Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Memohon Bantuan Zakat Kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi ( Tambang/Yuran/Wang Saku), Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak ?

jais1

Tabung Baitulmal Sarawak memandang berat dan serius dalam usaha memartabatkan Umat Islam supaya menjadi insan yang berwibawa, berketerampilan, disegani dan paling utama menjadi intelektual yang tertaqwa kepada Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

            “Manusia yang terbaik ialah mukmin yang berilmu” (Riwayat Al-Baihaqi).

Demi matlamat murni itu, telah memperuntukan sejumlah dan yang besar untuk menjayakan program tersebut memandangkan ia adalah perancangan jangka panjang dan bertepatan dengan konsep kail. Aktiviti-aktiviti di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan yang dibiayai melalui Dana Zakat ialah seperti berikut :

 

Bantuan Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi

OBJEKTIF

Membantu meringankan bebanan kewangan para pelajar Islam  yang kurang berkemampuan yang mendapat tawaran masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dalam mahupun luar negara. Skop bantuan IPT dalam negara adalah bagi tujuan pendaftaran di Semester 1 Tahun Satu sahaja pada peringkat  Diploma atau Ijazah Pertama, dan Sarjana bagi membolehkan mereka mendaftarkan diri. Sementara itu, skop  IPT luar negara pula dikhususkan bagi peringkat Ijazah Pertama dan Sarjana sahaja dan lebih kepada bantuan sokongan kepada pemohon.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pelajar Islam Sarawak atau mereka yang bermastautin di negeri Sarawak sahaja.
  2. Mendapat Surat Tawaran untuk melanjutkan pelajaran bagi IPT dalam negara (di peringkat  Diploma,Ijazah Pertama dan Sarjana) ataupun IPT luar negara (diperingkat Ijazah Pertama  dan Sarjana sahaja) yang diiktirafkan oleh kerajaan.
  3. Keutamaan adalah kepada pelajar yang belum mendaftarkan diri di IPT. Permohonan hanya dibuka selama 40 hari (Termasuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum) dari tarikh pendaftaran bagi mana-mana pelajar yang telah mendaftarkan diri di IPT.
  4. Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
  5. Borang Permohonan yang dikembalikan untuk diproses melebihi daripada 3 bulan ( termasuk cuti sabtu, ahad dan cuti umum ) dari tarikh pendaftaran pemohon berkenaan tidak akan dilayan.
  6. Bantuan tidak diberi kepada pemohon yang ada menerima pendapatan atau sokongan kewangan bulanan dari majikan (separuh atau lebih gaji sebulan).

 

 

Semakan Atas Talian Bantuan Kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi ( Tambang/Yuran/Wang Saku), sila klik ikon di bawah:

 


Pengagihan Zakat

Zakat dikutip untuk mencapai beberapa matlamat. Selain daripada menyucikan harta dan jiwa pembayar zakat, zakat adalah salah satu daripada sumber pembiayaan utama bagi matlamat-matlamat kebajikan dan pembangunan yang selaras dengan peruntukan syarak bagi kelapan-lapan asnaf zakat.

Firman Allah yang bermaksud:-
‘Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 60)

Disebabkan penerima zakat sudah ditentukan oleh Allah S.W.T sendiri, maka penggunaan kutipan zakat tidak boleh lari daripada lapan golongan penerima ini. Selagi ada penerima zakat yang berhak menerima, selagi itu kutipan zakat itu mesti diagihkan pada penerima tersebut.

Asnaf Penerima Agihan Zakat

I. Fakir
Orang yang tidak mempunyai harta atau usaha yang dapat menghasilkan 50 peratus daripada keperluan hidupnya seharian (pendapatannya kurang daripada 50%).

II. Miskin
Orang yang mempunyai harta dan usaha yang dapat menghasilkan lebih daripada 50% untuk keperluan hidupnya seharian tetapi tidak mencukupi. (Pendapatannya tidak mampu memenuhi keperluan harian).

III. Amil
Orang yang dilantik atau pekerja-pekerja (kakitangan) yang boleh dipercayai mengurus hal ehwal zakat, mengumpul dan membahagikan kepada yang berhak menerimanya sesuai dengan Hukum Syarak.

IV. Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam dan keimanannya belum lagi kukuh. Mereka ini perlu dijinakkan hatinya ataupun seseorang yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam.Nota: Mereka yang telah bertahun-tahun memeluk Islam terkeluar daripada asnaf muallaf.

V. Al-Riqab
Hamba yang dijanjikan oleh tuannya untuk dimerdekakan dengan cara menebus dirinya dengan sejumlah wang. Dan juga, membebaskan kaum muslimin daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi fizikal, mental, kejahilan ataupun terkongkong di bawah penguasaan orang yang zalim.

VI. Al-Gharimin
Orang yang terpaksa berhutang disebabkan keperluan mendesak yang tidak berlebih-lebihan bagi diri dan masyarakat Islam yang bukan kerana maksiat (nafsu).

VII. Fisabilillah

Aktiviti-aktiviti atau perjuangan di jalan Allah S.W.T seperti menegak syiar Islam, menuntut ilmu dan seumpamanya.

VIII. Ibnu Sabil

Orang yang kekurangan bekalan dalam perjalanan dengan tujuan baik seperti menyiarkan ajaran Agama Islam dan seumpamanya.


 

baitulmal1

 

Sebarang Pertanyaan, sila hubungi:

TTabung Baitulmal Sarawak Lot 3293, Blok 217, Kuching North Land District, Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching

Talian Umum : 082-682861 / 082-682863
Talian Kutipan Zakat : 082-683270
Talian Agihan Zakat : 082-683709
Fax : 082-684820
Email : admin@tbs.org.my

 

Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) ditubuhkan oleh kerajaan negeri Sarawak pada tahun 1984 di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak (Pemerbadanan) (Pindaan) 1984, berperanan dan bertanggungjawab dalam Pengurusan Zakat, Wakaf dan Sedekah di negeri Sarawak, Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply