Keluarga Bahagia

Apakah Faktor Risiko Yang Menyebabkan Penderaan Kanak-kanak?

Tiada satu faktor pun yang dapat menerangkan kenapa sebahagian individu bersikap ganas terhadap kanak-kanak atau kenapa penderaan berlaku dalam sesuatu masyarakat lebih kerap berbanding dengan sesetengah masyarakat yang lain.

Risiko penderaan meningkat jika terdapat faktor-faktor tertentu dikalangan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.

Faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:

Faktor risiko kanak-kanak

  • Bayi pramatang, ketaknormalan sejak lahir, kurang berat badan, terdedah kepada toksin sejak dalam kandungan.
  • Panas baran : susah atau lambat untuk bertindak.
  • Fizikal/kognitif/ketidakupayaan emosi, penyakit yang serius atau kronik.
  • Kecederaan semasa kecil.
  • Kumpulan rakan sebaya yang anti sosial.
  • Umur – kanak-kanak muda lebih terdedah.
  • Kanak-kanak yang lasak, masalah perlakuan, kurang perhatian.

Faktor risiko ibu bapa

  • Faktor personaliti – agresif dan obsesi.
  • Penguasaan tindak balas yang lemah.
  • Kemurungan/kerisauan.
  • Kurang toleransi kepada kekecewaan.
  • Rasa tidak selamat.
  • Kurang percaya.
  • Rasa tidak selamat dengan ibu bapa sendiri.
  • Telah didera ketika zaman kanak-kanak.
  • Konflik keluarga, keganasan rumah tangga.

Faktor risiko keluarga

  • Struktur keluarga – ibu/bapa tunggal dengan kurang sokongan, jumlah anak yang ramai dalam satu rumah.
  • Pengasingan sosial, kurangnya sokongan.
  • Ibu bapa yang menghidap penyakit atau masalah mental.
  • Penyalahgunaan dadah.
  • Penceraian/perpisahan, terutamanya penceraian penuh konflik.
  • Umur.
  • Tahap tekanan yang tinggi.
  • Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak, sikap yang negatif dan perlakuan anak.
  • Kurang pengetahuan dan jangkaan tinggi mengenai perkembangan kanak-kanak.

Faktor risiko sosial/persekitaran

  • Kemiskinan.
  • Kitar kehidupan yang getir keadaan sosial yang sukar.
  • Tiada kemudahan kesihatan, insurans kesihatan, penjagaan anak yang mencukupi dan perkhidmatan sosial.
  • Ibu bapa menganggur, tiada rumah sendiri.
  • Pengasingan sosial/kurangnya sokongan sosial.
  • Terdedah kepada perkauman/diskriminasi.
  • Sekolah yang kurang sumber kewangan.
  • Terdedah kepada toksin persekitaran.
  • Persekitaran kejiranan yang ganas/merbahaya.
  • Keganasan dalam komuniti.

close up of girl covering face

Apakah kesan penderaan kanak-kanak?

Akibat jangka pendek

Akibat gangguan emosi dan perlakuan

  • Rasa rendah diri
  • Lasak terlampau/hiperaktif
  • Mencederakan diri sendiri
  • Kurang hubungan rakan sebaya
  • Merasa malu/bersalah
  • Gangguan somatik, histeria
  • Penurunan prestasi pelajaran
  • Masalah pemakanan
  • Kemurungan, kerisauan
  • Penyalahgunaan dadah/alkohol

Akibat penderaan fizikal dan emosi

  • Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas.
  • Tiada empati (tidak memahami perasaan orang lain.
  • Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.
  • Menyalahkan orang lain.
  • Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional.

Akibat pengabaian emosi

  • Menyalahkan diri sendiri
  • Diam dan tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran
  • Berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa
  • Kawalan diri kurang, rasa rendah diri
  • Bersedih dan mudah menjadi murung

 

Akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak

Kesan kesihatan

  • Gangguan perkembangan.
  • Kurang upaya.
  • Masalah pemakanan.
  • Masalah tidur.
  • Kemurungan /kerisauan.
  • Kesan kesihatan reproduktif jangka panjang (long term reproductive health outcome).
  • Kegagalan fungsi seksual.
  • Kemandulan.

Kesan Sosial

  • Salah laku, perlakuan ganas.
  • Mencederakan/merosakkan diri sendiri.
  • Perlakuan berisiko tinggi.
  • Berkemungkinan besar menjadi ibu/bapa yang mendera anak.
  • Penyalahgunaan dadah/alkohol.

Akibat yang menyebabkan kematian

  • Membunuh (Homicide).
  • Membunuh diri (Suicide).
  • Membunuh anak (Infanticide).
  • AIDS.
  • Melakukan pengguguran haram mengikut jantina.
  • Kematian akibat kesan buruk kesihatan reproduktif.

 

Sumber rujukan: Portal MyHealth

Advertisements

Leave a Reply