHT
Kadar Cukai Keuntungan Harta Tanah
KADAR CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kadar-kadar CKHT untuk tempoh tersebut adalah seperti berikut: [ Bahagian 1 Jadual 5 ACKHT 1976]; dan Kadar untuk syarikat [Bahagian ll Jadual 5 ACKHT 1976]
B. Kadar untuk individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap [Bahagian lll Jadual 5 ACKHT 1976]
Nota : ( ) Kadar efektif mengikut Perintah-perintah Pengecualian yang berkenaan, iaitu: 1. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (No.2) 2009 [P.U. (A) 486] (berkuat kuasa 01.01.2010 – 31.12.2011) a. Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan apa-apa aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1 Januari 2010 jika pelupusan itu dibuat selepas lima tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai. b. Jika pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai dibuat dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai, Menteri mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai itu pada atau selepas 1 Januari 2010 dengan syarat bahawa amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu hendaklah ditentukan mengikut formula yang berikut:
A -ialah amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai ke atas orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar lima peratus; 2. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2011 [P.U.(A) 434] (berkuat kuasa 1.1.2012 – 31.12.2012)
iaitu; A – amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 10% ii. pelupusan dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana: A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 5% b. Jika aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan dalam tahun keenam dan seterusnya selepas tarikh pemerolehan aset tersebut, pemakaian Jadual 5 ACKHT dikecualikan bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan pelupusan aset pada atau selepas 1.1.2012. 3. Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2012 [P.U.(A) 415] (berkuat kuasa 1.1.2013 – 31.12.2013) a. Menteri memberi pengecualian daripada pemakaian Jadual 5 ACKHT bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan dengan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai pada atau selepas 1.1.2013 dengan syarat amaun keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu ditentukan mengikut formula berikut:
iaitu; A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 15% ii. pelupusan dibuat dalam tahun ketiga, tahun keempat atau tahun kelima selepas tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai yang mana: A -amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai terhadap orang itu mengikut kadar cukai yang berkenaan yang dikurangkan sebanyak amaun cukai yang dikenakan atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai itu pada kadar 10% b. Jika aset yang boleh dikenakan cukai dilupuskan dalam tahun keenam dan seterusnya selepas tarikh pemerolehan aset tersebut, pemakaian Jadual 5 ACKHT dikecualikan bagi pembayaran cukai atas keuntungan yang boleh dikenakan cukai berkenaan pelupusan aset pada atau selepas 1.1.2013. Walau bagaimanapun, perintah pengecualian ini telah dibatalkan mulai 1.1.2014 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) (Pembatalan) 2013 [P.U.(A) 369]
|
PENGECUALIAN
Antara pengecualian CKHT adalah seperti berikut:
a. Pengecualian Kediaman Persendirian Individu warganegara atau pemastautin tetap boleh memohon pengecualian CKHT di bawah seksyen 8, ACKHT 1976 atas keuntungan yang diperoleh daripada pelupusan kediaman persendiriannya. Syarat-syarat untuk layak mendapat/ memohon pengecualian:
b. Pengecualian di bawah perenggan 2 Jadual 4 Pengecualian di bawah perenggan ini hanya dinikmati oleh individu sahaja. Pengecualian sebanyak RM10,000 atau 10% daripada keuntungan yang boleh dikenakan cukai, yang mana lebih tinggi, adalah dibenarkan bagi pelupusan semua bahagian aset (di Malaysia) yang dimiliki oleh individu. Contohnya jika seseorang individu itu memiliki setengah bahagian tanah dan individu tersebut melupuskan kesemua setengah bahagian itu, maka pelupusan tersebut adalah pelupusan semua bahagian dan layak mendapat pengecualian ini.
yang mana; Format pengiraan keuntungan yang boleh dikenakan cukai selepas pengecualian di bawah perenggan 2 Juadual 4 ACKHT 1976 adalah seperti berikut:
HARGA PELUPUSAN DIANGGAP BERSAMAAN DENGAN HARGA PEMEROLEHAN a. Penurunan (Devolution) Aset Simati b. Pemindahan Antara Suami Isteri c. Pemindahan Kepada Syarikat Terkawal d. Hadiah Kepada Kerajaan e. Pengambilan Wajib Mengikut Undang-Undang f. Pemberian Tanpa Balasan
pemberi dianggap tidak menerima apa-apa keuntungan dan tidak menanggung sebarang kerugian. Penerima dianggap memperoleh aset tersebut pada kos pemerolehan yang dibayar oleh pemberi ditambah perbelanjaan dibenarkan yang dilakukan oleh pemberi. | A | X | C | B | Harga pelupusan |
XX
| Tolak: Harga pemerolehan |
XX
|
XX | Tolak: Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 |
XX
| Keuntungan yang boleh dikenakan cukai |
XX
| |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
A | X | C | ||||||||||||||||||||||||||
B | ||||||||||||||||||||||||||||
Harga pelupusan |
XX
| |||||||||||||||||||||||||||
Tolak: Harga pemerolehan |
XX
| |||||||||||||||||||||||||||
XX | ||||||||||||||||||||||||||||
Tolak: Pengecualian perenggan 2 Jadual 4 |
XX
| |||||||||||||||||||||||||||
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai |
XX
|
PENENTUAN KEUNTUNGAN YANG BOLEH DIKENAKAN CUKAI ATAU KERUGIAN DIBENARKAN SERTA CUKAI YANG DIKENAKAN

| Amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang untuk pelupusan aset berkenaan |
XX |
Tolak: Belanja dibenarkan; – Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas aset, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu. |
X |
– Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu |
X | – Kos sampingan kepada pelupus yang membuat pelupusan itu – subsubperenggan 5(1)(c) Jadual 2 |
XX |
XX | Harga pelupusan |
XX
| Tolak:
Balasan dalam bentuk wang atau nilai wang yang dibayar oleh pemilik semasa memperoleh aset |
XX | Campur: Kos sampingan pemerolehan |
X
|
XX
| Tolak:
– Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset |
X | – Wang yang diterima di bawah polisi insurans kerana kerosakan aset atau susut nilai aset |
X | – Jumlah wang yang terlucut hak iaitu deposit yang diterima berhubung dengan mana-mana pindah milik yang dicadangkan. |
X |
XX | Harga pemerolehan |
XX | Keuntungan yang boleh dikenakan cukai |
XX* | Cukai yang dikenakan : XX* @ kadar cukai yang berkaitan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Amaun atau nilai balasan dalam bentuk wang atau nilai wang untuk pelupusan aset berkenaan |
XX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tolak: Belanja dibenarkan; – Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas aset, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu. |
X | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
– Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset itu |
X | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
– Kos sampingan kepada pelupus yang membuat pelupusan itu – subsubperenggan 5(1)(c) Jadual 2 |
XX |
XX | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Harga pelupusan |
XX
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tolak:
Balasan dalam bentuk wang atau nilai wang yang dibayar oleh pemilik semasa memperoleh aset |
XX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Campur: Kos sampingan pemerolehan |
X
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
XX
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tolak:
– Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset |
X | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
– Wang yang diterima di bawah polisi insurans kerana kerosakan aset atau susut nilai aset |
X | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
– Jumlah wang yang terlucut hak iaitu deposit yang diterima berhubung dengan mana-mana pindah milik yang dicadangkan. |
X |
XX | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Harga pemerolehan |
XX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keuntungan yang boleh dikenakan cukai |
XX* | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cukai yang dikenakan : XX* @ kadar cukai yang berkaitan. |
Prosedur Bayaran
TARIKH PELUPUSAN DAN TARIKH PEMEROLEHAN | ||||||||||||||||||||||||||||||
Seseorang yang ingin melupuskan aset perlu mengenal pasti tarikh beliau memperoleh dan melupuskan aset berkenaan. Tarikh pemerolehan dan pelupusan secara langsung mempengaruhi kadar cukai yang digunakan.
1. Tarikh Pelupusan
2. Tarikh Pemerolehan Tarikh pemerolehan aset oleh pemerol eh dianggap berlaku pada waktu yang sama dengan tarikh pelupusan aset itu oleh pelupus kepada pemeroleh ituHARGA PEMEROLEHAN DAN HARGA PELUPUSAN 1. Harga PemerolehanPengiraan harga pemerolehan adalah seperti berikut:
Nota : a.Kos sampingan pemerolehan [subperenggan 4(1) Jadual 2]
b.Pampasan yang diterima kerana kerosakan aset atau susut nilai aset [subsubperenggan 4(1)(a) Jadual 2]
c.Wang yang diterima di bawah polisi insurans [subsubperenggan 4(1)(b) Jadual 2 Merupakan apa-apa jumlah wang yang diterima di bawah sesuatu polisi insurans untuk d.Jumlah wang yang terlucut hak [subsubperenggan 4(1)(c) Jadual 2] 2. Harga Pelupusan Pengiraan harga pelupusan adalah seperti berikut:
Nota : Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata atas asetyang dilupuskan, pada bila-bila masa selepas pemerolehannya oleh/ atau bagi pihak pelupus, untuk tujuan meninggikan nilai atau memelihara nilai aset itu, iaitu merupakan perbelanjaan yang dicerminkan oleh keadaan atau jenis aset tersebut pada masa dilupuskan. Contoh jenis-jenis perbelanjaan tersebut adalah kos kerja-kerja tambahan pada bangunan yang telah diperoleh dan kos bangunan yang dibina atas tanah kosong yang telah diperoleh. b. Perbelanjaaan dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atas aset itu selepas memperoleh aset [subsubperenggan 5(1)(b) Jadual 2] Perbelanjaan yang dibelanjakan kesemua dan semata-mata dalam penubuhan, pemeliharaan atau mengekalkan atau mempertahankan hak milik atau hak atas aset itu selepas memperoleh aset.Contohnya adalah yuran guaman yang dibayar untuk mempertahankan hak milik atas aset yang telah diperoleh. Kos sampingan untuk sesuatu pelupusan adalah:
d. Jika pelupus memperoleh aset yang dilupuskan itu sebelum 1.1.1970, perbelanjaan mengikut subsubperenggan 5(1)(a) dan (b) Jadual 2 yang berkaitan tempoh sebelum 1.1.1970 tidak diambil kira –subperenggan 5(2) Jadual 2. Sesuatu perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam pengiraan pendapatan larasan atau kerugian larasan bagi tujuan cukai pendapatan, tidak boleh diambil kira dalam menentukan harga pemerolehan atau harga pelupusan. Sekiranya perbelanjaan itu layak sebagai potongan berdasarkan ACP, perbelanjaan itu tidak boleh dibenarkan sebagai potongan untuk tujuan CKHT tanpa mengambil kira sama ada perbelanjaan tersebut dituntut atau tidak bawah ACP. |
PEGANGAN DAN REMITAN WANG OLEH PEMEROLEH
Amaun yang perlu dipegang oleh pemeroleh adalah 3 % daripada harga balasan atau kesemua wang balasan, yang mana lebih rendah. Pemeroleh dikehendaki meremitkan amaun tersebut kepada K etua P engarah H asil D alam N egeri (KPHDN) dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pelupusan. Amaun wang yang diremitkan akan digunakan untuk membayar keseluruhan atau sebahagian cukai yang dikenakan atas pelupus. Dalam keadaan tertentu, KPHDN boleh melanjutkan tempoh masa bagi peremitan baya ran tersebut.
Jika pemeroleh gagal membayar amaun berkenaan, kenaikan 10% akan dikenakan. Amaun yang sepatutnya dibayar dan kenaikan tersebut adalah merupakan hutang pemeroleh kepada Kerajaan dan hendaklah dibayar kepada KPHDN. Walau bagaimanapun, KPHDN boleh menggunakan budi bicara untuk meremitkan amaun kenaikan dan membayar balik amaun berkenaan sekiranya telah dibayar |
SAHAM DALAM SYARIKAT HARTA TANAH
Perenggan 34A Jadual 2 memperkenal satu konsep baru iaitu syarikat terkawal yang memegang harta tanah secara langsung atau tidak langsung sebagai aset utama dikenali sebagai syarikat harta tanah dan keuntungan daripada pelupusan saham dalam syarikat tersebut adalah tertakluk kepada CKHT.
