
PERNIAGAAN DAN PERKONGSIAN
PENGENALAN
Keuntungan yang diperolehi daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian atau profesion adalah merupakan pendapatan yang layak dikenakan cukai.
Perniagaan terdiri daripada:
- Milikan Tunggal /Bekerja Sendiri
- Individu yang menjalankan perniagaan secara perseorangan
- Perkongsian
- Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
- Individu-individu
- Dua syarikat
- Individu dan syarikat
- Individu dan pemegang amanah bagi sesuatu penyelesaian
- Meliputi sebarang bentuk kerjasama antara dua atau lebih pihak bagi menyatukan hak, kuasa, tenaga kerja atau kemahiran dalam menjalankan perniagaan dan mewujudkan perkongsian keuntungan. Perkongsian mungkin wujud di antara :
Contoh Perniagaan :
- Perniagaan runcit
- Perniagaan jualan langsung
- Pertanian dan penternakan
- Perniagaan gerai
- Klinik, firma guaman atau lain-lain pengamal professional
- Bidang penulisan dan lakonan
- Broker Saham
TANGGUNGJAWAB
- Mendaftar sebagai pembayar cukai apabila telah memulakan perniagaan – Daftar Fail
- Mendapatkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dari cawangan LHDNM yang berhampiran (jika belum terima)
- Melengkapkan Borang B (Milikan Tunggal) dan Borang P (Perkongsian)
- Menyediakan penyata akaun dan penyata lain-lain pendapatan seperti penyata sewa dan penyata komisen
- Mendapatkan ejen cukai bertauliah untuk penyediaan akaun (jika perlu)
- Merujuk dokumen sokongan seperti resit insurans nyawa, resit derma, resit buku, resit zakat untuk tujuan tuntutan potongan, pelepasan dan rebat
- Merujuk Nota Penerangan sebagai panduan – nota penerangan Borang B / nota penerangan Borang P
- Maklumat tambahan perkongsian
- Ahli Kongsi Utama bertanggungjawab untuk mengisi Borang P dan menyediakan CP30 untuk setiap ahli kongsi- Borang CP30
- CP30 menunjukkan agihan pendapatan (keuntungan/kerugian) kepada ahli-ahli kongsi
- Setiap ahli kongsi perlu melaporkan penerimaan pendapatan daripada perkongsian di dalam Borang B masing-masing
- Ahli Kongsi Utama juga bertanggungjawab maklumkan LHDNM secara bertulis sekiranya perkongsian tamat/ditukar kepada Milikan Tunggal/Syarikat Sendirian Berhad
- Suami dan isteri perlu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan secara berasingan
- Mengira sendiri cukai pendapatan
- Menyemak dan TANDATANGAN Borang Nyata yang telah lengkap diisi
- Menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan pada tarikh yang telah ditetapkan
- Dokumen sokongan seperti rekod perniagaan, CP30 dan resit tuntutan tidak perlu dikemukakan
- Menyimpan semua rekod perniagaan dan dokumen sokongan untuk potongan, pelepasan serta rebat selama 7 tahun
- Rekod perniagaan meliputi penyata akaun untung rugi, kunci kira-kira perniagaan serta rekod jualan, belian, stok resit, bil dan penyata bank
- Tarikh akhir penghantaran Borang B dan Borang P ialah pada atau sebelum 30 Jun
- Tarikh akhir pembayaran baki cukai (jika ada) ialah pada atau sebelum 30 Jun
- Mematuhi arahan bayaran ansuran (CP500) – Skim Ansuran CP500
PENDAPATAN KASAR PERNIAGAAN
Pendapatan kasar perniagaan termasuk :
- Penerimaan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan
- Semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan perkhidmatan yang diberikan
- Penerimaan berupa barangan
- Hutang lapuk perniagaan yang pulih
- Pampasan insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan
- Pengeluaran atau pengambilan stok dagangan untuk kegunaan sendiri
PENDAPATAN LARASAN DARI SUMBER PERNIAGAAN
Ditentukan daripada pendapatan kasar ditolak perbelanjaan berikut :
- Perbelanjaan perniagaan dibenarkan
- Perbelanjaan khusus yang dibenarkan
- Potongan perbelanjaan dua kali di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
- Elaun Eksport
PERBELANJAAN PERNIAGAAN
Dibenarkan |
Tidak Dibenarkan |
---|---|
Perbelanjaan yang dilakukan di dalam menghasilkan pendapatanContoh:
|
Perbelanjaan bagi tujuan persendirian
Contoh:
|
Perbelanjaan pembelian aset peribadiContoh :
|
|
Perbelanjaan permulaan
Contoh :
|
PERBELANJAAN KHUSUS YANG DIBENARKAN
Di antara perbelanjaan khusus yang dibenarkan sebagai tolakan ialah :
- Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja kurang upaya (OKU)
- Perbelanjaan bagi penerbitan dalam Bahasa Kebangsaan
- Sumbangan kepada perpustakaan
- Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau Projek Awam
- Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelengaraan Pusat Asuhan Kanak-Kanak untuk manfaat pekerja
- Perbelanjaan majikan bagi penyediaan kumpulan muzik atau kebudayaan
- Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan
ELAUN MODAL
Diberi tolakan daripada pendapatan perniagaan sebagai ganti kepada perbelanjaan susutnilai bagi pembelian aset yang digunakan di dalam perniagaan
- Contoh aset yang digunakan di dalam perniagaan ialah kereta, mesin, alat pejabat, perabot dan komputer
- Syarat yang melayakkan tuntutan elaun modal ialah :
- Menjalankan perniagaan
- Membeli aset perniagaan
- Aset digunakan di dalam perniagaan dan
- Tuan punya aset
- Kadar elaun adalah bergantung kepada jenis aset tetap yang digunakan
- Jenis dan Kadar Elaun Modal ialah :
JENIS ELAUN |
JENIS ASET |
KADAR (%) |
---|---|---|
Elaun Permulaan | Semua jenis aset |
20 % |
Elaun Tahunan | Kenderaan Bermotor dan Jentera Berat |
20 % |
Loji dan Jentera |
14 % |
|
Peralatan Pejabat, Perabot dan Lekapan |
10 % |
|
Komputer |
40 % |