Kewangan & Perniagaan

Apakah Manfaat Pengecualian Cukai Bagi Syarikat ?

download (2)

Sila Baca Sampai Habis….

Syarikat

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Mulai Tahun Taksiran 2014, Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang dorman dan / atau yang belum menjalankan perniagaan,hendaklah mengemukakan BNCP (termasuk Borang E)

(Untuk keterangan lanjut sila rujuk Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018

Borang C perlu dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh tujuh bulan selepas tarikh penutupan akaun. Borang C perlu diisi dengan lengkap dan dikemukakan ke alamat berikut:

  1. Mendapatkan dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).Syarikat hendaklah kembalikan BNCP yang telah lengkap diisi, tanpa perlu melampirkan dokumen sokongan, ke alamat di bawah dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan.

    Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Aras Tanah, Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10
    Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor Darul Ehsan

  2. Mengemukakan anggaran cukai & membuat bayaran ansuran mengikut tempoh
  3. Mengira cukai pendapatan
  4. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat
  5. Menyimpan rekod-rekod perniagaan bagi tujuan pengauditan

 

 


Pengecualian Cukai

Tambang Perjalanan

Tambang percutian dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga kali dalam satu tahun kalendar, atau

Tambang percutian ke luar Malaysia yang tidak melebihi sekali dalam mana-mana tahun kalendar, terhad kepada amaun maksimum RM3,000.

Harap maklum bahawa tambang percutian yang dimaksudkan adalah kos tambang sahaja. Kos-kos lain tidak dianggap sebagai kos tambang.(Rujuk Ketetapan Umum 1/2003)

Manfaat Perubatan & Pergigian

Mulai tahun taksiran 2008, manfaat perubatan yang dikecualikan cukai diperluaskan untuk meliputi perbelanjaan materniti dan perubatan tradisional seperti ayurvedic dan akupuntur. Pengecualian cukai bagi manfaat ini tiada had limit.

Ganjaran Persaraan

  1. Ganjaran Persaraan

    Bayaran ganjaran persaraan yang diterima oleh pekerja pada masa persaraan dikecualikan sepenuhnya daripada cukai jika:

    1. Ketua Pengarah berpuas hati bahawa persaraan daripada penggajian adalah disebabkan oleh keuzuran.
    2. Persaraan itu berlaku pada atau selepas seseorang itu mencapai umur 55 tahun atau mencapai umur wajib bersara dari penggajian dan telah berkhidmat berturutan selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat di dalam kumpulan yang sama.

    3. Persaraan itu berlaku apabila mencapai umur wajib bersara di bawah satu kontrak penggajian atau perjanjian kolektif pada umur 50 tahun tetapi sebelum 55 tahun dan telah berkhidmat selama 10 tahun dengan majikan yang sama atau dengan syarikat dalam kumpulan yang sama.

  2. Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam

    Ganjaran yang dibayar kepada pekerja dari kumpulan wang awam apabila bersara daripada penggajian di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

  3. Ganjaran yang dibayar kepada pegawai kontrak

    Ganjaran yang dibayar daripada kumpulan wang awam kepada pegawai kontrak apabila perkhidmatan kontraknya tamat (walaupun kontraknya diperbaharui).

Pendapatan Pampasan

Pampasan adalah bayaran yang diterima oleh seseorang pekerja daripada majikannya akibat diberhentikan kerja dan bayaran ini mungkin dibayar sebelum atau selepas pekerja diberhentikan.

Pampasan yang dikecualikan :

  1. Pampasan yang diterima kerana keuzuran atau gangguan kesihatan � dikecualikan sepenuhnya.

  2. Pampasan yang diterima kerana sebab-sebab lain:

    1. Pemberhentian kerja sebelum 1 Julai 2008. Pengecualian RM6,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan sama.

    2. Pemberhentian kerja pada atau selepas 1 Julai 2008. Pengecualian RM10,000 diberikan bagi setiap tahun lengkap perkhidmatan dengan majikan yang sama atau syarikat-syarikat dalam kumpulan yang sama.

Pampasan yang dikenakan cukai sepenuhnya:

Pampasan yang diterima oleh pengarah (bukan pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal.

Pencen (persaraan wajib umur atau atas sebab kesihatan)

Pencen yang diterima dari Malaysia oleh seseorang itu dikecualikan daripada cukai pendapatan dengan syarat:

  1. Orang yang berkenaan bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersara daripada penggajian seperti yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang bertulis,

  2. Orang yang bersara kerana keuzuran dan pencen tersebut diterima daripada kerajaan atau skim pencen yang diluluskan.

  3. Bagi pekerja sektor awam yang memilih persaraan pilihan, bayaran pencen yang diterima akan ditaksir dan dikenakan cukai sehingga mencapai umur 55 tahun atau umur wajib bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

  4. Bagi individu yang menerima lebih daripada satu pencen, hanya bayaran pencen yang tertinggi akan dikecualikan daripada cukai.

Ganjaran Kematian

Wang yang diterima sebagai ganjaran kematian adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Biasiswa

Apa-apa jumlah wang yang dibayar dengan cara biasiswa kepada seseorang individu, sama ada atau tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan individu tersebut, adalah dikecualikan dari cukai pendapatan.

Pendapatan Individu Yang Bermastautin di Malaysia Berhubung Dengan Penampilan Dalam Persembahan Kebudayaan Yang Diluluskan Oleh Menteri

Wang yang diterima di bawah kategori ini adalah dikecualikan cukai sepenuhnya dengan syarat ianya adalah diluluskan oleh Menteri.

Faedah

Pendapatan faedah yang diterima oleh individu bermastautin daripada wang yang didepositkan dalam institusi berikut dikecualikan cukai mulai 30 Ogos 2008.

  1. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau disifatkan dilesenkan dibawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.
  2. Bank yang dilesenkan di bawah Akta Perbankan Islam 1983.
  3. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
  4. Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah Akta Tabung Haji 1995.
  5. Malaysia Building Society Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.
  6. Borneo Housing Finance Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965.

Dividen

Antara bayaran dividen yang diterima yang dikecualikan daripada cukai pendapatan termasuklah:

  1. Dividen yang diterima daripada syarikat yang mengagihkan dividen daripada pendapatan syarikat yang dikecualikan daripada cukai.
  2. Dividen yang diterima daripada syarikat kerjasama (koperasi).
  3. Dividen yang diterima daripada amanah saham yang diluluskan oleh Menteri Kewangan, seperti dividen Amanah Saham Bumiputera.
  4. Dividen yang diterima daripada unit amanah yang diluluskan oleh Menteri Kewangan yang melaburkan 90% atau lebih daripada unit amanah tersebut dalam sekuriti kerajaan

Royalti

Individu yang bermastautin di Malaysia dikecualikan daripada cukai atas pendapatan royaltinya seperti berikut :

No.

Jenis khidmat/hasil kerja yang dibayar setahun

Amaun dikecualikan (RM)

1
Penerimaan dari penerbitan hasil seni/rakaman pita/cakera
10,000
2
Penerimaan hasil penterjemahan buku/karya kesusasteraan
12,000
3
Penerimaan hasil penerbitan karya kesusasteraan /lukisan asli/penggubahan muzik
20,000

Walau bagaimanapun, pengecualian di atas tidak terpakai jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang diterima oleh individu itu dalam menjalankan tugas rasmi.

Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan.

Yuran Atau Honorarium Khidmat Pakar

Mulai Tahun Taksiran 2004, yuran atau honorarium yang diterima oleh seseorang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikannya untuk tujuan validasi, moderasi atau akreditasi program pendidikan francais di institusi pengajian tinggi diberi pengecualian cukai pendapatan.

Perkhidmatan yang diberikan oleh individu tersebut hendaklah ditentu sahkan atau diperaku oleh Agensi Kelayakan Malaysia (AKM). Walau bagaimanapun, pengecualian cukai pendapatan ini tidak akan dibenarkan jika bayaran yang diterima menjadi sebahagian daripada gaji yang timbul dalam menjalankan tugas rasmi.

Pendapatan Daripada Hasil Penyelidikan

Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima oleh seseorang individu daripada hasil penyelidikan saintifik yang dikomersialkan, diberi pengecualian cukai sebanyak 50% daripada pendapatan statutori dalam tahun asas bagi tahun taksiran, untuk tempoh lima (5) tahun dari tarikh bayaran pertama.

Saintis yang menerima bayaran tersebut hendaklah warganegara dan bermastautin di Malaysia. Manakala hasil penyelidikan yang dikomersialkan itu hendaklah ditentu sahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.


Kadar Cukai Syarikat

Tahun Taksiran 2017 – 2018:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya

18%
24%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

24%

Tahun Taksiran 2016:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya

19%
24%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

24%

Tahun Taksiran 2009 hingga 2015:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya

20%
25%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

25%

Tahun Taksiran 2008:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya

20%
26%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

26%

Tahun Taksiran 2007:

  • Syarikat dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta
    • RM500,000 yang pertama
    • Baki Seterusnya

20%
27%

  • Syarikat dengan modal berbayar melebihi RM2.5 juta

27%


Pembayaran Cukai Syarikat

 

Pembayaran Cukai

Skim Ansuran CP204

Syarikat, perkongsian liabiliti terhad, badan amanah dan koperasi yang belum memulakan operasi tidak perlu mengemukakan Borang CP204

Bagi syarikat yang telah sedia beroperasi, anggaran cukai hendaklah dibayar secara ansuran yang sama banyak mulai bulan ke 2 tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran.

woman using space gray iphone x

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

Contoh:

Jumlah bulan dalam tempoh asas = 12 bulan
Anggaran cukai = RM12,000
Ansuran bulanan = RM12,000
= RM12,000/12 = RM1000

Bagi syarikat yang baru beroperasi, bayaran ansuran bermula pada bulan ke 6 dalam tempoh asas sesuatu tahun taksiran misalnya dibayar pada bulan ke 6 selepas syarikat memulakan perniagaan.

Syarikat hendaklah membayar ansuran cukai yang telah dianggarkan selewat-lewatnya pada hari ke 15 setiap bulan.

 

Bayaran Baki Cukai

Apabila cukai sebenar bagi sesuatu tahun taksiran telah ditentukan, baki cukai iaitu cukai sebenar setelah menolak bayaran ansuran (jika ada) hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari terakhir 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP207) yang disediakan bersama Borang C apabila membuat bayaran.

 

Denda Di Bawah Skim Ansuran

Denda dalam bentuk kenaikan cukai akan dikenakan jika:

  1. Syarikat yang gagal membuat bayaran ansuran bulanan sepenuhnya dalam tempoh ditetapkan, bayaran ansuran bulanan yang tidak dijelaskan akan dinaikkan sebanyak 10% tanpa sebarang notis diperlukan dari LHDNM.

  2. Jika perbezaan di antara cukai sebenar dan anggaran cukai dipinda anggaran asal cukai (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan) melebihi 30% dari cukai kena dibayar, cukai akan dinaikkan sebanyak 10% ke atas perbezaan melebihi 30% tanpa sebarang notis tambahan. Formula pengenaan denda ialah:

Formula pengiraan amaun cukai yang dinaikkan seperti berikut;

Kenaikan cukai = [ (AT-ET) – (30%xAT) ] x 10%
Di mana:
AT: Cukai sebenar yang kena dibayar
ET: Anggaran cukai dipinda atau anggaran cukai asal (jika tiada anggaran cukai dipinda dikemukakan).

 

Penalti Lewat Bayaran Baki Cukai

Jika baki cukai tidak dibayar pada tarikh ditetapkan, penalti sebanyak 10% akan dikenakan. Jika amaun cukai dan penalti masih tidak dibayar selepas 60 hari dari tarikh ditetapkan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas baki cukai dan penalti yang tidak dibayar.

Rayuan Ke Atas Penalti

Rayuan secara bertulis dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan perlu dikemukakan kepada Cawangan berkenaan (Unit Pungutan), jika syarikat tidak bersetuju terhadap penalti lewat bayar yang dikenakan.

Syarikat perlu menjelaskan tanggungan cukai walaupun rayuan dibuat.

 

Kaedah Pembayaran

Bayaran di kaunter bayaran LHDNM

Bayaran boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM. Setiap bayaran perlu disertakan dengan Slip Pengiriman Bayaran (Borang CP 207) yang dihantar kepada syarikat. Terdapat 3 kaunter bayaran LHDNM utama untuk membuat bayaran cukai iaitu di kaunter bayaran Jalan Tunku Abdul Halim bagi Semenanjung Malaysia, kaunter bayaran Kuching di Sarawak & kaunter bayaran Kota Kinabalu di Sabah.

image

Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
Tingkat Bawah,
Blok 8A,
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim,
50600 Kuala Lumpur
Tingkat Bawah,
Wisma Hasil,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah
Aras 1,
Wisma Hasil,
No.1 Jalan Padungan,
93100 Kuching,
Sarawak

Bayaran Secara Pos

Bayaran secara pos perlu dibuat menggunakan cek/draf bank berpalang dan dibayar kepada “KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI”. Tuliskan nama dan nombor rujukan cukai pendapatan syarikat di belakang cek/draf bank. Syarikat diingatkan untuk tidak menghantar wang tunai melalui pos untuk bayaran. Cek/draf bank hendaklah dihantar ke alamat Pusat Bayaran Kuala Lumpur di Jalan Tunku Abdul Halim, Unit Pungutan Cawangan Kuching, atau Unit Pungutan Cawangan Kota Kinabalu. Untuk mendapatkan alamat lengkap cawangan-cawangan pungutan, sila buat pilihan faksimili di menu seterusnya.

Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Pusat Bayaran Kuala Lumpur,
Tingkat 15, Blok 8A,
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Tunku Abdul Halim,
Karung Berkunci 11061,
50990 Kuala Lumpur
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Tingkat Bawah,
3 & 4 Wisma Hasil,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
88600 Kota Kinabalu,
Sabah
Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Unit Pungutan,
Aras 1,
Wisma Hasil,
No. 1,
Jalan Padungan,
93100 Kuching,
Sarawak

Bayaran Di Bank

Bayaran cukai juga boleh dibuat melalui semua cawangan bank CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan kaunter POS Malaysia di seluruh Malaysia. Sila gunakan slip bayaran CP 207 sebagai panduan untuk mengisi “Bank In Slip” LHDNM yang disediakan di kaunter bank berkenaan untuk bayaran. Slip bank yang dikeluarkan oleh bank ini boleh dijadikan sebagai bukti bayaran kerana LHDNM tidak akan mengeluarkan resit bayaran lain bagi pembayaran di bank.

Bayaran Melalui Perbankan Internet

Baki cukai atau bayaran ansuran CP204 juga boleh dilakukan secara terus menggunakan perkhidmatan perbankan internet Public BankMaybankHong Leong BankCitibank dan POS Online.

architectural design architecture banks barclays

Photo by Expect Best on Pexels.com

Selain itu, syarikat juga boleh menggunakan perkhidmatan ByrHASiL (https://byrhasil.hasil.gov.my/) yang disediakan di laman web ini. Perkhidmatan ini menggunakan kemudahan FPX (Financial Process Exchange) dan boleh digunakan bagi pengguna yang mempunyai perbankan internet dengan bank seperti pautan di bawah:

http://www.paynet.my/fpx/banks-tpa.html

Pengesahan penerimaan melalui perbankan internet perlu disimpan sebagai bukti bayaran telah dibuat.

Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar negara boleh dilakukan dalam dua kaedah iaitu:

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) Interbank Transfer Giro(IBG) / Electronic Fund Transfer (EFT)

  • Bayaran cukai secara TT,IBG atau EFT boleh dibuat terus ke Akaun Terimaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berikut:
      • No. Akaun penerima: 8000766957
      • Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
      • Nama dan alamat bank penerima:CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Tunku Abdul Halim,
        Tingkat Bawah, Blok 8,
        Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia
    • Bagi bayaran TT(RENTAS), maklumat kod pengenalan swift bagi CIMB Bank Berhad adalah : CIBBMYKL
    • Menyatakan nombor rujukan cukai dan nombor pengenalan diri di ruangan perihal bayaran
  • Peringatan Penting

Setelah membuat bayaran, pembayar cukai diwajibkan mengemukakan maklumat berikut bagi membolehkan LHDNM mengemaskini akaun pembayar cukai :

    • Nama Pembayar Cukai
    • Nombor Rujukan Cukai
    • Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
    • Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di Perenggan f)
    • Tahun Taksiran bayaran
    • Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran.
    • Tarikh Bayaran
    • Amaun Bayaran

Maklumat perlu dikemukakan pada hari bayaran dilakukan kepada Pusat Bayaran LHDNM Kuala Lumpur melalui :

Resit bayaran hanya dikeluarkan bagi bayaran yang telah disah terima oleh bank dan setelah semua maklumat bayaran lengkap diterima oleh LHDNM daripada pembayar cukai. Pembayaran tanpa pengemukaan maklumat lengkap akan menyebabkan kelewatan pengeluaran resit dan denda lewat bayar akan dikenakan.

Peringatan ini turut terpakai kepada pembayaran cukai pendapatan dalam negara yang menggunakan medium ‘Telegraphic Transfer’.

b) Melalui Bank Draft

Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:

  • Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
  • Nama dan alamat bank pembayar: Mesti “local paying bank” atau “local correspondence bank” supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.

Pembayar cukai boleh membeli bank draft dalam matawang selain dari Ringgit Malaysia (RM). Pembayar perlu mengambilkira kadar pertukaran matawang yang sepatutnya pada hari pembayaran. Amaun bayaran adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada hari bank draft ditunaikan oleh LHDNM. Pembayar perlu memastikan maklumat bayaran dan pembayar ditulis di belakang bank draft dan diposkan ke alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Bayaran Kuala Lumpur
Tingkat Bawah, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan
50600 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

 

Memohon Bayaran Baki Cukai Secara Ansuran

Sekiranya sehingga tarikh akhir bayaran bagi suatu tahun taksiran syarikat masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan syarikat bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Bagi tujuan ini, syarikat perlu mengemukakan surat rayuan kepada Unit Pungutan di cawangan fail fizikal anda berada sebelum tarikh akhir bayaran bagi tahun berkenaan. Namun begitu adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

 

Semak Kedudukan Cukai

Berkenaan Rekod Bayaran

Sebarang pertanyaan berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada.

