Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagimana Memohon Zakat Bantuan Fardhu Kifayah ? ( Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak )

 

baitulmal1

Sejajar dengan peranannya, Tabung Baitulmal Sarawak telah mengorak langkah bergerak kehadapan bagi membela nasib umat Islam yang terhimpit dalam kemiskinan dan kemalaratan hidup. Umpamanya golongan mustadafin yang amat memerlukan sokongan dan bantuan termasuk saraan hidup.

Tabung Baitulmal Sarawak telah mewujudkan satu lagi program kemasyarakatan bagi menghulurkan bantuan kepada golongan ini daripada Dana Zakatnya :

1. Bantuan Rawatan / Perubatan Dan Pembedahan Kepada Pesakit
2. Bantuan Untuk Musafir Yang Terkandas Dari Dalam Dan Luar Negeri ( Ibnusabil )
3. Bantuan Fardhu Kifayah
4. Bantuan Sara Hidup Fakir Miskin
5. Bantuan Kecemasan Bencana Alam
6. Bantuan Bagi Asnaf Al- Gharimin (Menyelesaikan hutang)
7. Bantuan Am Bagi Asnaf Muallaf

 

pexels-photo-355988

 

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:

TTabung Baitulmal Sarawak Lot 3293, Blok 217, Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching

Talian Umum : 082-682861 / 082-682863
Talian Kutipan Zakat : 082-683270
Talian Agihan Zakat : 082-683709
Fax : 082-684820
Email : admin@tbs.org.my

 

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

 


Pengagihan Zakat

Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak bagi kelapan-lapan asnaf zakat.

Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)

Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu mesti diagihkan pada penerima tersebut.

Asnaf Penerima Agihan Zakat

I. Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%).

II. Miskin
Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian).

III. Amil
Orang yang dilantik atau pekerja-pekerja (kakitangan) yang boleh dipercayai mengurus hal ehwal zakat, mengumpul dan membahagikan kepada yang berhak menerimanya sesuai dengan Hukum Syarak.

IV. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam dan keimanannya belum lagi kukuh. Mereka ini perlu dijinakkan hatinya ataupun seseorang yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.Nota: Mereka yang telah bertahun-tahun memeluk Islam terkeluar daripada asnaf muallaf.

V. Al-Riqab
Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan dengan cara menebus dirinya dengan sejumlah wang. Dan juga, membebaskan kaum muslimin daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal, mental, kejahilan ataupun terkongkong di bawah penguasaan orang yang zalim.

VI. Al-Gharimin
Orang yang terpaksa berhutang disebabkan keperluan mendesak yang tidak berlebih-lebihan bagi diri dan masyarakat Islam yang bukan kerana maksiat (nafsu).

VII. Fisabilillah

Aktiviti-aktiviti atau perjuangan di jalan Allah S.W.T seperti menegak syiar Islam, menuntut ilmu dan seumpamanya.

VIII. Ibnu Sabil

Orang yang kekurangan bekalan dalam perjalanan dengan tujuan baik seperti menyiarkan ajaran Agama Islam dan seumpamanya.


 

baitulmal1

 

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:

TTabung Baitulmal Sarawak Lot 3293, Blok 217, Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching

Talian Umum : 082-682861 / 082-682863
Talian Kutipan Zakat : 082-683270
Talian Agihan Zakat : 082-683709
Fax : 082-684820
Email : admin@tbs.org.my

 

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply