Kewangan & Perniagaan

Apa Yang Saya Perlu Tahu Tentang Cukai ?

download (2)

 

Tanggungjawab Pembayar Cukai

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM. Pembayar cukai bertanggungjawab untuk:

  1. Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)Pembayar cukai individu hendaklah menghantar atau mengembalikan BNCP yang telah lengkap diisi pada atau sebelum 30 April bagi tiap-tiap tahun ke alamat berikut;Pusat Pemprosesan Maklumat
    Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
    Aras Tanah, Menara Hasil
    No. 3, Jalan 9/10
    Seksyen 9
    43650 Bandar Baru Bangi
    Selangor
  2. Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat.
  3. Mengira cukai pendapatan.
  4. Menyimpan rekod bagi tujuan pengauditan.
  5. Membayar cukai kena dibayar.

Menyimpan Rekod

Pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen / resit asal berikut bersama BNCP, sebaliknya dokumen ini hendaklah disimpan selama 7 tahun:

  1. Borang EA/EC,
  2. Baucar dividen,
  3. Resit premium insurans,
  4. Resit pembelian buku,
  5. Resit perubatan,
  6. Resit derma,
  7. Resit pembayaran zakat,
  8. Sijil kelahiran anak,
  9. Sijil nikah,
  10. Dokumen-dokumen sokongan lain.
  11. Helaian kerja (jika ada)
  12. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.

 

Sistem Taksir Sendiri

Sistem Taksir Sendiri adalah satu konsep Bayar, Taksir Sendiri dan Fail.

Bayar : Potongan gaji bulanan bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian atau melalui bayaran secara ansuran bagi pembayar cukai yang mempunyai pendapatan perniagaan.

Taksir Sendiri: Membuat sendiri pengiraan cukai pendapatan.

Fail : Mengemukakan BNCP ke LHDNM dan bayaran baki cukai pendapatan jika terkurang bayar atau menuntut bayaran balik jika terlebih bayar.

 


woman using space gray iphone x

Photo by rawpixel.com on Pexels.com

 

Pendapatan Perniagaan

PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN

PENGENALAN

Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.

Perniagaan terdiri daripada:

  • Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
    • Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
  • Perkongsian
    • Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
      • Individu-individu
      • Dua syarikat
      • Individu dan syarikat
      • Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian

Contoh Perniagaan :

  • Perniagaan runcit
  • Perniagaan jualan langsung
  • Pertanian dan penternakan
  • Perniagaan gerai
  • Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
  • Bidang penulisan dan lakonan
  • Broker Saham

TANGGUNGJAWAB

  • Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan – Daftar Fail
  • Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)
  • Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
  • Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen
  • Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
  • Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
  • Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan – nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
  • Maklumat tambahan perkongsian
    • Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30
    • CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
    • Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
    • Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
  • Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
  • Mengira sendiri cukai pendapatan
  • Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi
  • Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
  • Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
  • Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun
  • Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
  • Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
  • Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) – Skim Ansuran CP500

PENDAPATAN KASAR PERNIAGAAN

Pendapatan kasar perniagaan termasuk :

  • Penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan
  • Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan
  • Penerimaan berupa barangan
  • Hutang lapuk perniagaan yang pulih
  • Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
  • Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri

PENDAPATAN LARASAN DARI SUMBER PERNIAGAAN

Ditentukan daripada pendapatan kasar ditolak perbelanjaan berikut :

  • Perbelanjaan perniagaan dibenarkan
  • Perbelanjaan khusus yang dibenarkan
  • Potongan perbelanjaan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
  • Elaun Eksport

PERBELANJAAN PERNIAGAAN

Dibenarkan

Tidak Dibenarkan

Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatanContoh:

  • Bayaran Upah/Gaji
  • Bayaran KWSP
  • Sewa premis perniagaan
  • Faedah pinjaman perniagaan
  • Perbelanjaan pembaikan ke atas premis dan kenderaan yang digunakan untuk perniagaan
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian

Contoh:

  • Manfaat kediaman
  • Bayaran bil telefon
Perbelanjaan pembelian aset peribadiContoh :

  • Pembelian kereta peribadi
  • Pembelian Perabot
Perbelanjaan permulaan

Contoh :

  • Belanja penubuhan perniagaan
  • Perbelanjaan pengiklanan

PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN

Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :

  • Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
  • Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
  • Sumbangan kepada perpustakaan
  • Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
  • Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
  • Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan

ELAUN MODAL

Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada perbelanjaan susutnilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan

  • Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
  • Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :
    • Menjalankan perniagaan
    • Membeli aset perniagaan
    • Aset digunakan di dalam perniagaan dan
    • Tuan punya aset
  • Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
  • Jenis dan Kadar Elaun Modal ialah :

JENIS ELAUN

JENIS ASET

KADAR (%)

Elaun Permulaan Semua jenis aset

20 %

Elaun Tahunan Kenderaan Bermotor dan Jentera Berat

20 %

Loji dan Jentera

14 %

Peralatan Pejabat, Perabot dan Lekapan

10 %

Komputer

40 %

 


Pengenaan Cukai

Adakah saya layak dikenakan cukai

Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

pexels-photo-1028726

Photo by Acharaporn Kamornboonyarush on Pexels.com

Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan

Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.

Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.

Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

 

 


Pelepasan Cukai

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin

Tahun 2017

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

9,000

2

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000 (Terhad)

ATAU

3,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya)

6,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri) :
(i) Peringkat selain Sarjana dan Doktor Falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

7,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

6,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak)

500 (Terhad)

8

Gaya Hidup :
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak;
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak; dan
(iv) Bayaran langganan internet

2,500
(Terhad)

9

Pembelian peralatan penyusuan

1,000 (Terhad)

10

Yuran penghantaran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

1,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2017 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2017)
6,000 (Terhad)

12

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000 (Terhad)

13

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

14

Anak di bawah umur 18 tahun

2,000

15

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

17

Anak Kurang upaya

6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

18

Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

6,000 (Terhad)

19
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)

20

Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

3,000 (Terhad)

21
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)


Tahun 2016

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

9,000

2

Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga ibu bapa ( Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

ATAU

Ibu dan Bapa
Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa

5,000 (Terhad)

ATAU

3,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk suami/isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)

6,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

7,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

6,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)

3,000 (Terhad)

10
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 – 2017)
6,000 (Terhad)

11

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

12

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000
(Terhad)

13

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

4,000 (Terhad)

14

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

15

Anak di bawah umur 18 tahun

2,000

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

2,000

17

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

8,000

18

Anak Kurang upaya

6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

19

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

20
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)

21

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

22
Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
250 (Terhad)

Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2015 sahaja. 

9,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)

i) 5,000 (Terhad) – tahun taksiran 2014 dan sebelum

ii) 6,000 (Terhad) – mulai tahun taksiran 2015

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)

i) 5,000 (Terhad) – tahun taksiran 2014 dan sebelum

ii) 6,000 (Terhad) – mulai tahun taksiran 2015

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11
Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 – 2017)
6,000 (Terhad)

12

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

13

Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 – 2012)

500 (Terhad)

14

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000
(Terhad)

15

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

16

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

17

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

18

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

19

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)

20

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)

i) 5,000 – tahun taksiran 2014 dan sebelum

ii) 6,000 – mulai tahun taksiran 2015

21

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

22

Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) – tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 – 2021

1,000 (Terhad)

23
Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.
3,000 (Terhad)

24

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

Tahun 2009

Bil.

Jenis Potongan Individu

Amaun (RM)

1

Individu dan saudara tanggungan

8,000

2

Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa

5,000 (Terhad)

3

Peralatan Sokongan Asas

5,000 (Terhad)

4

Individu Kurang Upaya

6,000

5

Yuran Pendidikan (Sendiri)

5,000 (Terhad)

6

Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati

5,000 (Terhad)

7

Pemeriksaan perubatan penuh

500 (Terhad)

8

Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan

1,000 (Terhad)

9

Pembelian komputer peribadi untuk individu

3,000 (Terhad)

10

Tabungan bersih dalam skim SSPN

3,000 (Terhad)

11

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

300 (Terhad)

12

Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.
Syarat kelayakan:
(i) pemastautin warganegara Malaysia;
(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;
(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan
(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.
Di mana:
(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan
(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:
A x B
C
Di mana;
A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;
B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;
C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu

10,000 (Terhad)

13

Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

3,000 (Terhad)

14

Suami/Isteri kurang upaya

3,500

15

Anak di bawah umur 18 tahun

1,000

16

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

1,000

17

Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.

4,000

18

Anak Kurang upaya

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

5,000

19

Insuran nyawa dan KWSP

6,000 (Terhad)

20

Insurans pendidikan dan perubatan

3,000 (Terhad)

 


Jenis Pendapatan

Pada amnya pembayar cukai dikehendaki membayar cukai atas semua jenis pendapatan yang diperoleh, iaitu:

  • Perniagaan atau profession
  • Penggajian
  • Dividen
  • Faedah
  • Diskaun
  • Sewa
  • Royalti
  • Premium
  • Pencen
  • Anuiti
  • Lain-lain

pexels-photo-164527.jpeg


Pindaan Selepas Penghantaran Borang

 

Tindakan Sekiranya Berlaku Kesilapan Pada Borang

Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

 

Pindaan Selepas Penghantaran Borang (Mulai Tahun Taksiran 2009)

Pindaan Dikemukakan Sebelum Tarikh Akhir Pengemukaan Borang Nyata

Pembetulan bagi sebarang kesilapan dalam pengisian borang yang telah dihantar secara manual mahupun online boleh dibuat dengan menghantar surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku dengan menyertakan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda.
Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.

Pindaan Dalam Tempoh 6 Bulan dari Tarikh Akhir Pengemukaan Borang

Pembayar cukai dibenarkan membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang telah dikemukakan kepada LHDNM dalam tempoh ditetapkan dengan mengemukakan Borang Nyata Terpinda (BNT) dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir pengemukaan BNCP.
BNT boleh dicetak dari laman web LHDNM. BNT yang telah dilengkapkan perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan Pembayar cukai.
Hanya pembayar cukai yang telah mengemukakan BNCP dalam tempoh ditetapkan dibenarkan membuat pindaan sendiri dan pindaan sendiri hanya boleh dilakukan sekali.
Pembayar cukai dibenarkan untuk membuat pindaan sendiri ke atas maklumat atau taksiran bagi membetulkan kesilapan dalam BNCP berhubung dengan :

  • pendapatan terkurang / tidak lapor;
  • perbelanjaan / tuntutan lain terlebih tuntut; atau
  • elaun modal / insentif / pelepasan yang terlebih tuntut.

Pindaan sendiri melalui pengemukaan BNT boleh menyebabkan perubahan berikut :

  • Dari tidak kena cukai kepada kena cukai notis taksiran asal;
  • Dari kena cukai kepada cukai kepada cukai tambahan notis taksiran tambahan; atau
  • Dari bayaran balik kepada mengurangkan bayaran balik notis taksiran asal

Bagi pindaan yang dibuat selain daripada keadaan-keadaan yang dinyatakan di dalam perenggan di atas pembayar cukai tidak perlu mengemukakan BNT sebaliknya boleh terus mengemukakan pindaan berkenaan melalui surat makluman terperinci tentang kesilapan yang berlaku serta melampirkan dokumen sokongan (resit pembelian, invois dan sebagainya) bagi mengukuhkan permohonan anda. Surat dan dokumen tersebut perlu dikemukakan ke Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan anda.
Jika ketua pengarah membuat pindaan dan mengemukakan taksiran pindaan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh pengemukaan BNCP, pembayar cukai tidak lagi layak mengemukakan BNT kepada Ketua Pengarah. Pembayar cukai yang ingin membuat pindaan (pengakuan sukarela) ke atas taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan surat kepada LHDNM.

Kadar dan Cara Pengiraan Kenaikan Cukai

Taksiran asal atau taksiran tambahan yang dibangkitkan sendiri oleh pembayar cukai adalah tertakluk kepada kenaikan cukai. Pembayar cukai perlu mengisi sendiri ruang pengiraan kenaikan cukai yang terdapat pada BNT.
Sekiranya Borang Nyata Terpinda dikemukakan :

  • Dalam tempoh 60 hari dari tarikh akhir pengemukaan borang, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan.
  • Selepas tempoh 60 hari tetapi tidak lewat daripada 6 bulan dari tarikh akhir pengemukaan, amaun kenaikan cukai yang dikenakan adalah berdasarkan formula berikut :

B + [(A + B) x 5% ]
Di mana :
A = amaun cukai atau cukai tambahan; dan
B = 10% daripada amaun cukai atau cukai tambahan ( A X 10%)

 


Pembayaran

 

Perkhidmatan ByrHASiL, e-PCB dan e-Data PCB melalui FPX

 

Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai.

Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX. Sila klik pautan berikut bagi senarai bank yang terlibat:

http://www.myclear.org.my/fpx/banks-tpa.htmlSila layari : https://byrhasil.hasil.gov.my – ByrHASiL, https://ekls.hasil.gov.my/ – e-PCB dan http://eapps.hasil.gov.my/ – e-Data PCB

 

 

Perkhidmatan ByrHASiL Untuk Bayaran Cukai Melalui Kad Kredit

Pembayar cukai boleh membuat pembayaran cukai pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah menggunakan kad kredit secara dalam talian di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/

 

bank banking business cards

Photo by Pixabay on Pexels.com

 

Perkhidmatan ini boleh digunakan untuk semua kad kredit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.

Perkhidmatan Bayaran Cukai di Ejen-ejen Kutipan LHDNM

a) Bayaran di KaunterBayaran Cukai Pendapatan, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi Individu dan Syarikat boleh dibuat secara tunai, cek dan arahan debit akaun di semua cawangan ejen-ejen LHDNM yang berikut:

  • CIMB Bank
  • Public Bank
  • Maybank
  • POS Malaysia
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • RHB Bank
  • Bank Simpanan Nasional

Nota:

  • Hanya bayaran secara tunai sahaja yang diterima di kaunter POS Malaysia.
  • Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui kaunter hanya disediakan di CIMB Bank dan Public Bank. Bayaran Potongan Cukai Bulanan di kaunter bank perlulah disertakan disket yang mengandungi maklumat pekerja yang terlibat dengan PCB dan maklumat tersebut mestilah mengikut speksifikasi yang telah ditetapkan oleh LHDNM.
  • Maklumat berikut perlu diisi ke dalam slip bayaran di bank:i. Kod Bayaran
    ii. Nama Pembayar Cukai/Majikan
    iii. No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
    iv. No. Kad Pengenalan
    v. Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
    vi. Amaun bayaran

b) Bayaran Melalui Internet

Kemudahan pembayaran Cukai Pendapatan, Cukai keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan Potongan Cukai Bulanan (PCB) melalui saluran elektronik ejen-ejen LHDNM yang dilantik seperti berikut;

Bayaran PCB sahaja melalui https://www.alliancebank.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk individu sahaja melalui https://www.cimbclicks.com.my
Bayaran PCB melalui https://www.cimbbizchannel.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Syarikat serta bayaran PCB melalui https://portal.citidirect.com
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT Individu dan Syarikat serta bayaran PCB melalui https://www.hlb.com.my/main/
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.maybank2u.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT untuk Syarikat serta PCB melalui http://www.maybank2e.net
Bayaran Cukai Pendapatan, CKHT dan PCB Individu dan Syarikat melalui https://www.pbebank.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://logon.rhb.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui https://www.rhb.com.my
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.posonline.com.my

(Debit akaun pembayar cukai melalui CIMBClicks, Bank Rakyat, Hong Leong Online, RHB Bank, MEPSCASH, Bank Islam, EON Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank)

Bayaran PCB sahaja melalui https://www.ambankgroup.com/eng/Business/TransactionBanking
Bayaran PCB sahaja melalui http://www.ocbc.com.my
Bayaran PCB sahaja melalui HSBC, sila hubungi 1300-88-1128 atau 603-8321 5511
Bayaran PCB sahaja melalui https://ebanker2.bankislam.biz
Bayaran Cukai Pendapatan dan CKHT melalui https://www.mybsn.com.my

c) Bayaran Melalui ATMBayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah Individu boleh dilakukan melalui Auto Teller Machine (ATM) di bank-bank berikut;

  • Public Bank
  • Maybank
  • CIMB Bank

Bagi membolehkan anda membayar melalui mesin ATM, anda perlulah mempunyai kad ATM bank yang berkenaan dan maklumat yang perlu disediakan untuk melaksanakan transaksi ini adalah nombor rujukan cukai.

d) Bayaran Melalui Tele-Perbankan

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah melalui perkhidmatan tele-perbankan disediakan melalui;

  • Maybank Kawanku Phone Banking (1-300-88-6688)

e) Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

  • Public Bank Berhad Mesin Deposit Cek (CDM)

f) Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)

Bayaran Cukai Pendapatan dan Cukai Keuntungan Harta Tanah individu disediakan melalui;

  • CIMB Bank Berhad Mesin Deposit Tunai (CAM)

Jadual Kod Bayaran

Item

Kod Bayaran

Keterangan

1

084

Bayaran Ansuran Cukai Individu

2

086

Bayaran Ansuran Cukai Syarikat

3

088

Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit

4

090

Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah

5

095

Bayaran Cukai Pendapatan (tidak termasuk skim ansuran)

6

150

Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103

7

151

Bayaran Seksyen 108

8

152

Bayaran Kenaikan Seksyen 108

9

153

Bayaran Kenaikan Komposit

10

154

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)

11

155

Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)

12

156

Bayaran Kos Mahkamah

13

157

Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman

14

158

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit

15

159

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan

16

160

Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil

17

173

Bayaran Kos Guaman

18

178

Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)

19

181

Bayaran Kenaikan Seksyen 25

20

196

Bayaran Penyelesaian Cukai

21

197

Bayaran Penyelesaian Cukai – Majikan

22

250

Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus

23

286

Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh

24

092

Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)


Bayaran Cukai Melalui Pindahan Wang Dari Luar Negara

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dalam dua kaedah iaitu:

a) Melalui Telegraphic Transfer (TT) Interbank Transfer Giro(IBG) / Electronic Fund Transfer (EFT)

  • Bayaran cukai secara TT,IBG atau EFT boleh dibuat terus ke Akaun Terimaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia berikut:
      • No. Akaun penerima: 8000766957
      • Nama Penerima (Payable to) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
      • Nama dan alamat bank penerima:CIMB Bank Berhad, Cawangan Jalan Tunku Abdul Halim,
        Tingkat Bawah, Blok 8,
        Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim,
        50480 Kuala Lumpur, Malaysia
    • Bagi bayaran TT(RENTAS), maklumat kod pengenalan swift bagi CIMB Bank Berhad adalah : CIBBMYKL
    • Menyatakan nombor rujukan cukai dan nombor pengenalan diri di ruangan perihal bayaran
  • Peringatan Penting

Setelah membuat bayaran, pembayar cukai diwajibkan mengemukakan maklumat berikut bagi membolehkan LHDNM mengemaskini akaun pembayar cukai :

    • Nama Pembayar Cukai
    • Nombor Rujukan Cukai
    • Nombor Rujukan Transaksi TT/IBG/EFT
    • Kod Bayaran Cukai (Rujuk Jadual Kod Bayaran di Perenggan f)
    • Tahun Taksiran bayaran
    • Bulan ansuran,jika ada. Sekiranya tiada, pihak LHDNM akan mengambilkira bulan semasa sebagai nombor ansuran.
    • Tarikh Bayaran
    • Amaun Bayaran

Maklumat perlu dikemukakan pada hari bayaran dilakukan kepada Pusat Bayaran LHDNM Kuala Lumpur melalui :

Resit bayaran hanya dikeluarkan bagi bayaran yang telah disah terima oleh bank dan setelah semua maklumat bayaran lengkap diterima oleh LHDNM daripada pembayar cukai. Pembayaran tanpa pengemukaan maklumat lengkap akan menyebabkan kelewatan pengeluaran resit dan denda lewat bayar akan dikenakan.

Peringatan ini turut terpakai kepada pembayaran cukai pendapatan dalam negara yang menggunakan medium ‘Telegraphic Transfer’.

b) Melalui Bank Draft

Pembayar cukai yang melakukan pindahan wang dari luar negara dengan kaedah ini perlu mengemukakan instrumen berikut:

  • Nama Penerima (Bayar kepada) : Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
  • Nama dan alamat bank pembayar: Mesti “local paying bank” atau “local correspondence bank” supaya bank draft tersebut menjadi cek tempatan.

Pembayar cukai boleh membeli bank draft dalam matawang selain dari Ringgit Malaysia (RM). Pembayar perlu mengambilkira kadar pertukaran matawang yang sepatutnya pada hari pembayaran. Amaun bayaran adalah berdasarkan kadar pertukaran mata wang pada hari bank draft ditunaikan oleh LHDNM. Pembayar perlu memastikan maklumat bayaran dan pembayar ditulis di belakang bank draft dan diposkan ke alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pusat Bayaran Kuala Lumpur
Tingkat Bawah, Blok 8A
Kompleks Bangunan Kerajaan
50600 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Cukai Bagi Kes Taksiran Bersama

Sekiranya pendapatan suami atau isteri telah ditaksir bersama atas nama salah seorang daripadanya maka pihak yang berkenaan adalah bertanggungjawab membayar cukai tersebut. Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu, cukai yang kena dibayar atas pendapatan isteri atau suami boleh dipungut daripada salah seorang mengikut nisbah jumlah pendapatan masing-masing.

Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Pada masa kini terdapat Skim Potongan Cukai Bulanan (PCB) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Cukai yang kena dibayar akan dipotong daripada saraan seseorang individu yang berkenaan. Cukai dipotong setiap bulan daripada gaji mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau Kaedah Pengiraan Berkomputer PCB yang dikeluarkan oleh LHDNM.

Bayaran Baki Cukai

Perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dipotong dan cukai yang patut dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai patut dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM selewat-lewatnya pada 30 April tahun berikutan tahun taksiran.

Ansuran Bulanan

Sekiranya sehingga 30 April bagi suatu tahun taksiran anda masih gagal menyelesaikan cukai yang sepatutnya dibayar bagi tempoh yang berkenaan anda bolehlah memohon untuk membuat bayaran ansuran baki cukai. Prosedur yang perlu diikuti adalah dengan mengemukakan satu surat rayuan kepada unit pungutan di cawangan fail fizikal anda berada. Surat berkenaan hendaklah diterima oleh unit pungutan sebelum 30 April tahun berkenaan. Adalah diingatkan, sungguhpun rayuan diterima tetapi penalti lewat bayar tetap akan dikenakan.

Penalti Lewat Bayar Baki Cukai

Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.

Rayuan Ke Atas Penalti Lewat Bayar

Jika anda tidak bersetuju dengan penalti lewat bayar yang dikenakan, anda boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Unit Pungutan cawangan berkenaan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Taksiran dikeluarkan.

Penalti lewat bayar yang dikenakan mestilah dijelaskan terlebih dahulu walaupun rayuan dibuat. Sekiranya rayuan diluluskan LHDNM akan memulangkan kembali jumlah yang berkenaan.

 

 


Semak Kedudukan Cukai

Berkenaan Rekod Bayaran

Semakan rekod bayaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi aplikasi e-Lejar.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rekod bayaran secara terperinci boleh dibuat dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda.

Hubungi Hasil Care Line

 

Memohon Rekod Kedudukan Cukai

Sekiranya anda memerlukan penyata kedudukan cukai, anda boleh mencetak maklumat tersebut menerusi aplikasi e-Lejar atau anda boleh mendapatkan penyata tersebut dengan menelefon Unit Pungutan di cawangan yang mengendalikan fail anda atau menulis surat kepada unit yang sama di cawangan yang berkenaan.

 

Hubungi Cawangan LHDNM

Hubungi Hasil Care Line

 

Memohon Notis Taksiran (Borang J)

Mulai Tahun Taksiran 2004:

  1. Ketua Pengarah LHDNM dianggap telah membangkitkan taksiran berdasarkan pengiraan yang dikemukakan oleh pembayar cukai
  2. Borang Nyata Cukai pendapatan yang telah dilengkapkan dianggap sebagai Notis Taksiran
  3. Notis Taksiran dianggap dikeluarkan pada tarikh Borang Nyata Cukai Pendapatan tersebut dikemukakan.

Oleh itu, tiada Notis Taksiran (Borang J) dikeluarkan oleh LHDNM kepada pembayar cukai. Pembayar cukai dinasihatkan supaya membuat salinan Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk tujuan rujukan sebelum mengemukakannya ke LHDNM.

 


Lebihan Kredit Cukai

Apakah itu Lebihan Kredit?

Lebihan kredit wujud apabila bayaran seperti potongan cukai berjadual, bayaran ansuran bulanan atau bayaran cukai pendapatan telah melebihi tanggungan cukai (baki debit) di dalam akaun. Manakala baki debit wujud apabila tanggungan cukai melebihi bayaran cukai yang dibuat.
Bagaimana mengelakkan lebihan kredit dalam akaun

Pembayar cukai boleh memantau potongan gaji bulanan atau ansuran dwi-bulanan atas pendapatan perniagaan dan membandingkannya dengan jumlah sebenar cukai yang perlu dibayar seperti dalam notis taksiran.

Permohonan untuk memberhentikan potongan gaji hendaklah dikemukakan kepada Cawangan Pungutan selepas pengesahan tanggungan cukai dibuat untuk mengelakkan potongan yang berlebihan.

Sebarang perubahan pada maklumat berikut hendaklah dimaklumkan kepada pihak majikan.

  • Perkahwinan,
  • Bilangan anak,
  • Perceraian/perpisahan,
  • Kematian pasangan,
  • Kematian anak.

Selain itu pembayar cukai juga boleh mengisi dan mengemukakan kepada majikan Borang PCB/TP1 ( Borang tuntutan potongan dan rebat individu ) sekiranya terdapat potongan lain yang boleh dituntut.

Butir-butir dan maklumat tuntutan potongan ini penting untuk pengiraan Potongan Cukai Berjadual agar jumlah yang sepatutnya dipotong mengikut jadual yang ditentukan.

Bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun mesti dimaklumkan kepada LHDNM.

 

 


Kadar Cukai Pendapatan

Tahun Taksiran 2016 dan 2017

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0 – 5,000

5,000 berikutnya

0

0

5,001 – 20,000

5,000 pertama
15,000 berikutnya

1

0
150

20,001 – 35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

5

150
750

35,001 – 50,000

35,000 pertama
15,000 berikutnya

10

900
1,500

50,001 – 70,000

50,000 pertama
20,000 berikunya

16

2,400
3,200

70,001 – 100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

21

5,600
6,300

100,001 – 250,000

100,000 pertama
150,000 berikutnya

24

11,900
36,000

250,001 – 400,000

250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5

47,900
36,750

400,001 – 600,000

400,000 pertama
200,000 berikutnya

25

84,650
50,000

600,001 – 1,000,000

600,000 pertama
400,000 berikutnya

26

134,650
104,000

Lebih 1,000,000

1,000,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

28

238,650
……….

Tahun Taksiran 2015

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0 – 2500

2,500 pertama

0

0

2,501 – 5,000

2,500 berikutnya

0

0

5,001 – 10,000

5,000 pertama
5,000 berikutnya

1

0
50

10,001 – 20,000

10,000 pertama
10,000 berikutnya

1

50
100

20,001 – 35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

5

150
750

35,001 – 50,000

35,000 pertama
15,000 berikunya

10

900
1,500

50,001 – 70,000

50,000 pertama
20,000 berikutnya

16

2,400
3,200

70,001 – 100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

21

5,600
6,300

100,001 – 150,000

100,000 pertama
50,000 berikutnya

24

11,900
12,000

150,001 – 250,000

150,000 pertama
100,000 berikutnya

24

23,900
24,000

250,001 – 400,000

250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5

47,900
36,750

Lebih 400,000

400,000 pertama
setiap ringgit berikutnya

25

84,650
……….

Tahun taksiran 2013 dan 2014

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0-2500

2,500 pertama

0

0

2,501-5,000

2,500 berikutnya

0

0

5,001-10,000

5,000 pertama
5,000 berikutnya

2

0
100

10,001-20,000

10,000 pertama
10,000 berikutnya

2

100
200

20,001-35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

6

300
900

35,001-50,000

35,000 pertama
15,000 berikunya

11

1,200
1,650

50,001-70,000

50,000 pertama
20,000 berikutnya

19

2,850
3,800

70,001-100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

24

6,650
7,200

Lebih 100,000

100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

26

13,850
……….

Tahun taksiran 2010, 2011 dan 2012

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0-2500

2,500 pertama

0

0

2,501-5,000

2,500 berikutnya

1

25

5,001-10,000

5,000 pertama
5,000 berikutnya

3

25
150

10,001-20,000

10,000 pertama
10,000 berikutnya

3

175
300

20,001-35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

7

475
1,050

35,001-50,000

35,000 pertama
15,000 berikunya

12

1,525
1,800

50,001-70,000

50,000 pertama
20,000 berikutnya

19

3,325
3,800

70,001-100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

24

7,125
7,200

Lebih 100,000

100,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

26

14,325
……….

Tahun Taksiran 2009

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0-2500

2,500 pertama

0

0

2,501-5,000

2,500 berikutnya

1

25

5,001-10,000

5,000 pertama
5,000 berikutnya

3

25
150

10,001-20,000

10,000 pertama
10,000 berikutnya

3

175
300

20,001-35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

7

475
1,050

35,001-50,000

35,000 pertama
15,000 berikunya

12

1,525
1,800

50,001-70,000

50,000 pertama
20,000 berikutnya

19

3,325
3,800

70,001-100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

24

7,125
7,200

100,001-150,000

100,000 pertama
50,000 berikutnya

27

14,325
13,500

150,001-250,000

150,000 pertama
100,000 berikutnya

27

27,825
27,000

Lebih 250,000

250,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

27

54,825
……….

Tahun Taksiran 2008

Banjaran Pendapatan Bercukai

Pengiraan (RM)

Kadar %

Cukai(RM)

0-2500

2,500 pertama

0

0

2,501-5,000

2,500 berikutnya

1

25

5,001-10,000

5,000 pertama
5,000 berikutnya

3

25
150

10,001-20,000

10,000 pertama
10,000 berikutnya

3

175
300

20,001-35,000

20,000 pertama
15,000 berikutnya

7

475
1,050

35,001-50,000

35,000 pertama
15,000 berikunya

13

1,525
1,950

50,001-70,000

50,000 pertama
20,000 berikutnya

19

3,475
3,800

70,001-100,000

70,000 pertama
30,000 berikutnya

24

7,275
7,200

100,001-150,000

100,000 pertama
50,000 berikutnya

27

14,475
13,500

150,001-250,000

150,000 pertama
100,000 berikutnya

27

27,975
27,000

Lebih 250,000

250,000 pertama
Setiap ringgit berikutnya

28

54,975
……….

 


Derma & Hadiah

Potongan Dibenarkan Daripada Pendapatan Agregat

Bil Sumbangan Catatan
1 Derma/Hadiah wang kepada Kerajaan/Kerajaan Tempatan.

Subseksyen 44(6)

2

Derma/Hadiah wang kepada institusi/organisasi yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)

Subseksyen 44(6)

3

Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada aktiviti sukan atau Badan Sukan yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)

Subseksyen 44(11B)

4

Derma/Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat kepada projek berkepentingan Negara yang diluluskan.
(Amaun adalah terhad kepada 7% daripada
pendapatan agregat)

Subseksyen 44(11C)

5

Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan.

Subseksyen 44(6A)

6

Derma/Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan.