Memohon Rekod Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh memohon untuk mendapatkannya dengan menelefon Unit Pungutan di mana fail fizikal anda berada atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.

 


Kemaskini Maklumat Syarikat

Bilakah kemaskini perlu dilakukan?

Syarikat dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat syarikat. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah :

  1. Alamat surat menyurat / alamat premis perniagaan

  2. Nombor telefon untuk dihubungi

  3. Pertukaran nama syarikat

  4. Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

apple devices books business coffee

Photo by Serpstat on Pexels.com

Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunapakai Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut. Sila cetak borang tersebut bagi membolehkan anda mengisi secara manual. Majikan juga dibenarkan memaklumkan berhubung pertukaran alamat surat menyurat melalui surat rasmi.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat-maklumat yang lain, pemberitahuan perlu dikemukakan secara bertulis beserta dokumen-dokumen yang berkaitan. Bagi syarikat yang menukar nama sila kemukakan salinan Borang 13.

Sebarang makluman berhubung tujuan tersebut boleh dikemukakan ke cawangan di mana fail anda berada.

Membuat Semakan Butiran Syarikat

Semakan boleh dibuat melalui hadir ke cawangan yang berdekatan, atau menghubungi mana-mana cawangan LHDNM atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan. Sila nyatakan nombor rujukan syarikat bagi membolehkan semakan dibuat.

Semakan Butiran Syarikat Melalui Wakil

Semakan juga dibenarkan dibuat melalui wakil dalam keadaan di mana pengarah syarikat tidak dapat berbuat demikian. Surat kuasa membenarkan wakil anda membuat semakan adalah diperlukan bagi mengesahkan kebenaran yang telah diberikan. Semakan hanya boleh dibuat dengan cara wakil tersebut hadir sendiri ke mana-mana cawangan LHDNM yang berdekatan. Semakan melalui panggilan telefon adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Walaubagaimanapun, semakan dibuat oleh wakil cukai yang sah adalah dibenarkan dengan syarat maklumat berkaitan perlantikan wakil cukai telah dikemaskini di dalam sistem LHDNM.


Cukai Koperasi

Cukai Koperasi
Pengenalan
Cukai koperasi dikenakan atas pertubuhan / badan berikut yang bermastautin dan memperolehi pendapatan di Malaysia:
  • Koperasi yang didaftarkan dibawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502);
  • Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1967;
  • Pertubuhan Peladang yang berdaftar di bawah Akta Organisasi Peladang  1973; dan
  • Pertubuhan Nelayan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Nelayan 1971
Layanan cukai koperasi tertakluk kepada AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
Tanggungjawab Koperasi
Hantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual ke Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM (termasuk koperasi  dorman)
Hantar anggaran cukai secara e-Filing (e-CP204) atau borang kertas (CP204) ke Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM secara manual
Bayaran Ansuran Koperasi (anggaran dibuat oleh koperasi)
Perkara Koperasi
Baharu
Koperasi
Sedia Ada
Borang
Hantar Anggaran
Dalam masa 3 bulan pertama operasi
30 hari sebelum mula tempoh asas
CP204
Mula Bayar

Bulan ke-6
tempoh asas

Bulan ke-2
tempoh asas

CP207
Tarikh Bayaran
Sebelum / pada 15 haribulan
CP207
Pinda Anggaran
Bulan ke-6 atau ke-9 tempoh asas
CP204A

Koperasi dorman tidak perlu hantar CP204

Bayar baki cukai (jika ada) menggunakan CP207 sebelum / pada hari terakhir pengemukaan Borang C1 (7 bulan selepas tarikh penutupan tempoh perakaunan)
Simpan rekod dan buku akaun selama 7 tahun bagi tujuan semakan LHDNM
Pengecualian Cukai Koperasi
Bagi tempoh 5 tahun pertama mulai dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut; dan
Selepas 5 tahun tamat, jika kumpulan wang ahli pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM750,000
Koperasi perlu mengisi dan menghantar Borang C1 secara e-Filing (e-C1) atau Borang C1 secara manual walaupun dikecualikan cukai di bawah subperenggan 12(1)(a) atau subperenggan 12(1)(b), Jadual 6 ACP 1967.
Orang Yang Bertanggungjawab
Pengerusi Koperasi
Setiausaha Koperasi
Bendahari Koperasi
Orang yang menjalankan mana-mana fungsi di atas
Kadar Cukai Koperasi
Pendapatan Bercukai (RM)
Tahun Taksiran
2014
2015 – 2018

1 – 30,000

0%
0%

30,001 – 60,000

5%
5%

60,001 – 100,000

10%
10%

100,001 – 150,000

15%
15%

150,001 – 250,000

20%
18%

250,001 – 500,000

22%
21%

500,001 – 750,000

24%
23%
Melebihi 750,000
25%
24%
Kemudahan Bayaran Cukai Koperasi
ByrHASiL
Bayaran melalui Kad Kredit
Perkhidmatan Bayaran Di Ejen LHDNM Yang Dilantik

Syarikat Tidak Bermastautin

Skop Pengenaan Percukaian

Layak dicukai di bawah cukai Malaysia apabila menjalankan perniagaan melalui pertubuhan tetap di Malaysia dan boleh ditaksir ke atas pendapatan yang terakru dari Malaysia.

Kadar Cukai Tidak Bermastautin

Jenis Pendapatan

Kadar (%)

Perniagaan
Sewa

25

Dividen (Franked)
Dividen (Single tier)*

25
0

Pendapatan penghibur profesional

15

Faedah

15

Royalti

10

Pendapatan kelas khas:

  • Sewaan harta alih

10
  • Bayaran untuk khidmat teknikal dan pengurusan yang dijalankan di Malaysia

10
  • Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi di Malaysia berkaitan dengan penggunaan harta atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

10

Amanah Pelaburan Harta Tanah (REIT)

  • Selain daripada syarikat bermastautin

10
  • Syarikat tidak bermastautin

25
  • Institusi pelaburan asing

10

Berkuatkuasa 01/01/2007

*Dengan pengenalan sistem single tier berkuatkuasa 1.1.2008, semua dividen adalah dikecualikan cukai ditangan penerima. Bagaimanapun syarikat yang masih mempunyai kredit seksyen 108 di bawah sistem imputasi diberi tempoh peralihan sehingga 31.12.2013 untuk mengeluarkan dividen seperti biasa bagi membolehkan baki kredit seksyen 108 dihapuskan.


Taraf Mastautin Syarikat

Status Pemastautin Syarikat

Syarikat dianggap pemastautin jika pada bila-bila masa, semasa tahun asas bagi sesuatu tahun taksiran, pengurusan dan kawalan perniagaan Syarikat dilakukan di Malaysia.


Sijil Taraf Mastautin

SIJIL TARAF MASTAUTIN

Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan bahawa pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan percukaian. Memandangkan Malaysia telah mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan beberapa Negara Pejanji, dengan adanya STM ini, pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia layak menuntut manfaat di bawah PPPDK, dan bagi mengelak dikenakan cukai dua kali bagi pendapatan yang sama.

pexels-photo-259588

Photo by Pixabay on Pexels.com

 

Penentuan Taraf Mastautin

Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:

Individu – Seksyen 7 
Syarikat – Seksyen 8
Badan Amanah – Seksyen 61 (3)

Permohonan STM

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan STM iaitu:

i. secara manual; atau
ii. melalui sistem e-Residence

Permohonan STM secara Manual

Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM. Walau bagaimanapun, permohonan STM bagi pembayar cukai milik Jabatan Cukai Korporat (JCK)/ Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB) dan Cawangan Jalan Duta (CJD) akan diproses dan dikeluarkan oleh Jabatan Percukaian Antarabangsa (JPCA). Permohonan yang telah dihantar ke JCK/ CPCB dan CJD akan dikemukakan ke JPCA untuk diproses.

Alamat JPCA adalah seperti berikut:

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Percukaian Antarabangsa
Aras 12 Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai
Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor Malaysia
Tel: 03-83138888 (Samb. 21231/ 21232)
Faks: 03-83137848/ 03-83137849

Pemohon

Pembayar cukai yang perlu membuat permohonan STM secara manual adalah seperti berikut:

i. Pembayar cukai individu;

ii. Ahli kongsi bagi perkongsian;

iii. Pembayar cukai (individu dan syarikat) milik Cawangan Tidak Berrmastautin.

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Tidak Bermastautin seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Tidak Bermastautin
Tingkat 3, 6 – 8, Blok 8
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta
50600 Kuala Lumpur
Tel: 03-62091000
Faks: 03-62019745

iv. Permohonan untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan; dan

v. Fail milik Cawangan Labuan

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Labuan seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Cawangan Labuan
Unit E.004 dan E.005
Tingkat 1, Aras Podium
Kompleks Ujana Kewangan
Jalan Merdeka
87000 W. P. Labuan

Fail Syarikat dan Badan Amanah

Permohonan STM bagi fail syarikat dan badan amanah, selain dari yang disebut di atas, boleh dibuat sama ada secara manual atau melalui sistem e-Residence.
Borang Permohonan STM

Bagi semua permohonan STM secara manual, Borang STM1 perlu dilengkapkan. Bagi memohon lebih daripada satu sijil, Borang STM1A juga perlu diisi.
Dokumen Sokongan

i. Syarikat
Bagi permohonan untuk tahun taksiran di mana Borang Nyata masih belum patut dikemukakan:

– Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam tahun yang dipohon; atau
– Surat pengesahan, yang ditandatangani oleh seorang pengarah syarikat, berkenaan dengan pengawalan dan pengurusan syarikat dijalankan di Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon; dan
– Salinan Form 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii. Individu

– Pasport asal dan salinan; dan
– Senarai pergerakan keluar/ masuk Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon.

iii. Perkongsian

Taraf mastautin bagi ahli kongsi individu ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 7, ACP 1967, dan bagi ahli kongsi syarikat ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 8 ACP 1967. Dokumen sokongan adalah seperti perenggan (i) dan (ii), yang mana berkaitan.

iv. Badan Amanah

– Salinan suratikatan penubuhan Badan Amanah

Senarai Semak

Borang permohonan yang lengkap adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak.
Tempoh Siap

STM dijangka siap diproses dalam tempoh 3 hari bekerja, jika semua maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan sempurna. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM akan diposkan sekiranya pemohon gagal menuntutnya dalam tempoh 1 bulan.
Bayaran

Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.


Pindaan Selepas Penghantaran Borang

Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Pindaan Selepas Penghantaran Borang (Mulai Tahun Taksiran 2009)

Pindaan Dikemukakan Sebelum Tarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata

Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Pindaan Dalam Tempoh 6 Bulan dari Tarikh Akhir Pengemukaan Borang

Pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh ditetapkan dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan BNCP.
BNT boleh dicetak dari laman web LHDNM. BNT yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan Pembayar cukai.
Hanya pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP dalam tempoh ditetapkan dibenarkan membuat pindaan sendiri dan pindaan sendiri hanya boleh dilakukan sekali.
Pembayar cukai dibenarkan untuk membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam BNCP berhubung dengan :

  • pendapatan terkurang / tidak lapor;
  • perbelanjaan / tuntutan lain terlebih tuntut; atau
  • elaun modal / insentif / pelepasan yang terlebih tuntut.

Pindaan sendiri melalui pengemukaan BNT boleh menyebabkan perubahan berikut :

  • Dari tidak kena cukai kepada kena cukai notis taksiran asal;
  • Dari kena cukai kepada cukai kepada cukai tambahan notis taksiran tambahan; atau
  • Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik notis taksiran asal

Bagi pindaan yang dibuat selain daripada keadaan-keadaan yang dinyatakan di dalam perenggan di atas pembayar cukai tidak perlu mengemukakan BNT sebaliknya boleh terus mengemukakan pindaan berkenaan melalui surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku serta melampirkan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda. Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
Jika ketua pengarah membuat pindaan dan mengemukakan taksiran pindaan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pengemukaan BNCP, pembayar cukai tidak lagi layak mengemukakan BNT kepada Ketua Pengarah. Pembayar cukai yang ingin membuat pindaan (pengakuan sukarela) ke atas taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan surat kepada LHDNM.

