
Panduan Permohonan Bantuan Skim Zakat Perumahan
Memenuhi syarat umum iaitu :
- Islam
- Warganegara Malaysia @ Penduduk tetap dengan syarat pasangan adalah warganegara Malaysia.
- Bermastautin di negeri Johor untuk tempoh 1 tahun dan ke atas
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi Had Al Kifayah.
- Melepasi proses Had Kifayah yang ditetapkan.
Panduan Permohonan :
- Pemohon hendaklah menggunakan borang permohonan bantuan zakat MAINJ dan hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas.
- Setiap borang hendaklah disertakan salinan dokumen yang telah disahkan dan ditandatangani.
- Pemohon hendaklah mendapatkan pengesahan dan sokongan daripada Penghulu, Ketua Kampung atau amil kawasan pemohon tinggal bermastautin.
- Setiap borang yang telah lengkap hendaklah dihantar ke MAINJ daerah berkenaan.
- Menyertakan lampiran berkaitan permohonan.
SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT
-
Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.
-
Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.
-
Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.
-
Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.
-
Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas sebarang pemalsuan maklumat dan dokumen yang diberikan.
—————————–
-
Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam Negeri Johor.
-
Penggunaan atau pengagihan wang zakat adalah berdasarkan keutamaan dan kepentingan bagi setiap asnaf atau golongan yang ditetapkan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah, ayat 60 bermaksud:
” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ”
Muat Turun Borang Skim Bantuan Zakat Perumahan
Lain – Lain Muat turun borang-borang Skim bantuan zakat :
- BORANG-SKIM-BANTUAN-SARA-HIDUP
- BORANG-SKIM-BANTUAN-BERDIKARI
- BORANG-SKIM-BANTUAN-PERUBATAN
- Borang Skim bantuan Zakat Menjelaskan Hutang
- Borang Skim bantuan Zakat Pelajaran
- Borang Skim bantuan Zakat Pakaian Sekolah
- Borang_Permohonan_Skim_Dermasiswa_dan_Pinjaman_pelajaran

Objektif Agihan
- Menjadikan zakat sebagai asas pembangunan negara dan ummah.
- Menunaikan hak dan tanggungjawab kepada asnaf seperti mana yang ditetapkan Syarak.
- Meningkatkan taraf hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek – aspek rohani, aqli dan jasmani.
- Membantu melaksanakan usaha-usaha memantap dan meninggikan penghayatan agama Islam.
- Mempertahan dan meningkatkan martabat dan maruah ummah.
Keperluan Asasi / Had Al Kifayah
Makan dan minum
Pakaian
Tempat tinggal
Pelajaran
Perubatan
Pengangkutan
|
![]() |
• Dharuriat ( Keperluan Asas )
• Hajiat ( Keselesaan )
• Tahsiniat ( Kemewahan )
|
Syariat Agihan
Firman Allah S.W.T. di dalam surah at – Taubah ayat 60 :
Maksudnya :
“ Sesungguhnya sedekah itu ( zakat ) hanyalah untuk orang- orang fakir dan orang – orang miskin dan amil- amil yang mengurusnya, dan orang- orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang- orang yang berhutang dan untuk dibelanja pada jalan Allah dan orang- orang musafir yang keputusan dalam perjalanan. Ketetapan hukum yang demikian itu ialah sebagai satu ketetapan yang datang dari Allah. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.
Takrif Asnaf
Takrif Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha ( pekerjaan ) yang boleh memenuhi keperluan asas ( daruriat ) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.
Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya.
Takrif Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi ( daruriat ) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya.
Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian
( 50% ) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya.
Takrif Amil
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.
Takrif Muallaf
Mereka yang hatinya baru berjinak– jinak dengan agama Islam dan mendapat hidayah menganuti Islam supaya mereka merasakan adanya tempat bergantung bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
Takrif Gharim
Golongan yang berhutang utuk memenuhi keperluan asas diri, keluarga, tanggungannya atau masyarakat dan memerlukan penyelesaian segera selaras dengan hukum Syarak.