Subseksyen 44(8)

7

Derma/Hadiah wang atau sumbangan manfaat bagi menyediakan kemudahan di tempat awam untuk orang yang kurang upaya.

Subseksyen 44(9)

8

Derma/Hadiah wang atau kos peralatan perubatan kepada mana-mana badan rawatan kesihatan.

Subseksyen 44(10)

9

Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.

Subseksyen 44(11)

 

 


Rebat Cukai

Rebat Cukai Pendapatan Bagi Individu Yang Mempunyai Pendapatan Bercukai Kurang Daripada RM35,000.

No

Rebat Cukai

Tahun Taksiran
2001 – 2008

(RM)

Tahun Taksiran
2009 & Seterusnya

(RM)

a

Taksiran Berasingan
Isteri
Suami


350
350


400
400

b

Taksiran Bersama
Isteri
Suami


350
350


400
400

Jumlah

700

800

b

Taksiran Di mana Salah Seorang Suami Atau Isteri Tiada Jumlah Pendapatan 
Isteri
Suami

350
350

400
400

Jumlah

700

800

Lain-Lain Rebat Cukai

No

Rebat Cukai

(RM)

a

Zakat/Fitrah

Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

b

Levi Pekerja Asing (Tidak terpakai mulai tahun taksiran 2011)

Amaun maksimum tertakluk kepada cukai yang dikenakan

 


Kemaskini Maklumat

Bilakah kemaskini perlu dilakukan?

Anda dinasihatkan memaklumkan pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi anda. Diantara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:

  1. Alamat surat menyurat/alamat kediaman
  2. Nombor telefon untuk dihubungi
  3. Taraf perkahwinan
  4. Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Bagaimana melakukan kemaskini maklumat anda?

Bagi tujuan mengemaskini alamat surat menyurat, sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat iaitu CP600B bagi tujuan tersebut.

Bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi anda yang lain, anda dikehendaki mengemukakannya melalui satu surat pemberitahuan beserta dokumen yang berkaitan ke cawangan berkenaan , secara on-line melalui e-Kemaskini atau melalui Borang Maklumbalas di laman web hasil www.hasil.gov.my.


Rayuan

HAK RAYUAN DAN MASA UNTUK MEMBUAT RAYUAN

1.
Seksyen 99 ACP memperuntukkan bahawa seseorang yang tidak berpuas hati dengan sesuatu taksiran yang telah dibuat untuk mana-mana tahun taksiran ke atasnya oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (KPHDN) berhak merayu terhadap taksiran itu.
2.
Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai kepada kes-kes berikut:
a)
taksiran disifatkan di bawah subseksyen 90(1) ACP 1967; ATAU
b)
taksiran disifatkan untuk Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terpinda di bawah seksyen 91A ACP 1967
Melainkan pembayar cukai tidak bersetuju dengan layanan di dalam KU atau pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa semasa taksiran itu dibuat. Contoh pendirian, ketetapan dan amalan adalah seperti berikut:
i.
surat ketetapan persendirian atau ketetapan awal;
ii.
garis panduan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM);
iii.
keputusan kes undang-undang di peringkat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) dan mahkamah; ATAU
iv.
bukti bertulis lain.
3.
Oleh itu Seksyen 99 ACP 1967 hanya terpakai untuk rayuan terhadap notis taksiran yang dibuat untuk mana-mana tahun taksiran bagi kes-kes seperti di bawah:
a)
Taksiran/taksiran tambahan/taksiran pendahuluan yang dibuat oleh KPHDN hasil daripada penemuan audit meja atau audit luar; ATAU
b)
Taksiran anggaran (best judgement assessment) yang dibuat tanpa BNCP atau BNCP lewat dikemukakan iaitu di luar tempoh yang ditetapkan di bawah subseksyen 90(3) ACP 1967.
4.
Rayuan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Q tidak lewat dari tiga puluh (30) hari selepas notis taksiran diserahkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 99(1) ACP 1967.

PROSEDUR RAYUAN (BORANG Q)

1.
Orang yang membuat rayuan (perayu) hendaklah mengemukakan empat (4) salinan Borang Q bagi setiap tahun taksiran dan perlu memastikan sekurang-kurangnya satu (1) salinan Borang Q adalah salinan asal manakala tiga (3) salinan lagi boleh difotokopi.
2.
Borang Q dan lampiran (jika ada) yang dikemukakan oleh perayu tidak boleh disertakan bersama-sama dengan dokumen lain. Borang Q yang lengkap berserta dengan alasan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu. Borang Q boleh dimuat turun dan dicetak daripada pautan berikut:
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Borang Q bagi rayuan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
Rayuan di bawah seksyen 109H Akta Cukai Pendapatan 1967 (bagi kes cukai pegangan)
3.
Borang Q yang lengkap hendaklah mengandungi maklumat berikut:
a)
Tarikh dan amaun cukai yang kena dibayar (Amaun cukai yang kena dibayar adalah merujuk kepada notis taksiran yang dipertikaikan);
b)
Alasan rayuan secara terperinci dan mengandungi maklumat lain yang diperlukan oleh borang itu; DAN
c)
Borang Q mesti ditandatangani oleh perayu iaitu orang yang ditaksir dan dikenakan cukai. Bagi kes syarikat dan perkongsian liabiliti terhad, Borang Q hendaklah ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa di bawah seksyen 75 dan 75B ACP masing-masing.
4.
Borang Q tidak boleh ditandatangani oleh ejen cukai atau peguam.
5.
Borang Q yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada perayu.

PROSEDUR RAYUAN LEWAT (BORANG N)

1.
Bagi rayuan yang tidak dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan, permohonan lanjutan masa untuk merayu boleh dibuat melalui Borang N.
2.
Perayu perlu mengemukakan alasan yang kukuh bagi permohonan lanjutan masa. Salah satu alasan yang boleh dipertimbangkan adalah keadaan di luar kawalan perayu contohnya: perayu dimasukkan ke hospital bagi suatu tempoh yang panjang, berada di luar negara, terlibat dengan bencana alam atau sebab-sebab lain yang munasabah dan sah.
3.
Borang N hendaklah dihantar ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu. Perayu hendaklah mengemukakan dua (2) salinan Borang N bagi setiap tahun taksiran iaitu satu (1) salinan Borang N asal manakala satu (1) salinan lagi adalah salinan fotokopi. Borang N boleh dimuat turun dan dicetak daripada pautan berikut:
Borang N bagi rayuan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
Borang N bagi rayuan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
Borang N bagi rayuan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967
4.
Jika permohonan lanjutan masa diluluskan, LHDNM akan mengeluarkan Borang CP15A-Pin.1/2009 untuk memaklumkan tarikh lanjutan baru penyerahan Borang Q, iaitu tiga puluh (30) hari dari tarikh CP15A.
5.
Sekiranya lanjutan masa tidak dibenarkan, Borang N bersama-sama dengan kenyataan alasan penolakan oleh KPHDN (Borang CP15B) akan dikemukakan kepada PKCP. Apabila Borang N dan kenyataan alasan tersebut dikemukakan kepada PKCP, KPHDN akan memaklumkan kepada perayu secara bertulis dan akan mengemukakan sekali sesalinan kenyataan alasan tersebut.
6.
Dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas menerima pemberitahuan, perayu boleh mengemukakan kepada PKCP ulasan atau hujahnya secara bertulis berhubung dengan permohonannya dan kenyataan KPHDN.
7.
Sekiranya PKCP bersetuju membenarkan lanjutan masa, PKCP akan memaklumkan perayu dan menyatakan tarikh Borang Q perlu dikemukakan.
8.
Sekiranya permohonan ditolak, perayu akan dimaklumkan oleh PKCP dan perayu tidak berhak membuat rayuan selanjutnya. Keputusan PKCP adalah muktamad.

PERMOHONAN RELIF BERKENAAN KESILAPAN ATAU KHILAF DI BAWAH SEKSYEN 131 ACP

1.
Selain daripada rayuan di bawah seksyen 99 ACP, seorang pembayar cukai boleh membuat permohonan relif ke atas kesilapan atau khilaf dalam BNCP yang dibuat olehnya. Penentuan sama ada pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf merupakan persoalan fakta dan undang-undang.
2.
Beban pembuktian terdapatnya kesilapan atau khilaf adalah terletak di pihak pembayar cukai. KPHDN hanya akan menyemak semula taksiran sekiranya dia berpuas hati bahawa pembayar cukai telah melakukan kesilapan atau khilaf dalam BNCP atau penyataan yang dibuat olehnya bagi tujuan ACP yang dikemukakan kepada KPHDN.
3.
Syarat-syarat bagi permohonan relif adalah:
a)
Permohonan relif tidak akan dipertimbangkan sekiranya BNCP yang dikemukakan selari dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat.
b)
Pembayar cukai hendaklah membayar kesemua cukai yang telah dibuat bagi tahun taksiran berkenaan.
c)
Pembayar cukai perlu membuat permohonan bertulis melalui surat atau Borang CP15C kepada KPHDN dalam tempoh masa lima (5) tahun selepas berakhirnya tahun taksiran di mana taksiran disifatkan atau dibangkitkan.

PROSEDUR PERMOHONAN RELIF

1.
Permohonan relif boleh dibuat sama ada melalui surat atau Borang CP15C dengan menyatakan alasan-alasan terperinci berkaitan dengan permohonan tersebut. Borang CP15C boleh dimuat turun melalui pautan berikut:
CP15C
2.
Sekiranya surat atau Borang CP15C tidak diisi dengan butiran yang betul, permohonan akan dikembalikan kepada pembayar cukai bagi membolehkan pembayar cukai mengemukakan permohonan relif yang baru.
3.
Sekiranya permohonan relif ini diluluskan oleh KPHDN, taksiran akan dipinda dan taksiran kurangan akan dikeluarkan.
4.
Jika permohonan relif ditolak oleh KPHDN, surat penolakan permohonan berserta alasan penolakan akan dikeluarkan kepada pembayar cukai.
5.
Jika pembayar cukai tidak setuju dengan keputusan tersebut, beliau boleh meminta KPHDN melalui surat untuk menghantar permohonan relif (yang telah dikemukakan sebelum ini) kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat penolakan. KPHDN akan mengemukakan permohonan pembayar cukai kepada PKCP dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh penerimaan surat permohonan tersebut.
6.
Dalam kes di mana BNCP yang disifatkan atau BNCP terpinda yang disifatkan telah dikemukakan selaras dengan pendirian, ketetapan dan amalan KPHDN yang terdapat pada masa taksiran itu dibuat, permohonan pembayar cukai untuk relif di bawah seksyen 97A dan 131 ACP kerana kesilapan atau khilaf tidak boleh diterima walaupun pembayar cukai boleh membuktikan terdapat kesilapan atau khilaf melainkan kesilapan dari segi aritmetik atau pengiraan sahaja.