Penentuan Syarikat Harta Tanah (SHT) SHT adalah suatu syarikat terkawal yang mana nilai tertentunya (NT) adalah tidak kurang 75% daripada jumlah aset ketara (JAK). NT adalah:
JAK adalah agregat:
Kerugian Daripada Pelupusan Saham Dalam SHT Kerugian daripada pelupusan saham dalam SHT tidak boleh ditolak daripada keuntungan boleh dikenakan cukai daripada pelupusan saham dalam SHT dan juga harta tanah lain dalam tahun yang berkaitan. Kerugian tersebut juga tidak boleh dihantar ke hadapan untuk ditolak daripada keuntungan boleh dikenakan cukai dari pelupusan saham dalam SHT dan harta tanah lain dalam tahun – tahun berik utnya [peruntukan di bawah perenggan 33(d) Jadual 2 ACKHT 1976]. |

PROSEDUR UNTUK MEMFAILKAN BORANG NYATA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH
Borang Nyata yang ditetapkan yang ditetapkan adalah seperti berikut: –
Borang Nyata boleh didapati:
Cara mengisi borang: Nota panduan mengisi borang boleh diperolehi dan dimuat turun dari laman sesawang LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my/ . Pengemukaan Borang Nyata
TANGGUNGJAWAB PELUPUS Mengisi Borang CKHT 1A atau CKHT 1B dengan lengkap dan betul. Melampirkan salinan bukti pemerole han dan pelupusan. (a) Bagi harta tanah – Perjanjian Jual Beli bersetem / KTN 14A bersetem/Memorandum Pindah Milik bersetem. (b) Bagi saham dalam SHT – Perjanjian Jual Beli bersetem / Borang 32A Akta Syarikat 1965 (bersetem) / Borang 24 Akta Syarikat 1965 ( Penyata Peruntukan Saham). Melampirkan dokumen sokongan tuntutan perbelanjaan. Mengemukakan Borang CKHT 1A atau CKHT 1B dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset atau syer dalam SHT. Mengisi borang Perakuan Pemilihan Pengecualian Cuka i untuk pelupusan kediaman persendirian di bawah Perenggan 9 Jadual 3 (Seksyen 8) ACKHT 1976 jika memilih untuk memohon pengecualian tersebut. Mengisi CKHT 3 (Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 ACKHT 1976) sekiranya memilih supaya pemeroleh t idak m emegang simpan dan meremitkan 2% daripada jumlah wang balasan atau kesemua wang berkenaan yang mana lebih rendah kepada KPHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset bagi pelupusan yang tidak layak dikenakan cukai dalam keadaan berikut:
Melampirkan CKHT 3 bersama – sama Borang CKHT 1A atau CKHT 1B dan mengemukakan ke LHDNM. CKHT 3 tidak akan diproses sekiranya gagal dikemukakan da lam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan. Memberikan salinan CKHT 3 kepada pemeroleh. TANGGUNGJAWAB PEMEROLEH Mengisi Borang CKHT 2A dengan lengkap dan betul. Melampirkan salinan bukti pemerolehan – Perjanjian Jual Beli bersetem/KTN 14A bersetem/sijil syer atau Borang 24. Mengemukakan Borang CKHT 2A dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan harta tanah atau syer dalam SHT. Melampirkan CKHT 3 bersama – sama Borang CKHT 2A sekiranya diperoleh daripada pelupus. PENERIMAAN BORANG NYATA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH Sekiranya Borang Nyata yang telah dilengkapkan dan diterima oleh LHDNM melebihi tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan, penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976 akan dikenakan. Borang Nyata yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pelupus atau pemeroleh untuk dilengkapkan. Walau bagaimanapun LHDNM boleh terus membangkitkan taksiran di bawah seksyen 14(2) ACKHT 1976 jika Borang Nyata tidak lengkap diterima.
Borang Nyata yang lengkap akan diproses dan notis atau sijil perakuan seperti berikut akan dikeluarkan.
KAEDAH PENGHANTARAN BORANG Secara Manual
e – FILLING
e – LODGEMENT
PENALTI Penalti di bawah subseksyen 29(3) ACKHT 1976 boleh dikenakan sekiranya Borang CKHT 1A / CKHT 1B gagal dikemukakan dengan lengkap dalam tempoh 60 hari dari tarikh pelupusan aset atau dikemukakan selepas tarikh lanjutan masa yang dibenarkan atau gagal mengisytiharkan pelupusan aset yang boleh dikenakan cukai. Kadar penalti yang ditetapkan bergantung kepada tempoh masa yang diambil untuk mengemukakan borang nyata selepas tarikh yang ditetapkan. Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Jumlah penalti yang boleh dikenakan adalah tertakluk kepada minimum RM100 dan maksimum tidak melebihi 3 kali jumlah cukai yang dikenakan. Jika seseorang membuat suatu penyata yang tidak betul bagi sesuatu maklumat pelupusan aset maka, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh mengenakan penalti di bawah subseksyen 30(2) ACKHT 1976. Penalti yang boleh dikenakan adalah sama dengan amaun cukai yang terkurang lapor |
BAYARAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH
A. Tanggungjawab Pemeroleh
Pemeroleh perlu memegang dan meremitkan sebahagian nilai balasan seperti berikut :
Pemerolehan sebelum 1 April 2007
- Memegang kesemua wang atau amaun tidak melebihi 5% daripada jumlah wang balasan yang mana lebih rendah.
- Apabila menerima Notis Permintaan, kesemua atau sebahagian daripada wang yang dipegang hendaklah dibayar kepada KPHDN dalam tempoh yang ditetapkan.
Pemerolehan mulai 1 Januari 2010
- Memegang dan meremitkan kesemua ba lasan wang atau 2% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset.
Pemerolehan mulai 1 Januari 2015
- Memegang dan meremitkan kesemua balasan wang atau 3% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset.
Sekiranya pemeroleh menerima CKHT 3 daripada pelupus dan mengemukakannya bersama – sama Borang CKHT 2A kepada KPHDN dalam tempoh enam pulu h (60) hari selepas tarikh pelupusan, maka pemeroleh diberi konsesi untuk tidak memegang wang seperti perenggan (b) dan (c) di atas.
Jika CKHT 3 tidak dikemukakan dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tarikh pelupusan aset, amaun 2% atau 3% tersebut hendaklah dibayar kepada KPHDN. Bayaran hendaklah dilampirkan dengan slip bayaran (CKHT 502).
Kegagalan meremitkan amaun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai 10% dikenakan atas pemeroleh
B. Tanggungjawab Pelupus
Pelupus perlu mengisi borang CKHT 3 sekiranya pelupusan tidak dikenakan cukai dan pelupus ingin memilih untuk mendapatkan konsesi supaya pemeroleh tidak memegang dan meremitkan kesemua balasan wang atau 2% atau 3% daripada jumlah nilai balasan (yang mana lebih rendah) kepada KPHDN. Jika didapati maklumat yang dikemukakan dalam borang CKHT 3 adalah tidak benar, pelupus boleh diambil tindakan pendakwaan di bawah seksyen 30 ACKHT 1976 dan jika disabitkan suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000.
Membayar cukai dalam tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh Notis Taksiran tanpa mengira sama ada rayuan terhadap notis tersebut dibuat atau tidak. Bayaran hendaklah dilampirkan dengan slip bayaran (CKHT 501) yang dikeluarkan bersama – sama Notis Tak siran..
Amaun yang dipegang dan diremit oleh pemeroleh di bawah seksyen 21B ACKHT 1976 merupakan sebahagian daripada bayaran cukai yang telah dibuat. Jika amaun remitan kurang daripada cukai yang dikenakan, pelupus perlu menjelaskan perbezaannya. Sebaliknya, jika amaun remitan melebihi cukai yang dikenakan, perbezaannya akan dibayar balik kepada pelupus.
PROSEDUR BAYARAN
Bayaran oleh pemeroleh Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM atau di cawangan – cawangan LHDNM melalui cek, kiriman wang dan draf bank berpalang atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dan disertakan slip bayaran CKHT 502 .
Bayaran oleh pelupus Pelupus boleh membuat bayaran seperti berikut :
- Secara pos atau di kaunter bayaran LHDNM melalui cek, kiriman wang dan draf bank berpalang atas nama Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri dan disertakan slip bayaran CKHT 501; atau
- Melalui e – Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my . 3 Bank yang menjadi ahli FPX adalah CIMB, PBB, MBB, RHB, BIMB dan Hong Leong Bank (sila rujuk laman web LHDNM untuk mengetahui maklumat terkini berkenaan bank); atau
- Melalui bank Senarai bank serta perkhidmatan yang disediakan adalah seperti di Lampiran 1
Ringkasan tempat bayaran
TEMPAT BAYARAN : |
PEMEROLEH
|
PELUPUS
|
Kaunter Bayaran LHDNM |
Y
|
Y
|
Kaunter Bank Ejen |
X
|
Y
|
e-Bayaran |
X
|
Y
|
Cawangan LHDNM |
Y
|
X
|
Slip Bayaran |
CKHT 502
|
CKHT 501
|
Petunjuk: Y = Ada kemudahan bayaran X = Tiada kemudahan bayaran |
Prosedur Bayaran Balik Cukai Keuntungan Harta Tanah
Bayaran balik boleh berlaku dalam keadaan berikut :
Perjanjian Jual Beli dibatalkan;
Pelupusan yang mendapat pengecualian cukai;
Kes tidak kena cukai; atau
Cukai terlebih bayar.
Bayaran balik kepada pelupus boleh diproses apabila taksiran telah dibangkitkan dan akaun pelupus berbaki kredit (mempunyai amaun boleh dibayar balik).
LAMPIRAN 1 : CARTA PERKHIDMATAN PEMBAYARAN DI EJEN – EJEN LHDNM