Kadar dan Cara Pengiraan Kenaikan Cukai

Taksiran asal atau taksiran tambahan yang dibangkitkan sendiri oleh pembayar cukai adalah tertakluk kepada kenaikan cukai. Pembayar cukai perlu mengisi sendiri ruang pengiraan kenaikan cukai yang terdapat pada BNT.
Sekiranya Borang Nyata Terpinda dikemukakan :

work desk

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

 

  • Dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir pengemukaan borang, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan.
  • Selepas tempoh 60 hari tetapi tidak lewat daripada 6 bulan dari tarikh akhir pengemukaan, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah berdasarkan formula berikut :

B + [(A + B) x 5% ]
Di mana :
A = amaun cukai atau cukai tambahan; dan
B = 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan ( A X 10%)


Pertukaran Tarikh Penutupan Akaun Syarikat

Pertukaran Tarikh Penutupan Akaun Syarikat

Syarikat perlu memaklumkan kepada LHDN mengenai sebarang perubahan dalam tarikh penutupan akaun dengan menggunakan Borang CP 204B. Borang ini juga hendaklah dihantar ke:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,
Pusat Pemprosesan Maklumat,
Aras Tanah, Menara Hasil,
No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Tarikh pengemukaan Borang CP204B dinyatakan dibahagian belakang borang tersebut.

 


Tempoh Asas Syarikat

Sila rujuk Ketetapan Umum berikut:

No.

Nama Ketetapan Umum

Dikeluarkan / Dikemaskini

7/2001

Tempoh Asas Bagi Punca Perniagaan & Bukan Perniagaan (Syarikat)

30.04.2001

5/2001

Tempoh Asas Bagi Suatu Punca Perniagaan (Koperasi)

30.04.2001


Pendaftaran Fail Cukai

Siapa perlu mendaftar fail cukai?

Pendaftaran fail cukai syarikat merupakan tanggungjawab individu yang mengurus dan mengendalikan urusan percukaian syarikat.

Sekiranya sesebuah syarikat telah memulakan operasi perniagaannya, maka syarikat perlu mengemukakan permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan. Jika fail syarikat telah didaftarkan, maka pendaftaran Fail Majikan (E) juga perlu didaftarkan walaupun syarikat tersebut adalah dorman (rujuk Program Pemfailan Borang bagi Tahun 2018).

 

Cara Membuat Pendaftaran Fail

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan :

1.
Syarikat Tempatan :

a) Syarikat Sdn Bhd.
b) Syarikat Bhd

i. a) Notis pendaftaran syarikat di bawah seksyen 15 Akta Syarikat 2016 ; ATAU
b) Perakuan pemerbadanan syarikat di bawah seksyen 17 Akta Syarikat 2016 (jika ada)
ii. Notis Pertukaran Dalam Daftar Pengarah, Pengurus Dan Setiausaha di bawah Seksyen 58 Akta Syarikat 2016
2. Syarikat Asing i. Notis pendaftaran syarikat asing di bawah seksyen 562 Akta Syarikat 2016
ii. Perubahan Atau Pengubahan Butir-Butir Berkaitan Syarikat Asing di bawah subseksyen 567(1) Akta Syarikat 2016

Tindakan Selepas Mendaftar Fail

Selepas nombor rujukan cukai anda didaftarkan, anda dikehendaki mendapatkan Borang Anggaran Cukai (CP204) dan mengemukakannya ke Pusat Pemprosesan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mula operasi. Bayaran anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama syarikat akan bermula pada bulan ke enam tempoh asas.

Syarikat juga dikehendaki mengemukakan Borang C dalam tempoh 7 bulan daripada tarikh penutupan akaun syarikat.

Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut boleh diperoleh dari laman web HASiL seperti berikut :

Fail Syarikat

Borang > Pilih Borang Nyata >Pilih Syarikat > Pilih Semua > Klik Cari

Fail Selain Syarikat & Selain Individu

Borang > Pilih Borang Nyata > Pilih Selain Syarikat & Selain Individu > Pilih Semua > Klik Cari

Mendaftar Secara On-line


Anggaran Cukai

Menentukan Anggaran Cukai

Berkuatkuasa daripada tahun taksiran 2006, anggaran cukai yang kena dibayar bagi sesuatu tahun taksiran hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai dipinda bagi tahun taksiran sebelumnya. Jika tiada pindaan anggaran cukai dikemukakan, anggaran cukai tahun semasa hendaklah tidak kurang daripada 85% anggaran cukai pada tahun taksiran sebelum.

Bagi syarikat yang baru memulakan operasi, syarikat boleh menentukan anggaran cukai bagi tahun taksiran pertama mengikut anggaran keuntungan syarikat. Anggaran cukai pada tahun taksiran pertama tersebut akan menjadi asas untuk menentukan anggaran cukai tahun taksiran berikutnya.

Contoh:

Syarikat ABC Sdn Bhd mengemukakan anggaran cukai tahun taksiran 2007 sebanyak RM50,000. Pada bulan ke 6 / 9 syarikat telah meminda anggaran cukai kepada RM100,000. Pindaan tersebut telah dipersetujui oleh LHDNM.

Oleh itu tahun taksiran 2008, ABC Sdn Bhd hendaklah kemukakan anggaran cukai yang sekurang-kurang RM85,000 (85% daripada pindaan anggaran pada tahun taksiran 2007).

Mengemukakan Anggaran Cukai

Syarikat yang telah beroperasi (sedia ada) hendaklah mengemukakan anggaran cukai tidak lewat daripada 30 hari sebelum bermulanya tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran. Bagi syarikat baru beroperasi, anggaran cukai tersebut perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi

Contoh 1:

Syarikat ABC Sdn. Bhd. menyediakan akaun bagi tempoh 01/07/2008 sehingga 30/06/09 bagi tahun taksiran 2009.

Syarikat hendaklah kemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 31/05/2008 (30 hari sebelum bermula tempoh asas).

Contoh 2:

Syarikat DEF Sdn. Bhd baru ditubuhkan pada 25/02/2009. Syarikat memulakan perniagaan pada 01/04/2009 dan menyediakan penyata akaun yang pertamanya sehingga 31/12/2010.

Syarikat hendaklah mengemukakan borang CP204 selewat-lewatnya pada 30/06/2009 (3 bulan dari tarikh syarikat mula beroperasi).

Borang Anggaran Cukai (CP204)

Boleh di muat turun di laman web LHDNM Borang CP204 Pin.2/2015

Borang tersebut juga boleh diperolehi dari mana-mana cawangan LHDNM ATAU Pusat Pemprosesan Maklumat, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Aras Tanah, Menara Hasil, No. 3, Jalan 9/10, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Membuat Pindaan Anggaran Cukai

Borang CP204 Dihantar Dalam Tempoh

Borang CP204 Dihantar Lewat

Pertukaran Tarikh Penutupan Akaun Syarikat


Lain-lain Situasi

Memohon Pengecualian Menghantar Borang

Keadaan Yang membolehkan Pengecualian Dipohon

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana;

  • Telah menghentikan operasi perniagaan sama ada untuk sementara waktu atau buat selama-lamanya.
  • Syarikat dalam proses pembubaran sama ada secara sukarela atau melalui satu perintah mahkamah.

Bagaimana Permohonan Pengecualian Dilakukan

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail anda ditadbir.

Dokumen sokongan bagi menunjukkan sebab-sebab permohonan dikemukakan perlu disertakan bersama.

Penutupan Fail Secara Kekal

Keadaan Yang Membolehkan Fail Cukai Ditutup

Permohonan boleh dikemukakan dalam keadaan di mana;

  • Syarikat telah menghentikan operasi perniagaan buat selama-lamanya.
  • Syarikat dalam proses pembubaran sama ada secara sukarela atau
  • melalui satu perintah mahkamah

Bagaimana Permohonan Penutupan Fail Cukai Dilakukan

Permohonan perlulah dibuat secara bertulis dengan mengemukakannya ke cawangan di mana fail syarikat ditadbir.

Dokumen sokongan bagi menunjukkan sebab-sebab permohonan dikemukakan perlu disertakan bersama.

Memohon Memindahkan Fail

 

Keadaan Dimana Fail Cukai Boleh Dipindahkan

Fail fizikal cukai boleh dipindahkan ke cawangan lain dalam keadaan di mana ;

  • Alamat surat menyurat syarikat telah bertukar dan alamat tersebut adalah dibawah pentadbiran cawangan yang lain. Walaubagaimanapun, pihak LHDNM akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya sebelum memindahkan fail fizikal syarikat
  • Menerima permohonan daripada syarikat untuk memindahkan fail fizikal cukai pendapatan syarikat ke cawangan yang difikirkan bersesuaian

Bagaimana Permohonan Pemindahan Fail Cukai Dilakukan

Permohonan secara bertulis bagi menerangkan maksud anda perlu dikemukakan ke cawangan di mana fail syarikat ditadbir.


Ekonomi Digital

Ekonomi digital adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada ekonomi berdasarkan penggunaan teknologi digital. Sebarang transaksi perdagangan yang dijalankan menerusi teknologi digital, termasuk aktiviti pemberian maklumat, promosi dan pengiklanan, pemasaran, pembekalan atau penghantaran barangan atau perkhidmatan, meskipun pembayaran dan penghantaran berkaitan transaksi ini mungkin dijalankan di luar talian.

pexels-photo-93398

Photo by 500photos.com on Pexels.com

Berdasarkan definisi ekonomi digital, operasi perniagaan ini bukan hanya terhad kepada aktiviti jual beli secara atas talian, namun aktiviti-aktiviti seperti berikut turut termasuk dalam kategori perniagaan ekonomi digital:

Bil Sektor Catatan Aktiviti
1
Jualan Runcit Dropship, ejen, stokis Terima tempahan, ambil tempahan, pembungkusan produk, menerima bayaran dan penghantaran.
2
Pengangkutan dan lojistik Sewa kenderaan, tiket atas talian, perkhidmatan pos Tempahan perkhidmatan, bayaran, Insuran, Penghantaran
3
Perkhidmatan Kewangan Bank, Payment Gateway, Wang digital, kredit kad, debit kad, kad keahlian, kad kesetiaan Pengesahan status kewangan, mengeluarkan pengesahan
4
Pembuatan dan pertanian Cetakan 3D Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran.
5
Pendidikan ebook, tutor dalam talian, tutorial dalam talian Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran.
6
Penjagaan kesihatan Doktor atas talian, farmasi atas talian Terima tempahan, pembungkusan, menerima bayaran dan penghantaran.
7
Penyiaran dan Media Memuat naik video (youtube), fotografi (perkhidmatan sebagai jurukamera dan menjual gambar) Penciptaan kandungan , memuat naik video, terima bayaran
8
Sharing Economy Menyediakan platform, apps dan mengenakan caj (airbnb, uber, grab) Tempahan perkhidmatan, Bayaran
9
Langganan Komik dalam talian, akhbar dalam talian, streaming video, penstriman audio Pendaftaran, bayaran
10
Perkhidmatan Infrastruktur sebagai perkhidmatan, perisian sebagai perkhidmatan, pengurusan acara/program, perancang perkahwinan Tempahan perkhidmatan, Bayaran
11
Pengiklanan Blogger, instafamous, insta review Penciptaan kandungan, muat naik, bayaran
12
Crowd Sourcing Mengumpul dana melalui pelancaran sesuatu projek. Contohnya projek pembangunan aplikasi Penciptaan kandungan, pembuatan prototaip, muat naik, terima dana/bayaran
13
Menjual produk digital Data, ebook, aplikasi Penciptaan kandungan, muat naik, bayaran
14
Mata wang digital Jual beli dan menghasilkan wang digital (Bitcoin, Ripper,Ethereum etc) Penjual, Pembeli dan Pelombong (miner)
Layanan cukai terhadap perniagaan ekonomi digital adalah sama seperti perniagaan lain dimana pendapatan daripada operasi perniagaan yang dijalankan di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Cukai Pendapatan 1967. Bagi individu atau syarikat yang terlibat dengan perniagaan ekonomi digital, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi :
  • Berdaftar dengan LHDNM dan mempunyai nombor cukai pendapatan
  • Melaporkan pendapatan/kerugian yang diterima daripada aktiviti perniagaan dan aktiviti ekonomi digital
  • Melengkapkan dan menghantar Borang e-B (borang cukai) secara e-Filing
  • Membuat bayaran cukai (ByrHASiL)
  • Dokumen dan rekod perniagaan seperti berikut perlu disimpan selama 7 tahun :
    • Penyata dari payment gateway (Paypall, ipay88, MOL, dll)
    • Perbelanjaan domestik dan persendirian
    • Penyata bank
    • Penyata pendapatan daripada syarikat pengiklanan (seperti Nuffnang, Google Adsense, dll)
    • Invois jualan dan rekod belian
    • Pengesahan jualan dan belian melalui e-mel, dll
    • Dokumen perjanjian
    • Resit asal bagi setiap pelepasan / belanja yang dituntut, dll