PROSIDING RESOLUSI PERTIKAIAN (PRP)

1.
Sesi PRP boleh diadakan atas permintaan Pembayar Cukai atau mengikut keperluan Jabatan Resolusi Pertikaian atau Pejabat Pengarah Negeri. Proses ini berkesan sebagai medium untuk menyemak dan menyelesaikan kes sebelum Borang Q dikemukakan kepada PKCP.
2.
PRP dapat menjimatkan kos dan masa Pembayar Cukai dan LHDNM serta merupakan satu platform yang efektif untuk mewujudkan engagement antara LHDNM dengan Pembayar Cukai.
3.
Sekiranya pembayar cukai ingin memohon mengadakan PRP, pembayar cukai perlu mengenal pasti Borang Q tersebut sama ada dikendalikan di peringkat Jabatan Resolusi Pertikaian atau Pejabat Pengarah Negeri. Permohonan boleh dimajukan ke Jabatan Resolusi Pertikaian atau Pejabat Pengarah Negeri yang mengendalikan rayuan tersebut.
Jabatan Resolusi Pertikaian Mengendalikan kes-kes Borang Q yang dikemukakan oleh:
1.
Cawangan Pembayar Cukai Besar,
2.
Cawangan Cukai Multinasional,
3.
Cawangan Industri Khas,
4.
Cawangan Siasatan,
5.
Jabatan Tindakan Khas,
6.
Jabatan Siasatan, DAN
7.
Jabatan Operasi Khas.
Pejabat Pengarah Negeri Cawangan Kendalian
PPN WP Kuala Lumpur
1.
2.
3.
Cawangan Duta
Cawangan Tidak Bermastautin
Cawangan Kuala Lumpur Bandar
PPN WP Putrajaya
1.
2.
3.
Cawangan Cheras
Cawangan Wangsa Maju
Cawangan Bangi
PPN Selangor
1.
2.
3.
Cawangan Shah Alam
Cawangan Klang
Cawangan Petaling Jaya
PPN Johor
1.
2.
3.
Cawangan Johor Bahru
Cawangan Kluang
Cawangan Muar
PPN Pahang
1.
2.
3.
Cawangan Kuantan
Cawangan Raub
Cawangan Temerloh
PPN Perak
1.
2.
3.
Cawangan Ipoh
Cawangan Teluk INtan
Cawangan Taiping
PPN Pulau Pinang
1.
2.
Cawangan Pulau Pinang
Cawangan Bukit Mertajam
PPN Kedah / Perlis
1.
2.
3.
Cawangan Kangar
Cawangan Alor Setar
Cawangan Sungai Petani
PPN Terengganu / Kelantan
1.
2.
Cawangan Kuala Terengganu
Cawangan Kota Bharu
PPN Negeri Sembilan / Melaka
1.
2.
Cawangan Seremban
Cawangan Melaka
PPN Sarawak
1.
2.
3.
4.
Cawangan Kuching
Cawangan Miri
Cawangan Bintulu
Cawangan Sibu
PPN Sabah
1.
2.
3.
4.
5.
Cawangan Kota Kinabalu
Cawangan Keningau
Cawangan Tawau
Cawangan Sandakan
Cawangan Labuan
Bagi penjelasan yang lebih lanjut berkaitan rayuan ke atas taksiran cukai yang dibangkitkan, sila rujuk kepada Ketetapan Umum No.12/2017.

 


Sijil Taraf Mastautin

Sijil Taraf Mastautin (STM) dikeluarkan untuk mengesahkan bahawa pembayar cukai adalah bermastautin di Malaysia bagi tujuan percukaian. Memandangkan Malaysia telah mempunyai rangkaian Perjanjian Pengelakkan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) dengan beberapa Negara Pejanji, dengan adanya STM ini, pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia layak menuntut manfaat di bawah PPPDK, dan bagi mengelak dikenakan cukai dua kali bagi pendapatan yang sama.

Penentuan Taraf Mastautin

Penentuan taraf mastautin adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 iaitu:

Individu – Seksyen 7 
Syarikat – Seksyen 8
Badan Amanah – Seksyen 61 (3)

Permohonan STM

Terdapat 2 cara untuk membuat permohonan STM iaitu:

i. secara manual; atau
ii. melalui sistem e-Residence

Permohonan STM secara Manual

Permohonan STM secara manual boleh dikemukakan ke mana-mana Cawangan LHDNM. Walau bagaimanapun, permohonan STM bagi pembayar cukai milik Jabatan Cukai Korporat (JCK)/ Cawangan Pembayar Cukai Besar (CPCB) dan Cawangan Jalan Duta (CJD) akan diproses dan dikeluarkan oleh Jabatan Percukaian Antarabangsa (JPCA). Permohonan yang telah dihantar ke JCK/ CPCB dan CJD akan dikemukakan ke JPCA untuk diproses.

Alamat JPCA adalah seperti berikut:

Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Percukaian Antarabangsa
Aras 12 Menara Hasil
Persiaran Rimba Permai
Cyber 8
63000 Cyberjaya
Selangor Malaysia
Tel: 03-83138888 (Samb. 21231/ 21232)
Faks: 03-83137848/ 03-83137849

Pemohon

Pembayar cukai yang perlu membuat permohonan STM secara manual adalah seperti berikut:

i. Pembayar cukai individu;

ii. Ahli kongsi bagi perkongsian;

iii. Pembayar cukai (individu dan syarikat) milik Cawangan Tidak Berrmastautin.

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Tidak Bermastautin seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Cawangan Tidak Bermastautin
Tingkat 3, 6 – 8, Blok 8
Kompleks Bangunan Kerajaan
Jalan Duta
50600 Kuala Lumpur
Tel: 03-62091000
Faks: 03-62019745

iv. Permohonan untuk negara Arab Saudi, Indonesia, Perancis, Singapura dan Switzerland boleh dibuat dengan melengkapkan borang khas yang boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi Negara berkenaan; dan

v. Fail milik Cawangan Labuan

Permohonan STM perlu dibuat ke Cawangan Labuan seperti alamat berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Cawangan Labuan
Unit E.004 dan E.005
Tingkat 1, Aras Podium
Kompleks Ujana Kewangan
Jalan Merdeka
87000 W. P. Labuan

Fail Syarikat dan Badan Amanah

Permohonan STM bagi fail syarikat dan badan amanah, selain dari yang disebut di atas, boleh dibuat sama ada secara manual atau melalui sistem e-Residence.
Borang Permohonan STM

Bagi semua permohonan STM secara manual, Borang STM1 perlu dilengkapkan. Bagi memohon lebih daripada satu sijil, Borang STM1A juga perlu diisi.
Dokumen Sokongan

i. Syarikat
Bagi permohonan untuk tahun taksiran di mana Borang Nyata masih belum patut dikemukakan:

– Salinan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan dalam tahun yang dipohon; atau
– Surat pengesahan, yang ditandatangani oleh seorang pengarah syarikat, berkenaan dengan pengawalan dan pengurusan syarikat dijalankan di Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon; dan
– Salinan Form 49 dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ii. Individu

– Pasport asal dan salinan; dan
– Senarai pergerakan keluar/ masuk Malaysia bagi tahun taksiran yang dipohon.

iii. Perkongsian

Taraf mastautin bagi ahli kongsi individu ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 7, ACP 1967, dan bagi ahli kongsi syarikat ditentukan mengikut peruntukan Seksyen 8 ACP 1967. Dokumen sokongan adalah seperti perenggan (i) dan (ii), yang mana berkaitan.

iv. Badan Amanah

– Salinan suratikatan penubuhan Badan Amanah

Senarai Semak

Borang permohonan yang lengkap adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Semak.
Tempoh Siap

STM dijangka siap diproses dalam tempoh 3 hari bekerja, jika semua maklumat dan dokumen telah dikemukakan dengan sempurna. Pemohon akan dimaklumkan apabila STM telah disiap untuk diambil. STM akan diposkan sekiranya pemohon gagal menuntutnya dalam tempoh 1 bulan.
Bayaran

Tiada bayaran dikenakan bagi STM yang dikeluarkan.

 

 


Individu Tidak Bermastautin

Anda tidak bermastautin di bawah undang-undang percukaian Malaysia jika berada kurang 182 hari di Malaysia untuk satu tahun, tanpa mengira kerakyatan atau kewarganegaraan. Pengenaan cukai bagi individu yang tidak bermastautin berdasarkan pendapatan diperolehi atau diterima di Malaysia.

Kadar Cukai Tidak Bermastautin

Jenis-Jenis Pendapatan

Kadar (%)

Perniagaan, perdagangan atau profesion
Penggajian
Dividen
Sewa

26

(Tahun Taksiran 2010 – 2014)

25

(Mulai Tahun Taksiran 2015)

28

(Mulai Tahun Taksiran 2016)

Penghibur Awam
Faedah

15

Royalti

10

Bayaran untuk perkhidmatan yang diberi oleh seseorang bukan pemastautin atau pekerjanya berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai olehnya, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, jentera atau alat-alat lain yang dibeli daripada bukan pemastautin

Bayaran untuk nasihat teknikal, bantuan atau perkhidmatan yang diberi berkaitan pengurusan atau pentadbiran teknikal apa-apa perusahaan, usaha, projek atau skim saintifik, perindustrian atau perdagangan

Sewa atau apa-apa pembayaran berhubung penggunaan harta benda yang boleh dialihkan

 

Anda tidak dikenakan cukai jika

  • Bekerja di Malaysia kurang dari 60 hari
  • Bekerja di atas kapal Malaysia
  • Berumur 55 tahun dan menerima pencen daripada penggajian Malaysia
  • Menerima faedah bank
  • Menerima dividen yang dikecualikan cukai

Jika dikenakan cukai, anda dikehendaki mengisi Borang M .


Pendaftaran Fail Cukai

Mendaftar Fail Cukai

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dikemukakan ke cawangan yang berhampiran dengan alamat surat menyurat anda atau di mana-mana cawangan LHDNM yang dapat memudahkan anda berurusan di masa hadapan tanpa merujuk kepada alamat surat menyurat anda.