Takrif Riqab
Mereka yang dimiliki oleh tuannya bagi membolehkan mereka membebaskan / menebus diri masing– masing.
Takrif Ibnu Sabil
Orang yang terputus bekalan ( perbelanjaan ) semasa perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan yang diharuskan oleh Syarak.
Takrif Fisabilillah
Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan dan syiar Islam.
Had Al Kifayah sebagai pengukur garis Kemiskinan
Takrif Haddul Kifayah
Dari segi bahasa : Kadar kecukupan
Dari segi Syarak : Kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang.
Sistem agihan ke atas golongan fakir dan miskin sama ada Islam asal atau muallaf adalah berasaskan kepada keperluan asasi ( daruriat ) bukan keperluan tambahan ( hajiat ) dan bukan keperluan kemewahan ( tahsiniat ) seseorang itu mengikut kaca mata Islam bagi diri dan keluarga di bawah tanggungannya sesuai dengan tempat, masa serta status sosial seseorang itu bagi keperluan minima:
KEPERLUAN ASASI
Kategori Individu Dalam Had Kifayah
Bil
|
Kategori
|
Definisi
|
1 | Ketua Keluarga |
a. Suami / isteri atau;
b. Ibu / bapa tunggal atau;
c. Seorang diri ( sebatang kara )
d. Penjaga
|
2 | Dewasa |
a. Isteri / suami yang ditanggung oleh ketua keluarga sama ada bekerja atau tidak.
b. Ibu/bapa yang wajib disara. c. Tanggungan yang bersekolah / tidak bersekolah melebihi umur 18 tahun. d.Tanggungan anak / anak yang bekerja tetapi masih tinggal bersama |
3 | Dewasa bersekolah | Tanggungan / anak yang berumur 18 tahun keatas yang masih menuntut. |
4 | Remaja bersekolah | Tanggungan yang berusia 13 – 17 tahun yang masih bersekolah. |
5 | Kanak- kanak bersekolah | Tanggungan yang berusia 5 – 12 tahun yang masih bersekolah. |
6 | Kanak- kanak tidak bersekolah | Tanggungan yang berusia kurang daripada 15 tahun yang tidak bersekolah. |
7 | Kanak- kanak berumur di bawah 5 tahun | Tanggungan yang berumur kurang daripada 5 tahun |
Lokasi
Kawasan Bandaraya
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Kawasan Bandar
Kawasan yang terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan berikut : Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, Majlis Perbandaran Kulai, Pihak Berkuasa Tempat Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Muar, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Segamat Utara, Majlis Daerah Pontian, Majlis Daerah Kota Tinggi, Majlis Daerah Mersing, Majlis Daerah Tangkak, Majlis Daerah Yong Peng, Majlis Daerah Simpang Renggam dan Majlis Daerah Labis.
Kawasan Luar Bandar
Kawasan yang terletak di luar pentadbiran mana- mana Pihak Berkuasa Tempatan.
Status Rumah
Status rumah terbahagi kepada dua :

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN DAN PERKHIDMATAN YANG BERKAITAN, SERTA MENGHANTAR PERMOHONAN :
Ibupejabat MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Aras 5, Blok ‘B’,
Pusat Islam Iskandar Johor,
Jalan Masjid Abu Bakar,
Karung Berkunci 725, 80990,
Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
Tel 07-2282929, 07-2282937, 07-2282941, 07-2282926 Fax: 07-2238752 / 07-2275173
Emel: zakat@maij.gov.my
Senarai nombor telefon dan faks Pejabat Daerah MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MUAR |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH BATU PAHAT |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH SEGAMAT |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KLUANG |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH PONTIAN |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KOTA TINGGI
|
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH MERSING |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH TANGKAK |
MAJLIS AGAMA ISLAM DAERAH KULAI |
PEJABAT KUTIPAN ZAKAT PASIR GUDANG |
PEJABAT WAKAF, MAIJ
Jalan Abdul Rahman Andak, 80100 Johor Bahru, Johor Tel : 07-2221655 , Faks : 07-2221677 wakafjohor@gmail.com |