Sama seperti perniagaan konvensional, peniaga-peniaga ekonomi digital juga layak menuntut perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilakukan dalam perniagaan mereka dalam pengiraan pendapatan perniagaan mereka. Berikut adalah beberapa contoh bagi perbelanjaan yang dibenarkan dan perbelanjaan yang tidak dibenarkan:

Dibenarkan Tidak Dibenarkan
Perbelanjaan yang dilakukan dalam menghasilkan pendapatan perniagaan

Contoh:

  • Kos kemaskini laman sesawang
  • Bayaran konsultan laman sesawang
  • Bayaran pembaharuan nama domain
  • Akses internet
  • Peralatan telekomunikasi, modem
  • Sewa server
  • Pengiklanan
  • Utiliti
1. Perbelanjaan domestik dan persenderian

Contoh:

  • Bil elektrik dan bil air rumah kediaman

2. Perbelanjaan beli aset peribadi

Contoh:

  • Kereta
  • Rumah
  • Perabot
Selain dari perbelanjaan perniagaan yang boleh ditolak di dalam pengiraan akaun perniagaan mereka, peniaga digital ekonomi juga layak menuntut elaun modal bagi pembelian aset dan juga beberapa insentif yang telah diluluskan oleh pihak kerajaan.
i. Elaun modal
Potongan Elaun Modal atas aset perniagaan boleh dituntut dan ditolak selepas pengiraan pendapatan larasan
Kadar Elaun Modal
Jenis Elaun
Jenis Aset
Kadar
Elaun Permulaan
Semua jenis aset
20 %
Elaun Tahunan
Kenderaan bermotor, jentera berat
20 %
Loji dan jentera
14 %
Peralatan pejabat, perabot dan lengkapan
10 %
Komputer
20 %
ii. Tolakan khas bagi kos perbelanjaan pembangunan laman web sebanyak 20% selama 5 tahun. (PU (A) 101 Rules 2003)
iii. MSC Status Company daripada Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. (MDEC)
Syarikat hendaklah memenuhi syarat kelayakan aktiviti MSC seperti berikut:
  • Penerusan penyelidikan, pembangunan dan penyediaan perkhidmatan yang berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan perkhidmatan / penyelesaian berasaskan Web yang berkaitan dengan carian, direktori dan pengiklanan.
  • Penyediaan sokongan profesional, teknikal, latihan dan penyelenggaraan yang berkaitan dengan penyelesaian / perkhidmatan berasaskan Web.
iv. Taraf Perintis di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Taraf Perintis dibawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
v. Elaun Cukai Pelaburan (ECP) di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986
Syarikat yang mendapat MSC Malaysia Status Company layak untuk memohon Elaun Cukai Pelaburan bagi perbelanjaan modal yang dilakukan (CAPEX).
Skop Pengenaan Cukai
Skop pengenaan cukai ini adalah berdasarkan Garis Panduan Percukaian Perdagangan Elektronik yang telah dikeluarkan dan berkuatkuasa 1 januari 2013. Maklumat lengkap berkaitan garis panduan ini boleh di dapati di laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.
Operasi Perniagaan
Laman Sesawang ditempatkan
Pendapatan perniagaan e-ekonomi digital diterima di Malaysia dan dikenakan cukai
Malaysia
Luar Malaysia
Malaysia
Luar Malaysia
PEMASTAUTIN
Ya
Ya
Cawangan
Pendapatan syarikat yang terbit dari operasi dijalankan di Malaysia dikenakan cukai, manakala pendapatan dari jualan menerusi laman sesawang diperolehi dari operasi perniagaan cawangan di luar Malaysia tidak dikenakan cukai
Tidak
Tidak

TIDAK

PEMASTAUTIN

Ya
Ya
Tidak
Cawangan
Pendapatan syarikat yang beroperasi di luar Malaysia tidak dikenakan cukai, manakala pendapatan ekonomi digital yang diperolehi dari perniagaan cawangan di Malaysia dikenakan cukai
Cawangan
Pendapatan syarikat yang beroperasi di luar Malaysia tidak dikenakan cukai, manakala pendapatan ekonomi digital yang diperolehi dari perniagaan cawangan di Malaysia dikenakan cukai
Perniagaan
Produk
Laman sesawang
Produk ketara
– Berupa perkilangan / penjualan / perkhidmatan
– Berupa ketara / tidak ketara
– Mengenalpasti / menjawab soalan / tempahan / bayaran / penghantaran atas talian
– Dihantar melalui saluran penghantaran biasa
Aktiviti perniagaan termasuklah mendapatkan kandungan laman sesawang / pemerolehan barangan / promosi dan pengiklanan / jualan / penghantaran produk / mengemaskini laman sesawang / lain-lain

 


ask blackboard chalk board chalkboard

Photo by Pixabay on Pexels.com

Soalan Lazim (Syarikat )

Klik tajuk untuk pilihan Soalan Lazim Percukaian Syarikat:-

Soalan Lazim Percukaian Syarikat

Anggaran Cukai Kena DiBayar (CP204)

Pengisian Borang C

Sistem Taksir Sendiri Bagi Syarikat

Advertisements

Categories: Kewangan & Perniagaan

Leave a Reply