Dokumen Pendaftaran

Sila kemukakan dokumen-dokumen berikut bersama borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai:

a. Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini/Slip Gaji terkini,
b. Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa,
c. Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Borang permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh didapati di mana-mana kaunter LHDNM yang berdekatan; atau

Mendaftar Secara On-line

Anda boleh mendaftar secara on-line di e-Daftar

 

 


Soalan Lazim (Individu)

 

KATEGORI AM
TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR CUKAI
Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM.  Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk :
a. Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat
b. Lapor Pendapatan Tahunan
c. Bayar Cukai Pendapatan
Adakah Anda Individu Tersebut? Sekiranya YA, sila rujuk tiga (3) langkah seperti di bawah :
LANGKAH 1 : DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN / KEMASKINI MAKLUMAT
1. Adakah saya perlu mendaftar nombor cukai pendapatan?
Ya, tuan perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya tuan adalah seorang :
  • Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  • Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  • Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  • Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  • Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  • Individu yang menjual/membeli hartanah
2. Bagaimanakah cara mendaftar nombor cukai pendapatan?
Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :
  • atas talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di http://edaftar.hasil.gov.my ; atau
  • manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan.
3. Apakah dokumen sokongan yang diperlukan semasa pendaftaran nombor cukai pendapatan?
Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Pendaftaran secara e-Daftar :

  • Paspot bagi bukan warganegara Malaysia
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)

Pendaftaran secara manual :

  • Borang CP600
  • Kad pengenalan (kad pengenalan baharu, tentera, polis atau paspot)
  • Sijil Pendaftaran Perniagaan (bagi individu menjalankan perniagaan)
  • Penyata pendapatan/slip gaji
4. Saya dapat tahu saya mempunyai dua fail cukai pendapatan. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya tuan mempunyai lebih daripada satu fail cukai pendapatan, tuan dinasihatkan untuk merujuk ke cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan bagi tujuan pengemaskinian status fail tersebut.
5. Mengapa saya tidak pernah menerima apa-apa makluman berhubung percukaian daripada LHDNM?
Keadaan ini berlaku berkemungkinan disebabkan maklumat perhubungan dalam rekod LHDNM adalah berbeza. Sebagai contoh, alamat surat-menyurat yang digunakan adalah alamat majikan (majikan lama) atau alamat surat-menyurat telah berubah (tidak dikemaskini).Tuan juga boleh hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk urusan percukaian tuan.
KEMASKINI MAKLUMAT
6. Sekiranya alamat surat-menyurat dalam rekod LHDNM adalah berbeza dengan alamat saya, bagaimanakah cara untuk saya mengemaskini maklumat tersebut?
Tuan dinasihatkan memaklumkan kepada pihak LHDNM dengan kadar segera apabila terdapat perubahan ke atas sebarang maklumat peribadi tuan. Pengemaskinian  maklumat peribadi boleh dibuat secara :
Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
  • Alamat surat-menyurat/alamat kediaman
  • Alamat perniagaan (jika berkenaan)
  • Alamat e-mel peribadi
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Nombor paspot (bagi individu bukan warganegara Malaysia)
  • Nama dan nombor akaun bank (jika berkenaan)
  • Taraf perkahwinan
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)
Bagi pengemaskinian alamat surat menyurat, alamat e-mel peribadi dan nombor telefon; sila gunakan Borang Permohonan Pertukaran Alamat (CP600B) dan salinan dokumen pengenalan untuk tujuan tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan mengemaskini maklumat peribadi yang lain, tuan dikehendaki untuk mengemukakan satu surat pemberitahuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan.
KATEGORI PENAKSIRAN
LANGKAH 2 : LAPOR PENDAPATAN TAHUNAN
7. Saya telah daftar nombor cukai pendapatan. Apa yang perlu saya buat?
Tuan sebagai pembayar cukai adalah bertanggungjawab untuk:
  • Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing;
  • Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat;
  • Mengira cukai pendapatan; dan
  • Menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja selama tujuh (7) tahun bagi tujuan pengauditan.
8. Adakah saya perlu mengemukakan rekod, dokumen dan helaian kerja bersama BNCP?
Pembayar cukai tidak perlu menghantar rekod, dokumen dan helaian kerja bersama dengan BNCP; tetapi ianya hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun. Pengiraan tempoh tujuh tahun adalah bermula dari akhir tahun dalam mana BNCP tersebut telah dikemukakan.
9. Apakah contoh rekod, dokumen dan helaian kerja tersebut?
  • Borang EA/EC
  • Baucar dividen
  • Resit premium insurans
  • Resit pembelian buku
  • Resit perubatan
  • Resit derma
  • Resit pembayaran zakat
  • Sijil kelahiran anak
  • Sijil nikah
  • Dokumen-dokumen sokongan lain
  • Helaian kerja (jika ada)
10. Apakah tindakan yang akan diambil oleh LHDNM sekiranya saya tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan saya?
Sekiranya tuan tidak menyimpan rekod–rekod perniagaan tuan, di bawah seksyen 119A, ACP 1967, tuan boleh didakwa di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan, tuan boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.
11. Apakah jenis borang yang perlu saya isi?
Sekiranya tuan adalah :
Individu tidak menjalankan perniagaan, sila lengkapkan :

  • Borang BE – Pendapatan Penggajian dan Pendapatan Lain (Tidak Menjalankan Perniagaan) Bagi Individu Pemastautin
  • Borang M – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain Bagi Individu Tidak Pemastautin
  • Borang BT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan / Pekerja Berkepakaran) Bagi Individu Pemastautin
  • Borang MT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan) Bagi Individu Tidak Pemastautin

Individu menjalankan perniagaan, sila lengkapkan :

  • Borang B – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain Bagi Individu Pemastautin
  • Borang M – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain Bagi Individu Tidak Pemastautin
  • Borang BT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan / Pekerja Berkepakaran) Bagi Individu Pemastautin
  • Borang MT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan) Bagi Individu Tidak Pemastautin
12. Bilakah tarikh akhir penghantaran borang cukai?
Tarikh akhir penghantaran BNCP adalah :

  • Individu tidak menjalankan perniagaan : sebelum atau pada 30 April
  • Individu menjalankan perniagaan : sebelum atau pada 30 Jun
13. Adakah penalti akan dikenakan jika saya lewat mengemukakan BNCP?
Ya, kegagalan menghantar BNCP dalam tempoh yang ditetapkan adalah menjadi kesalahan dan boleh dikenakan penalti / kenaikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
14. Saya akan bekerja di luar negara. Apakah yang perlu saya buat?
Sekiranya tuan akan bekerja di luar negara, tindakan berikut perlu diambil :
Majikan :Majikan tuan bertanggungjawab memaklumkan kepada LHDNM dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian. Majikan juga perlu melengkapkan Borang CP21 (Pemberitahuan Oleh Majikan Bagi Pekerja Yang Hendak Meninggalkan Malaysia) dan menghantar ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan. Majikan perlu menahan apa-apa bayaran yang kena dibayar kepada tuan  sehingga Surat Penyelesaian Cukai (SPC) diterima.

Pekerja :

Tuan perlu memaklumkan secara bertulis (surat) berserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada  cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan berhubung status tuan yang tidak mempunyai apa-apa pendapatan di Malaysia disebabkan akan/telah bekerja di luar negara.

15. Sekiranya saya telah bekerja di luar negara, adakah pendapatan tersebut dikenakan cukai di Malaysia?
Pada amnya, pendapatan daripada penggajian sepatutnya dikenakan cukai di negara di mana perkhidmatan dilakukan tanpa mengira tempat di mana kontrak ditanda tangan atau di mana saraan dibayar.

Mulai Tahun Taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja (Perenggan 28(1), Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967).

Sekiranya tuan telah bekerja di luar negara dan pekerjaan yang dijalankan berkaitan dengan penggajian yang dijalankan di Malaysia, maka pendapatan penggajian yang diperolehi akan dikenakan cukai di Malaysia.

Tuan boleh melayari Portal Rasmi LHDNM, www.hasil.gov.my >> Pautan Dalaman >> Ketetapan Umum >> No.1/2011 – Percukaian Pekerja Malaysia Yang Dihantar Bertugas Di Luar Negara untuk semakan lanjut.

16. Saya telah berhenti kerja pada tahun 2015 dan bekerja semula pada pertengahan tahun 2016 di mana, pendapatan tahunan saya kurang daripada RM 34,000. Adakah saya perlu mengemukakan BNCP bagi tahun taksiran 2016?
Mengikut peruntukan seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 setiap orang (selain daripada syarikat, badan amanah dan koperasi) adalah dikehendaki mengemukakan BNCP yang ditetapkan kepada Ketua Pengarah:-

  • Individu yang menjalankan suatu Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain sebelum atau pada 30 Jun
  • Individu yang menerima Pendapatan Penggajian dan Pendapatan Lain (tidak menjalankan perniagaan) sebelum atau pada 30 April

dalam tahun berikutan sesuatu tahun taksiran.
Dengan syarat:

  • Mempunyai pendapatan boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu; atau
  • Tidak mempunyai pendapatan boleh dikenakan cukai bagi tahun taksiran itu tetapi mempunyai pendapatan boleh dikenakan cukai atau telah mengemukakan BNCP atau telah dikehendaki mengemukakan BNCP bagi tahun taksiran sebelum tahun taksiran tersebut.
17. Bagaimanakah saya ingin mengetahui BNCP yang dihantar secara e-filing, telah berjaya dikemukakan?
BNCP akan dianggap berjaya dihantar apabila paparan Pengesahan Penerimaan e-Borang bagi tahun taksiran berkenaan dipaparkan.
18. Selepas menghantar borang cukai pendapatan, saya menyedari bahawa pendapatan yang dilaporkan adalah tidak tepat. Perlukah saya mengisi borang yang baru dan menghantar semula ke Pusat Pemprosesan Maklumat LHDNM?
Tuan tidak dibenarkan menghantar borang cukai pendapatan lebih daripada sekali bagi sesuatu tahun taksiran. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan menghantar surat rayuan (yang menyatakan kesilapan yang telah dibuat), dokumen sokongan dan membuat pengiraan semula ke cawangan yang mengendalikan fail tuan. Namun, sekiranya pindaan tersebut melibatkan pendapatan terkurang lapor atau pelepasan terlebih lapor yang mengakibatkan cukai atau cukai tambahan dikenakan, tuan perlu mengisi Borang Nyata Terpinda BE/B. Borang Nyata Terpinda yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan.
19. Majikan saya telah membuat Potongan Cukai Bulanan (PCB). Perlukah saya menghantar borang cukai?
Ya, tuan perlu menghantar borang cukai dengan melaporkan pendapatan tahunan yang diisi dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada secara manual atau melalui aplikasi e-Filing sekiranya tuan tidak tertakluk di bawah PCB sebagai Cukai Muktamad.
20. Bagaimanakah cara untuk pengisian borang cukai pendapatan secara manual?
Tuan perlu merujuk kepada Buku Panduan mengisi borang cukai pendapatan.Sila rujuk portal rasmi www.hasil.gov.my > Muat Turun > Borang/Info > Individu > pilih Tahun Taksiran > Buku Panduan / Nota Penerangan .
21. Saya telah berpindah kerja dari Kuantan dan pada masa ini saya bekerja di Shah Alam tetapi fail cukai pendapatan saya masih di LHDN Cawangan Kuantan. Bolehkah fail cukai pendapatan saya dipindahkan ke Shah Alam ?
Anda boleh menghubungi LHDNM Cawangan Kuantan untuk meminta fail cukai anda dipindahkan ke LHDNM Cawangan Shah Alam. Anda mesti memberitahu Cawangan terbaru (dalam kes ini Cawangan Shah Alam) bagi pertukaran alamat anda di masa akan datang.
22. Bolehkah saya menuntut perbelanjaan perubatan yang dibelanjakan atas diri saya sendiri ?
Anda boleh menuntut perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius yang dibelanjakan atas diri anda, isteri/suami atau anak sehingga maksimum RM6,000.00 setahun dan perbelanjaan perubatan bagi ibubapa anda sehingga RM5,000.00 setahun. Tuntutan anda hendaklah disokong dengan resit asal yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan.
23. Adakah jumlah anak yang layak bagi pelepasan dihadkan di bawah Akta Cukai Pendapatan ?
Tiada had jumlah anak, bagaimanapun pelepasan hanya diberi bagi anak di bawah tanggungan yang belum berkahwin di mana mereka adalah :

  • berumur kurang daripada 18 tahun;
  • jika melebihi umur 18 tahun, hendaklah masih belajar sepenuh masa atau masih di bawah latihan (articleship) atau ikatan dalam perusahaan atau profesion; atau
  • kurang upaya secara fizikal atau mental yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (pelepasan bagi anak kurang upaya secara fizikal atau mental adalah RM6,000.00).
24. Saya akan bersara daripada perkhidmatan awam, bagaimana saya mendapatkan sijil penyelesaian cukai pendapatan saya ?
Anda boleh hubungi Cawangan Penaksiran di mana fail cukai pendapatan anda didaftarkan dan bawa bersama Borang CP22B (Notis Pemberhentian Pekerjaan) yang telah diisikan oleh majikan anda. Sila pastikan bahawa majikan anda mengemukakan Borang CP22B ke Cawangan Penaksiran LHDN yang berkenaan, 6 bulan sebelum anda bersara.
25. Jika saya membuat derma ke tabung masjid, bolehkah saya menuntut potongan daripada cukai saya ?
Anda boleh membuat tuntutan potongan bagi derma yang telah dibuat, bagaimanapun derma itu hendaklah dibuat ke badan atau tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah. Selalunya kelulusan (pemberitahu menerusi warta) berkenaan dinyatakan atas resit derma.
26. Bagaimana hendak mengetahui derma yang dibuat adalah kepada badan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia?
Anda boleh menyemak di portal rasmi LHDNM> Pautan Dalaman > Senarai Institusi Atau Organisasi Yang Diluluskan Dibawah Subseksyen 44(6) ACP 1967. Resit derma mesti menunjukkan frasa “Derma ini adalah di bawah Subseksyen 44(6) ACP 1967”.
27. Sekiranya saya telah membuat pembayaran zakat ke Pusat Pungutan Zakat, adakah ianya diambil kira dalam pengiraan cukai?
Ya kerana individu bermastautin di Malaysia yang mempunyai pendapatan bercukai layak menuntut rebat cukai atas bayaran zakat, fitrah atau lain-lain yang diwajibkan oleh agama Islam kepada pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Jumlah rebat yang dibenarkan kepada individu adalah dihadkan kepada jumlah cukai pendapatan yang dikenakan untuk suatu tahun taksiran.

  • “Pihak berkuasa agama yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis” adalah termasuk Pusat Pungutan Zakat dan Majlis Ugama Islam Negeri.
  • “Undang-undang bertulis” bermaksud enakmen perundangan atau instrumen perundangan yang berkuatkuasa di Malaysia.
28. Adakah zakat yang dimaksudkan zakat pendapatan atau zakat harta?
Zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun kalendar tersebut.
29. Bagaimana saya boleh menuntut pelepasan cukai Seksyen 132 dan 133?
Seksyen 132 – Merujuk kepada tolakan cukai berhubung pendapatan dari Malaysia yang dikenakan cukai di Malaysia dan juga di luar Malaysia. Rujuk Buku Panduan Borang BE untuk menentukan negara-negara yang membuat perjanjian pengelakan percukaian dua kali dengan Malaysia. Pengiraan boleh dibuat di HK-8 Buku Panduan Borang BE.

Seksyen 133 – Merujuk kepada potongan cukai bagi satu pihak sahaja iaitu negara-negara yang tidak memeterai perjanjian pengelakan percukaian dua kali dengan Malaysia dan pengiraan boleh dibuat di HK-9 Buku Panduan Borang BE.

30. Apakah yang dimaksudkan dengan PCB sebagai Cukai Muktamad?
PCB sebagai Cukai Muktamad membenarkan pembayar cukai yang layak memilih untuk tidak menghantar BNCP secara e-Filing atau manual yang berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran 2014. Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian sahaja dan mempunyai PCB boleh memilih untuk tidak mengisi dan menghantar BNCP mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
31. Apakah syarat-syarat PCB sebagai Cukai Muktamad?
Syarat-syarat PCB sebagai Cukai Muktamad adalah :

  • Mempunyai satu punca pendapatan penggajian sahaja di bawah seksyen 13 ACP 1967, termasuk Manfaat Berupa Barangan (MBB) dan Nilai Tempat Kediaman (NTK);
  • PCB dipotong mengikut Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan di bawah tahap dikenakan potongan (PCB sifar);
  • Berkhidmat dengan majikan yang sama;
  • Cukai tidak ditanggung oleh majikan; dan
  • Suami atau isteri membuat pilihan taksiran berasingan.
32. Saya seorang jurutera dan ada membayar yuran professional kepada Persatuan Jurutera-Jurutera. Di mana saya boleh tuntut bayaran ini?
Sila tolak dari Penggajian kasar (seperti di dalam EA). Amaun perlu diisi dalam ruangan Pendapatan berkanun penggajian (amaun penggajian bersih yang telah ditolak yuran professional).
33. Saya mempunyai pendapatan sewa dari sebuah rumah dan mempunyai perbelanjaan berkaitan sewa. Bagaimana saya mengira pendapatan dan menuntut perbelanjaan ini?
Anda boleh membuat pengiraan seperti di HK-4 (Butir-Butir Harta / Aset dan Jumlah Sewa) di Buku Panduan Borang BE untuk mendapatkan sewa bersih dan jumlah ini dipindahkan ke ruangan pendapatan berkanun sewa . Selain itu, anda boleh menolak perbelanjaan tersebut daripada jumlah sewa kasar. Sila pastikan perbelanjaan tersebut adalah perbelanjaan dibenarkan.
34. Saya ada menerima pencen. Perlukah saya laporkan pendapatan pencen saya. Bagaimana saya perlu isi dalam Borang BE?
Pendapatan pencen perlu dilaporkan apabila:

      • Bersara sebelum umur 55 tahun

    Sekiranya anda bersara sebelum umur 55 tahun, pencen anda layak dikenakan cukai pendapatan sehingga anda berumur 55 tahun. Sila isikan pendapatan pencen tersebut di ruangan Pencen, anuiti dan bayaran berkala lain.

  • Jika seseorang yang menerima lebih dari satu pencen, jumlah pencen yang tertinggi sahaja yang dikecualikan cukai. Rujuk Perenggan 16 Jadual 6 Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • Pencen terbitan
    Pencen terbitan yang diterima tidak dikenakan cukai.
    Contoh: Isteri/suami terima pencen (terbitan) di atas kematian pasangan. Pencen ini tidak dikenakan cukai.
35. Pada awal tahun pendapatan saya hanyalah daripada gaji sahaja, namun pada pertengahan tahun saya mula berniaga secara kecil-kecilan. Adakah saya perlu mengisi kedua-dua Borang B dan BE?
Anda hanya perlu mengisi Borang B sahaja jika anda mempunyai pendapatan perniagaan dan juga anda perlu mengembalikan Borang B selewat–lewatnya pada 30 Jun. Sila isikan pendapatan penggajian anda dalam borang B yang sama.
PENERANGAN RINGKAS:
SKIM PERSARAAN SWASTA (Private Retirement Scheme)
36. Saya mula mencarum kepada skim persaraan swasta (private retirement scheme) pada Oktober 2012. Adakah saya layak mendapat pelepasan bagi caruman ini?
Ya, anda layak. Pelepasan cukai bagi caruman skim ini berkuatkuasa selama 10 tahun mulai Tahun Taksiran 2012 sehingga Tahun Taksiran 2021. Pelepasan terhad kepada tuntutan maksimum RM 3000 bagi setiap Tahun Taksiran.Pelepasan boleh dibuat di ruangan SKIM PERSARAAN SWASTA DAN ANUITI TERTUNDA (DEFERRED ANNUITY).
37. Gaji kasar saya pada November 2012 adalah RM 4,000. Majikan membuat potongan gaji saya untuk skim persaraan swasta (private retirement scheme) sebanyak RM 450 setiap bulan dan caruman majikan adalah RM 760. Apakah amaun layak saya tuntut?
Anda layak tuntut RM 450 x 2 bulan = RM 900 sahaja bagi Tahun Taksiran 2012. Mulai Tahun Taksiran 2013, amaun caruman setahun adalah RM 5400 (RM 450 x12 bulan) tetapi tuntutan terhad kepada RM 3000 sahaja. Amaun caruman oleh pihak majikan tidak diambilkira dalam menentukan amaun pelepasan.
38. Adakah pendapatan diterima oleh skim persaraan swasta (private retirement scheme) dikenakan cukai?
Pendapatan yang diterima oleh skim persaraan swasta ini dikecualikan daripada cukai di bawah perenggan 20, Jadual 6 ACP 1967.
39. Bagaimana jika saya mengeluarkan caruman skim persaraan swasta (private retirement scheme) sebelum mencapai umur 55 tahun?
Berkuatkuasa 01 Januari 2013, pencarum akan dikenakan cukai muktamad pada kadar 8% jika membuat pengeluaran awal sebelum mencapai umur 55 tahun. Peruntukan ini tidak terpakai bagi pengeluaran yang disebabkan kematian atau pencarum meninggalkan Malaysia selama-lamanya (leaving permanently).
40. Saya ingin mengeluarkan caruman skim persaraan swasta berjumlah RM 30,000 sebelum mencapai umur 55 tahun. Berapakah cukai muktamad perlu dibayar?
Pencarum akan dikenakan cukai muktamad sebanyak RM 2400 (RM 30000 x 8%).
41. Saya ingin mengeluarkan caruman skim persaraan swasta (private retirement scheme) pada umur 45 tahun. Siapakah bertanggungjawab untuk membuat bayaran cukai muktamad 8% tersebut?
Penyedia PRS (private retirement scheme) perlu memotong cukai sebanyak 8% dan meremitkan kepada KPHDN dalam tempoh 1 bulan selepas membuat bayaran kepada tuan.
42. Jika penyedia PRS tersebut tidak membuat bayaran cukai muktamad 8%?
Sekiranya penyedia PRS telah membuat bayaran kepada penerima tanpa memotong cukai muktamad 8% dan sanggup membayar cukai muktamad tersebut sendiri kepada KPHDN, maka penyedia PRS boleh mendapatkan kembali amaun cukai muktamad tersebut daripada tuan.
43. Siapakah penyedia skim persaraan swasta (private retirement scheme) ini?
Penyedia PRS merujuk kepada penyedia yang diluluskan di bawah seksyen 139Q, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Sila rujuk laman web Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk maklumat lanjut.
KATEGORI PUNGUTAN
LANGKAH 3 : BAYAR CUKAI PENDAPATAN
44. Sekiranya saya dikenakan cukai, berapakah amaun cukai sebenar yang perlu saya bayar?
Untuk mengetahui amaun cukai sebenar, perbandingan hendaklah dibuat antara jumlah Potongan Cukai Bulanan (PCB) yang telah dipotong dan cukai kena dibayar. Jika PCB yang dibayar tidak mencukupi, maka amaun perbezaan (iaitu antara jumlah PCB dengan cukai kena dibayar) hendaklah dibayar kepada LHDNM.
45. Bagaimanakah saya hendak menjelaskan bayaran baki cukai?
Terdapat tiga (3) kaedah pembayaran iaitu:-
a) Secara atas talian (online) melalui aplikasi ByrHasil : https://byrhasil.hasil.gov.my/

  • Bayaran melalui perbankan internet dengan bank-bank ahli FPX.
    Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai Gateway untuk pengguna membayar cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.
  • Bayaran melalui kad kredit VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia.
    b) Melalui ejen-ejen kutipan LHDNM

    • Bayaran di Kaunter Ejen
    • Bayaran Melalui Internet
    • Bayaran Melalui ATM
    • Bayaran Melalui Tele-Perbankan
    • Bayaran Melalui Mesin Deposit Cek (Cheque Deposit Machine)
    • Bayaran Melalui Mesin Deposit Wang (Cash Deposit Machine)

c) Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu LHDNM
Bayaran boleh dibuat secara :

  • Terus ke Kaunter Bayaran LHDNM :

Semenanjung Malaysia :  PUSAT BAYARAN KUALA LUMPUR
                                                        KAUNTER BAYARAN
        ARAS TANAH, BLOK 8A
        KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN
        JALAN TUANKU ABDUL HALIM
        50600 KUALA LUMPUR

Sabah dan WP Labuan : KAUNTER BAYARAN 
                                                     CAWANGAN KOTA KINABALU 
     TINGKAT BAWAH MENARA HASIL,
     JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
     88600 KOTA KINABALU, SABAH

Sarawak :  KAUNTER BAYARAN
                                                  CAWANGAN KUCHING 
  ARAS 1, MENARA HASIL,
  NO. 1, JALAN PADUNGAN,
  93100 KUCHING, SARAWAK

  • Melalui pos ke Pusat Bayaran LHDNM :

Semenanjung Malaysia :  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
                                                        PUSAT BAYARAN KUALA LUMPUR
        UNIT OPERASI KUTIPAN HASIL (KAUNTER BAYARAN)
        TINGKAT 2 KIRI, BLOK 8A
        KOMPLEKS BANGUNAN KERAJAAN
        JALAN TUANKU ABDUL HALIM
        50600 KUALA LUMPUR

Sabah dan WP Labuan : LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
                                                     CAWANGAN KOTA KINABALU 
     TINGKAT BAWAH MENARA HASIL,
     JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
     88600 KOTA KINABALU, SABAH

Sarawak :  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
                                                  CAWANGAN KUCHING 
  ARAS 1, MENARA HASIL,
  NO. 1, JALAN PADUNGAN,
  93100 KUCHING, SARAWAK
46. Apakah maklumat yang perlu dikemukakan semasa membayar cukai?

Maklumat bayaran yang diperlukan adalah :

  • Nombor cukai pendapatan
  • Nama dan nombor pengenalan
  • Tahun taksiran
  • Kod bayaran
  • Nombor ansuran
  • Jumlah bayaran

Resit pembayaran dan slip bank hendaklah disimpan untuk rekod serta rujukan.
47. Bilakah tarikh akhir bayaran baki cukai bagi individu?

Tarikh akhir bayaran baki cukai bagi individu yang:

  • Tidak menjalankan perniagaan : sebelum atau pada 30 April
  • Menjalankan perniagaan : sebelum atau pada 30 Jun

48. Saya hendak membuat pembayaran cukai individu, apakah kod bayaran yang perlu digunakan?Kod bayaran cukai individu adalah 084 atau 095.
49. Bagaimanakah bayaran baki cukai boleh dibuat sekiranya saya berada di luar negara?

Bayaran cukai pendapatan melalui pindahan wang dari luar Negara boleh dilakukan dengan dua cara iaitu :

  • Melalui Telegraphic Transfer (TT)/ Interbank Transfer Giro(IBG)/ Electronic Fund Transfer (EFT)
  • Melalui Bank Draft

50. Saya menerima surat Arahan Potongan Gaji CP38 sedangkan majikan telah memotong PCB dalam gaji bulanan saya. Apakah maksud CP38?PCB merupakan potongan cukai berdasarkan Jadual PCB ke atas saraan pekerja yang layak dan diremitkan ke LHDNM setiap bulan, manakala potongan CP38 pula hanya boleh dilakukan sekiranya LHDNM telah mengeluarkan arahan khusus kepada majikan supaya membuat potongan untuk amaun tertentu dalam bulan-bulan yang tertentu. Potongan CP38 adalah untuk menyelesaikan cukai yang tertunggak manakala PCB adalah untuk cukai bagi tahun taksiran semasa.
51. Bagaimanakah saya hendak membuat bayaran Arahan Potongan CP38?Majikan adalah bertanggungjawab untuk membuat bayaran Arahan Potongan CP38. Pembayaran hendaklah dibuat bersama-sama dengan PCB tetapi majikan perlu mengasingkan jumlah bayaran mengikut ruangan PCB dan CP38 yang disediakan di dalam Borang CP39.
52. Bagaimana saya boleh merayu untuk meminda jumlah bayaran ansuran CP500?Sila hantar borang CP502 yang dilampirkan bersama notis CP500 yang telah dihantar kepada pembayar cukai. Permohonan pindaan bayaran ansuran ini hendaklah dibuat tidak lewat dari 30 Jun bagi tahun yang berkenaan. Sila hantar permohonan ke cawangan LHDNM di mana fail cukai pendapatan anda dikendalikan.
53. Adakah penalti akan dikenakan jika bayaran lewat?Penalti lewat bayaran baki cukai sebanyak 10% akan dikenakan bagi amaun yang tidak dibayar selepas 30 April tahun berikutan tahun taksiran. Jika masih gagal membayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh penalti dikenakan, penalti tambahan sebanyak 5% akan dikenakan ke atas amaun yang masih terhutang.
BAYARAN BALIK54. Bilakah saya akan menerima bayaran balik lebihan kredit cukai tahun semasa saya ?

Tuan akan menerima bayaran balik dalam tempoh:

  • 30 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang sekiranya borang dikemukakan pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan bagi penghantaran melalui e-filing.
  • 90 hari bekerja dari tarikh penghantaran borang sekiranya borang dikemukakan pada atau sebelum tarikh akhir pengemukaan bagi penghantaran borang kertas.

55. Saya telah membuat penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sebelum tarikh akhir dan layak menuntut bayaran balik. Perlukah saya membuat permohonan bagi menuntut bayaran balik tersebut.Tidak perlu. Bayaran balik akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja baki kes penghantaran secara e-Filing atau 90 hari bekerja baki kes penghantaran secara pos atau serahan tangan.
56. Mengapa saya masih belum menerima bayaran balik dalam tempoh seperti yang dinyatakan di dalam Piagam Pelanggan LHDNM?Kelewatan bayaran balik diproses mungkin disebabkan oleh pihak LHDNM perlu membuat pengauditan terhadap Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dikemukakan oleh tuan. Walaubagaimanapun, tuan dinasihatkan untuk menghubungi Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line bagi mendapatkan maklumat lanjut.
57. Saya membuat penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan selepas tarikh akhir penghantaran borang, bilakah saya akan memperolehi bayaran balik?Pembayaran balik akan diproses setelah penalti lewat hantar dikenakan ke atas tuan.
58. Saya masih belum menerima bayaran balik walaupun sudah lebih daripada 3 bulan dari tarikh penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan.Tuan boleh menghubungi Cawangan dimana fail tuan dikendalikan atau Pegawai Perhubungan Awam Cawangan berkenaan atau hubungi Hasil Care Line di talian tanpa tol 1-800-88-5436 (LHDN ) bagi membuat semakan status bayaran balik tuan.
59. Saya layak mendapat bayaran balik (dividen), perlukah saya membuat penghantaran baucer dividen saya ke Cawangan LHDN?Baucer dividen tidak perlu dihantar kecuali jika diminta oleh pegawai LHDNM yang mengendalikan fail tuan.
60. Saya ada menerima surat memaklumkan bayaran balik saya telah diluluskan, tetapi saya masih tidak merima cek bayaran balik tersebut.Cek tersebut akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh bayaran bayaran balik diluluskan. Jika tuan masih tidak menerimanya selepas tempoh tersebut, sila hubungi Cawangan LHDN yang mengendalikan fail tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 1-800-88-5436 (LHDN) untuk membuat semakan.
61. Cek yang saya terima telah luput tarikh, apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan cek gantian?Tuan diminta menghubungi Cawangan yang mengendalikan fail cukai pendapatan tuan atau Hasil Care Line di talian tanpa tol 1-800-88-5436 (LHDN) bagi tindakan pengeluaran cek gantian.

 

 

 

Sumber: Portal Utama Lembaga Hasil Dalam  Negeri

Advertisements

Categories: Kewangan & Perniagaan

Leave a Reply